Sekarang musim hujan. Memang syok kalau pekena lempeng kampung cicah dengan gulai kawah. Gandingkan dengan kopi o panas, macam betul-betul dok kampung.

Dengan keadaan sekarang ini, memang rindu untuk balik kampung dan nikmati pelbagai masakan kampung. Lebih-lebih lagi waktu pagi, aneka sarapan ikut selera kampung, pulut pagi, pulut cicah ikan kering dan semestinya lempeng.

Sebenarnya, nak masak lempeng kampung ini tak susah pun. Bahan-bahan yang digunakan pun senang nak buat. Jadi bagi nak ubati rindu kat kampung boleh cuba masak resipi yang dikongsi oleh Afy AL Habibi ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Pandan Gula Melaka. Paling Sedap Di Alam Maya, Boleh Buat Niaga

Resipi Mashed Potato, Rasa Berlemak, Gebu, Tekstur Halus Sos Gravy & Padu!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Lempeng Kampung

“Cikgu bagi tip buat lempeng kampung? Terliur nak cicah dengan baki gulai kawah tu. Makin panaskan makin sedap jadinya.

“Ikut hati nak makan boleh pergi berkeping-keping ni. Tapi cikgu potong selera dengan coffee essenso pahit lemak tu.

Resipi cikgu agak-agak je sukatannya ya. Yang penting tipya selepas ni.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air (masuk sikit-sikit)

1/2 sudu teh garam bukit

1 biji telur


Cara Membuat: 

IKLAN

Kacau sebati. Tip paling penting, tapis adunan dengan penapis teh selepas dikacau.

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

Jika adunan pekat, bolehlah ditambahkan sedikit air lagi. Bukan pekat likat.

Sapu pan dengan sedikit butter @ marjerin.

Tuang sedikit adunan dari tengah.

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

Kemudian lenggang pan tadi.

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

Masak guna api perlahan. Kalau suka garing untuk kedua-dua belah bolehlah terbalikkan sebelum diangkat.

IKLAN

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

 

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

Siap

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

Hidangkan dengan kuah gulai @ boleh juga cicah dengan sambal sardin+ sambal ikan bilis.

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

Selamat mencuba.

IKLAN

 

Info:

Kalau diet, boleh je makan dua keping dengan sedikit peanut butter.

 

 

Lagi bagus kalau campur dengan oat kisar dan pisang.

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

MW: Boleh buat untuk sarapan dan minum petang. Terbaik la…

Sumber: Afy AL Habibi

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI