Lempeng memang hidangan tradisi ramai yang suka makan.Lebih-lebih lagi kalau ada lebihan kuah kari, asam pedas atau sardin, rasanya memang ‘ngam’ dan boleh makan bertambah-tambah.
Namun walaupun bahan-bahan nak buat lempeng ni mudah, kalau tak tahu cara yang betul, adunannya mudah melekat di kuali jika tak disapu minyak terlebih dahulu. Malah jika tak pandai sukatan pekat dan cair adunan ini, itu yang membuatkan lempeng ni keras, dan tak membulat cantik.
Nak dapatkan tekstur lempeng yang lembut, sedap, cantik membulat dan tak melekat di kuali rupanya kena tambahkan sedikit marjerin.
Tip dan resipi ini dikongsikan oleh Puan Misza Manapsebagai rujukan;
“Alhamdulillah arini buat lagi lempeng kelapa + sambal sardin. Fav anak-anak.Mintak maaf sangat-sangat sebab lambat edit resepi. Sis seller barangan online. Dari rumah je jadi busy pack dan pos parcel.”
Bahan-Bahan:
3 cawan Tepung gandum
1 biji Telur gred B
1 senduk Kelapa parut
sesudu kecil Garam
2 sudu Marjerin pelangi
Air (cair dia macam buat kueh ketayap/gulung)
Ads
Cara Membuat:
Campur semua bahan-bahan, kacau sampai sebati. Ambil bancuhan adunan dan letakkan atas kuali, biarkan sampai masak guna api perlahan.
Ads
Info Ekstra!
Kalau dah letak marjerin sis tak sapu minyak dekat kuali, memang tak melekat.
Sis guna pan kecil je dan guna api paling slow. Takde rahsia lain.
MW: Jadi bila nak buat lempeng, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Jangan lupa tambahkan sedikit marjerin, jadi adunannya elok tak melekat dekat kuali tak perlu sapu minyak.
Buah Rock melon memang manis dan rangup rasanya. Kalau beli di pasaraya boleh tahan mahal juga harganya.Bagi mak-mak yang sukakan buah rock melon dan suka berkebun boleh cuba tanam sendiri buah ini di tepi rumah. Elok subur dan menjadi buahnya.
Saya merupakan peminat rock melon. Jadi saya cuba menanam rock melon di tepi rumah. Permulaannya saya beli buah rock melon jenis Hami, China untuk dimakan. Buah jenis Hami, berbentuk lonjong.
Berikut apa yang saya lakukan;
Biji rock melon saya keringkan dan dijadikan biji benih. Untuk plih biji benih yang elok sebelum dikeringkan saya basuh dan rendamkan biji semalaman. Yang terapung buangkan. Yang tenggelam tu benih berkualiti.
Setelah kering, saya semai didalam cocopeat. Dari benih ke anak pokok hanya 3 hari sahaja.
Hari ke 10, saya pindahkan ke dalam polybeg berisi cocopeat semata.Saiz polybeg sesuai 14×14 atau 16×16.Sebulan setengah selepas pindah ke polybeg pokok dah berbuah.
Saya mula memberi baja AB kepada anak pokok. Kepekatan baja AB dinaikan secara berperingkat setiap minggu.
3 hari/sekali saya sembur racun kulat dan racun serangga dari hari pertama masuk polybeg.Saya guna racun kulat antracol, racun serangga strex.
5) Siraman harian dilakukan secara manual sahaja.
6) Pokok berbunga lebih kurang sebulan setengah.
Rock melon ni kena kahwinkan bunga kalau nak dapatkan buahnya. Kalau kawasan terbuka serangga banyak membantu. Pokok saya semuanya bantuan serangga. Namun kalau nak kahwinkan secara manual kena amik bunga jantan dan geselkan ke bunga betina pada waktu pagi.Kelopak bunga terbuka waktu ni.
Bunga betina ada kantung seakan buah macam dalam gambar. Bunga jantan hanya bunga semata-mata.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak cuba tanam buah rock melon ini sendiri di rumah,boleh ikut tip yang dikongsikan ini sebagai panduan. Selamat Mencuba!
Selama ini, bila tengok gel pewangi yang kering mak-mak akan buang saja. Nampak macam dah habis tak boleh guna lagikan.. rupanya bila direndam semalaman, gel pewangi ini boleh kembang semula dan wangi.
Bermakna masih boleh digunakan sekurang-kurangnya untuk sekali lagi penggunaan. Aine Soaudi (Yong) berkongsi tip berguna lagi menjimatkan yang mak-mak boleh praktikkan.
“Selalu bila gel ini dah kering mengecut kita terus buangkan. Satu tip Yong nak share, bila kering rendam gel dalam air semalaman, taraa esoknya akan kembang balik dan wangi tu still elok ya.”
Pesannya; gel pewangiyang dah kering ini kegunaan untuk sekali rendaman saja. Selepas itu bila dah kecut bolehlah dibuang.
Dan cara yang dikongsikan Ainie ini sudah pun dicuba sendiri untuk beberapa kali. Hasilnya, benar-benar menjadi. Malah, ada yang mencuba dan terbukti berjaya.
Percubaan kali pertama : gel pewangi jenis Ocean dah mengecut.
Rendam dalam air biasa saja. Buih tu dari gel itu sendiri.
Hasil rendaman gel kali pertama. Dah mengembang dengan jayanya.
Percubaan kali kedua : 2nd Freshness, terlupa nak ambil pic masa kecut.
Yang kedua pun kembang dengan jayanya.
“Kalau dah kecut teruk macam ni boleh ke sis… tak buang sebab ada bau lagi.” – Asmidar Ahmat
“Jadiii… Tq sis… Selalu buang je kalau dah kecut… Yang ni bau pun ada lagi.” – Asmidar Ahmat
Dalam perkongsian Nurul Jamu SusukDara pula, ada cara nak bagi jimat penggunaan gel jenis pewangi ini. Caranya, cuma buka penutup atas pewangi jenis gel (rujuk gambar). Dikatakan cara begini boleh menjimatkan penggunaannya selama sebulan.
MW : Baguskan.. anda boleh pilih mana-mana cara yang berkenan di hati.
Biasa mak-mak lebih suka beli daripada tanam taugeh. Alasannya, ia susah nak hidup dan kalau ada pun saiznya agak kurus dan pendek sahaja. Malah, tidak semua orang suka makan sebab itulah jarang ada yang mencuba untuk tanam. Kalau yang suka makan, katanya ia senang tumbuh tapi rupanya tidaklah sama dengan saiz yang di beli di kedai.
Perkongsian daripada Ida Alina Salleh boleh dicuba oleh mak-mak dalam menanam taugeh gemuk. Paling penting, kaedah yang digunakan itu berkesan dan dalam masa 4 hari dah boleh makan hasilnya.
“Sejak di Riyadh, saya cuba tanam taugeh menggunakan kaedah botol. Tak pernah berjaya dapat taugeh ada badan. Biasanya ada kepala besar dan ekor panjang. Badan kontot atau tak ada langsung. Kalau berjaya tumbuh, ia teramat kurus, panjang-panjang dan berdaun hijau. Masak 2 saat dah lembik. Tak rangup.
Alhamdulillah, menggunakan kaedah penapis / colander dan dihempap, saya mula mendapat hasil yang menggembirakan. Sekarang saya rendam segenggam kacang hijau tiap malam. Setiap kali saya tuai, saya cambahkan pengganti, jadi InsyaAllah tak putus stok sayur.”
Caranya:
Perbandingan kacang hijau kering (kanan).
(Kiri) Kacang hijau yang telah di rendam 12 jam dan cukup kembang (2 kali ganda besar dari kacang hijau kering – sedia untuk di semai.
(Tengah) kacang hijau Yang telah direndam 12 jam juga, Tapi belum cukup kembang. Sambung rendam sampai rupa macam di belah kiri.
Kacang hijau berbeza ada yang lebih kering dan perlukan masa yang lebih untuk mengembang. Saya pernah rendam 24 jam sebelum kacang cukup kembang (mungkin sebab suhu air dan bilik agak sejuk, mungkin kacang tu dah lama dan terlalu kering).
Jika kacang hijau tak cukup kembang yang disemai, ia akan ambil masa yang lebih lama untuk tumbuh, mungkin tak tumbuh badan, hanya kepala dan ekor, mungkin akan busuk juga sebab terlalu lama di simpan. Jadi lebih baik bersabar dan biar dia kembang betul.
Saya alas di dasar penapis dengan 2 helai kertas kitchen towel. Letak selapis kacang hijau (jangan terlalu banyak / overcrowd). Kalau ada banyak kacang hijau, boleh letak selapis lagi kacang di atas lapisan kitchen towel, dan tutup dengan selapis lagi kitchen towel (kiranya macam rumah flat untuk taugeh).
Curah air atas taugeh tadi. Buat perlahan-lahan. Kacang tu suka cuba melarikan diri. Saya biarkan air tos sikit.
Saya suka alas bawah penapis tu dengan bekas / mangkuk. Jika ada air yang menitik dari penapis dan masuk dalam mangkuk tu, kita buang air tu. Jangan biar ada air bertakung. Kita tak mahu ada bakteria Yang mengakibatkan kacang tu busuk atau berkulat.
Siram kacang dua kali sehari.
Tutup bekas tadi dengan tuala gelap.
Saya letak bekas tadi dalam kuali hitam, tutup dengan besen. Musuh taugeh ialah cahaya. Kalau dia kena cahaya, ada kemungkinan taugeh akan berwarna pink, atau daunnya akan berwarna hijau dan berasa pahit.
Nampak tak besen taugeh tu? Tak nampak kan? Ni lah betapa gelapnya bilik stor tempat taugeh tu duduk bila dipadam lampu.
Suhu optima percambahan taugeh adalah antara 20-35 darjah celsius. Jika. Terlalu sejuk, taugeh tetap tumbuh, tapi lambat. Kalau terlalu panas, kacang akan busuk.
Hari ke dua, ada baby taugeh.
Pagi hari kedua, Selepas siram air, kita letakkan piring pada lapisan atas kacang dan kitchen towel yang dah dibasahkan.
Atas piring tu kita letak tin sup / buah/ susu pekat.. apa-apa tin lah. Jangan letak lesung pula. Berat sangat tu!
Selepas hari ke 4. Nampak tak taugeh bertuah tu dah tolak piring dan tin tu? Habis tergolek ke tepi tin. Jadi separuh taugeh kena berat, setengah lagi happy meninggi.
Beza taugeh kena hempap dengan taugeh tak kena hempap, batch sama, hari sama, bekas sama.
Hari ke 4, bolehlah tuai dan disiang.
Taugeh hari ke 4, selepas disiang keringkan atas kain alas. saya simpan taugeh kering bersiang dalam tupperware beralas kertas kitchen towel untuk tahan lama.
Selamat mencuba!
MW: Boleh cuba dua-dua cara. Baru tahu beza taugeh gemuk dengan taugeh kurus.
Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.