Sedapnya makan ‘mashed potato’ atau kentang putar yang cukup rasa lemaknya, gebu dan tekstur halus dengan sos ‘gravy’ nya yang padu. Budak-budak biasanya memang suka makan kentang putar ni.Tak lah susah pun nak buatnya. Mudah je boleh buat sendiri di rumah.Puas hati makan dan lebih jimat.Kalau nak berniaga pun boleh sangat.

Cuba resipi yang dikongsikan Cik Lyns Kitchen ini;

“Tak susah nak buat mashed potato sendiri kat rumah. Ala-ala beli kat kepci gitu.Ni kalau jual singgit 1 pun laku kat budak sekolah. Dari duk beli jajan merapu tu kan. Inspirasi untuk siape nak niaga”.

Resipi ‘Mashed Potato’ Rasa Berlemak, Gebu, Tekstur Halus & Sos ‘Gravy’ Padu!

Bahan-bahan:

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara Membuat:

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.

Resipi ‘Mashed Potato’ Rasa Berlemak, Gebu, Tekstur Halus & Sos ‘Gravy’ Padu!

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

IKLAN

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Saya guna hand blender nak senang, dapat tekstur halus.

Bahan-bahan Sos (Gravy):

1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung gandum@ jagung
2 kiub ayam
lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

Cara Membuat:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).

2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang disukai.

IKLAN

3. Masukkan air (sikit-sikit sambil kacau ) dan kacau sehingga sebati.Tutup api masuk dalam blender, Blend sampai semua hancur.Masak semula atas api sederhana.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

IKLAN

Resipi ‘Mashed Potato’ Rasa Berlemak, Gebu, Tekstur Halus & Sos ‘Gravy’ Padu!

Resipi ‘Mashed Potato’ Rasa Berlemak, Gebu, Tekstur Halus & Sos ‘Gravy’ Padu!

Baca Di Sini:

Kentang Goreng Crunchy Tak Lembik, Rendam Dalam Air Berais 5 Minit SEBELUM Goreng!

Wanita Ini Tunjuk Ajar Satu Persatu Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

MW: Sesekali tukar selera, buat mashed potato ni mesti anak-anak suka. Lembut, gebu, halus je teksturnya dipadankan dengan sos ‘gravy’nya yang padu memang sedap. Tak perlu beli lagi dah dekat luar, buat sendiri je.

Sumber: Cik Lyns Kitchen

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI