Sos lada hitam cendawan memang sedap dinikmati bersama kambing bakar, ayam panggang, bebola daging dan sebagainya.Nak buat Sos lada hitam yang hitam, pekat melekat, lemak berkrim sesedap rasa ada caranya tersendiri.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi Mushroom Blackpepper Sauce yang dibuat niaga oleh Puan Norhafiza Hassan ini sebagai rujukan.
“Okay guysss (baca gaya khairulaming) harini kita nak share resipi blackpepper sos yang kita buat berniaga tu yer. Steps dekat setiap gambar. Simple, mudah dah murah.”
Bahan-Bahan:
Bawang Merah
Bawang Putih
Minyak
Planta
Halia
Lada hitam (kisar)
Tepung gandum
Sos Tiram
Air
Stok Ayam
Cendawan Kering (shitake)
Kicap pekat
Cendawan butang (hiris)
Golden syrup by CSR (Takdepun takpe)
Better brown sugar by CSR
Garam sesedap rasa
Takde sukatan. Semua agak-agak. Anggaran dapat 30 bekas. Saiz bekas boleh rujuk gambar terakhir (isian 1/2).
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak + planta, tumis bawang merah (dadu), bawang putih dan sedikit halia (tumbuk).
2.Masukkan tepung gandum.
Ads
3.Dah sebati dan dapat kepekatan yang kita nak, masukkan pulak ground blackpepper.
4.Kemudian masukkan pula sos tiram.
5.Lepastu letak cendawan kering yang kita rendam tadi. Kita blend halus.
Tips: Nak elak ketulan, bubuh air sikit demi sedikit dan rajin-rajin la mengacau.
Once sos dah smooth dan silky, akhir sekali letak barang-barang ni:
Chicken Stock
Kicap pekat
Cendawan butang (hiris)
Golden syrup by CSR
Better brown sugar by CSR
Garam sesedap rasa
*Suami kerja CSR, so kita support brg CSR la. Korang nak pki brand lain, boleh sajaa.
Ads
7.Haaa ni la consistency yang kita nak.. Sos blackpepper ni walaupun kita bagi secara percuma, kita buat dengan sepenuh jiwa tau. Hitam, pekat dan melekat. Kepuasan pelanggan keutamaan kami gitu.
MW: Kalau nak cub sos lada hitam cendawan yang sedap, hitam pekat melekat ni boleh ikut resipi yang dikongsikan. Makan dengan kambing perap, memang nikmat tak terkata. Malah lebih jimat.
Sedapnya buat Puding Oreo Milo sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Gabungan Biskut Oreo dan Milo, anak-anak mesti suka. Apatah lagi jika dimakan ketika sejuk.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri Puding Oreo Milo ni boleh buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fauziah Yahya sebagai panduan.
1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.
2. Kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
3. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
4. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
5. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan. Siap!
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Kena suam-suam je lapisan adunan putih tu jangan keras sangat nanti tak lekat. Keraskan suhu bilik je.
MW: Sedapnya Puding Oreo Milo ni, makan sejuk-sejuk. Buat mak-mak yang nak rasa kesedapan puding ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan.
Dengan hanya menggunakan 3 bahan boleh menghasilkan resipi yang sedap dan mudah disediakan ini. Siapa sangka punyalah viral, sehingga kini 24 ribu orang telah kongsikan resipi menarik ini, yang hanya menggunakan Biskut Marie, Cream Cheese dan Coklat masakan. Malah tak perlu dibakar dalam oven atau guna mixer pun. Senang sangat!
Nak tahu lebih lanjut cara membuatnya, ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ieda Jahaya ini sebagai panduan;
Ada macam jenis kuih lepat. Kali ini apa kata kita cuba buat lepat tepung pulut berintikan kelapa parut. Lepat yang dibalut daun pisang ini, kita perlu kukus dulu sehingga masak.
Dah siap masak, bolehlah makan. Sedap kalau dimakan panas-panas.
Boleh cuba ikut resipi dan cara buat lepat oleh Siti Hadirah yang dikongsikannya melalui grup Kongsi Resepi Masakan di Facebook ini.
Resipi Lepat Tepung Pulut
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula putih
garam sikit
daun pisang (layurkan dulu kemudian potong ikut saiz yang kita nak)
minyak (untuk sapu pada daun pisang)
Bahan Inti
kelapa parut – sebiji
garam
gula
(campur kelapa parut dengan garam dan gula. Gaul sebati)
1-Gaul semua sekali gula merah, gula putih, air masak sekali sehingga larut. Tapis dan sejukkan.Selepas itu, masukkan tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas. Air gula tadi campur dengan santan dan kacau sebati. Tuang ke dalamnya tepung sikit-sikit tau sebab adunan tepung ni lebih kurang macam kita nak buat buah melaka. Tak lembik dan tak keras sangat.
2-Ok dah siap adun tepung ambil daun pisang yang dah siap layur tadi. Sapu minyak sikit kemudian ambik 1 sudu besar adunan tepung dan letak kat tengah daun pisang. Tekan-tekan sikit kemudian ambil kelapa parut dan letak di tengah tepung. Kemudian boleh la balut.
3-Susun dalam pengukus cantik-cantik. Kukus lebih kurang 20-25 minit. Balut kena kemas takut nanti masa kukus daun pisang ternganga pulak.
Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama...