Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan berempah macam ni. Mak-mak yang nak cuba kelainan masak untuk keluarga boleh cuba resipi Udang goreng kari yang dikongsikan oleh Puan Wan Nor Zuriati ini.

Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Paling penting memang mampu membuka selera, buat makan bertambah-tambah!

Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;

“Udang goreng kari favourite seisi keluarga, dapat resepi dari FB juga tapi Ayam Goreng Kari, pastu kita try udang pulak sedap juga. Makan dengan nasi panas-panas bertambah-tambah”

Bahan-Bahan:

Udang Segar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
halia
cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
Serbuk kari ayam daging adabi
bawang Holand
Serai
Daun kari
Kunyit
Garam
Kentang

Cara Membuat:

1.Blender bawang besar, bawang putih,halia, cili hijau.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!2.Hiris bawang holand, bawang putih, serai dititik dan daun kari.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!3.Udang letak garam dan kunyit.

IKLAN

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!4.Goreng udang separa masak.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!5.Kentang digoreng.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!6.Tumiskan bahan yang diblender guna minyak lebihan goreng udang tadi dan kalau perlu tambah minyak lagi. Takpe minyak lebih nanti dah masak boleh kaup sebab nak bagi cantik pecah minyak.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!7.Bila dah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari.

IKLAN

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!8.Letakkan serbuk kari ayam daging.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!9.Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, maggie cukup rasa dan sedikit gula perang.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!10.Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi.

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!

IKLAN

Siap! Selamat Mencuba

Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!

Baca Lagi Di Sini:

Wanita Ini Ajar Buat Sendiri Udang Kering Yang Dijamin Bersih, Boleh Guna 2 Cara Mudah!

Tips Masak Kari Sedap Sebelah Utara, Tak Perlu Letak Santan Gantikan Dengan Beras Sangai Ditumbuk!

MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering, berempah, tak berkuah tapi sedap, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber: Wan Nor Zuriati

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI