Mudah je rupanya mak-mak nak buat ‘pizza’ segera. Tak perlu susah-susah nak uli doh pizza, guna roti pun boleh jadi. Tak perlu lagi bimbang jika tiada oven di dapur sebab boleh bakar dalam kuali  je.Malah hanya guna 5 bahan-bahan asas, sangat simple dan mudah!

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nina Nuar ini;

“Nina share cara nina buat pizza di rumah. Ni pizza SEGERA. Tak yah nak pening-pening uli lenyek tepung. Tak yah pakai yis. Sampai tertidur tunggu yis naik.”

“Mak-mak yang anak kecik, boleh cuba buat. Maklumlah, nak uli tepung, anak pun ikut uli. Ni ayah pun lulus buat. Yang tak pernah masak pizza pun, inshaAllah pandai buat pizza.

“Resepi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat. InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.”

Pizza 5 Bahan Tanpa Oven

Bahan-Bahan:

Roti 8 keping (suka pizza nipis)
Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)

Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.

Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

Cara Membuat:

1.Loyang sapu dengan marjerin.

2.Guna ‘food processor’ macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2 kali saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

IKLAN

3.Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

4.Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

5.Letak sos tomato.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

6.Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.

IKLAN

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

7.Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

8.Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

9.Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.

IKLAN

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

10.Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit.Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

11.Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan “hancur”).Saya takde pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja.Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok.

Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit.

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

Siap! Selamat Mencuba.

Info Ekstra!

  • Topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.
  • Garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.

Baca Disini;
‘Pizza’ Segera Guna Mission Wraps, Sapu Sos, Tabur Toppings, Gulung, Susun & Bakar!

MW: Tak perlu susah-susah nak uli tepung atau risau kalau rumah takde oven, sebab pizza ni guna roti dan hanya perlu masak atas api dalam kuali. Cukup mudah! Malah lebih jimat dan puas hati, boleh letak banyak-banyak ‘topping’ yang kita suka.

Sumber: Nina Nuar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI