Buah Rock melon memang manis dan rangup rasanya. Kalau beli di pasaraya boleh tahan mahal juga harganya.Bagi mak-mak yang sukakan buah rock melon dan suka berkebun boleh cuba tanam sendiri buah ini di tepi rumah. Elok subur dan menjadi buahnya.

Boleh Ikut tip yang dikongsikan oleh Asyiq Hasan Baseri ini sebagai panduan;

Saya merupakan peminat rock melon. Jadi saya cuba menanam rock melon di tepi rumah. Permulaannya saya beli buah rock melon jenis Hami, China untuk dimakan. Buah jenis Hami, berbentuk lonjong.

Berikut apa yang saya lakukan;

1) Rendam & Pilih Biji Yang Tenggelam

Biji rock melon saya keringkan dan dijadikan biji benih. Untuk plih biji benih yang elok sebelum dikeringkan saya basuh dan rendamkan biji semalaman. Yang terapung buangkan. Yang tenggelam tu benih berkualiti.

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan Benih

2) Semai Dalam Cocopeat

Setelah kering, saya semai didalam cocopeat. Dari benih ke anak pokok hanya 3 hari sahaja.

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan BenihHari ke 10, saya pindahkan ke dalam polybeg berisi cocopeat semata.Saiz polybeg sesuai 14×14 atau 16×16.Sebulan setengah selepas pindah ke polybeg pokok dah berbuah.

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan Benih

3) Letak Baja AB

Saya mula memberi baja AB kepada anak pokok. Kepekatan baja AB dinaikan secara berperingkat setiap minggu.

IKLAN

4) Sembur Racun Kulat/Serangga 3 Har Sekali

3 hari/sekali saya sembur racun kulat dan racun serangga dari hari pertama masuk polybeg.Saya guna racun kulat antracol, racun serangga strex.

5) Siraman harian dilakukan secara manual sahaja.

6) Pokok berbunga lebih kurang sebulan setengah.

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan Benih

7) Cara Kahwinkan Bunga

Rock melon ni kena kahwinkan bunga kalau nak dapatkan buahnya. Kalau kawasan terbuka serangga banyak membantu. Pokok saya semuanya bantuan serangga. Namun kalau nak kahwinkan secara manual kena amik bunga jantan dan geselkan ke bunga betina pada waktu pagi.Kelopak bunga terbuka waktu ni.

IKLAN

Bunga betina ada kantung seakan buah macam dalam gambar. Bunga jantan hanya bunga semata-mata.

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan Benih

 

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan Benih

 

IKLAN

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan Benih

 

Tanam ROCK MELON Tepi Rumah, Beli Buah Keringkan Biji Jadikan Benih

Baca Lagi Di Sini:
Sebelum Tanam Nanas MD2 Dalam Pasu, Buang Semua Akar, Hasilnya Buah Manis Leting

Cara Mudah Semai Capsicum, Dari Biji Benih Sampai Pokok Berbuah!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak cuba tanam buah rock melon ini sendiri di rumah,boleh ikut tip yang dikongsikan ini sebagai panduan. Selamat Mencuba!

Sumber:Asyiq Hasan Baseri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI