Rata-rata biskut raya yang disediakan oleh mak-mak tentulah menggunakan oven untuk membakarnya. Tak kira biskut atau kek. Macam pelik juga kalau ada biskut yang tak guna oven. Masak dan elok ke ‘kejadiannya’.
Ada saja biskut raya yang dibuat tak guna oven, antara yang dikongsikan oleh Muhanmmad Ali ini adalah resipi chocolate ball. Sudah tentulah ia sangat mudah dan senang disediakan.
Bagi resipi ini. satu adunan dapat lebih kurang 100 pcs cookies MINI paper cup. Bergantung pada saiz yang dibentuk.
Bahan-bahan:
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
200gm butter
120gm serbuk koko
100gm susu pekat
300gm biskut marie
.
BAHAGIAN COATING
200gm cChocolate compund (Dark chocolate)
Cara Membuat:
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
Ads
1. Cairkan butter dengan api perlahan. Tutup api bila dah cair dan terus masukkan ke dalam mangkuk bersama susu pekat dan serbuk koko. Kacau hingga sebati.
(Kalau nak guna mikrowave pun sama, cairkan butter dan masukkan bahan lain. Kacau sebati.)
2. Hancurkan biskut marie (Jangan pakai biskut lain, nanti kurang ‘kick). Boleh hancurkan awal-awal sebelum cairkan butter.
3. Masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.
Ads
4. Bentukkan campuran tadi kepada bulat-bulat dengan menggunakan tangan. Simpan dalam peti ais selama sejam.
5. Selepas itu, buat lubang di bahagian tengah biskut yang telah siap. Masukkan nutella ke dalam lubang kecil yang dibuat tadi dengan piping bag.
6. Setkan selama 10-20 minit ke dalam peti ais.
Ads
BAHAGIAN COATING
1. Cairkan dark chocolate dan boleh tambah milk coholate untuk rasa lebih manis.
2. Salutkan bikut tadi dengan dark chocolate yang telah cair ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
3. Hiaskan ikut kreativiti atau boleh guna chovolate flakes.
4. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Ia tidak melekit.
5. Biskut siap dan sedia untuk dimakan. Boleh saja letak luar. Memang sedap.
Mingguan Wanita : Jangan lupa masukkan resipi ini untuk hidangan raya nanti. Senang sangat nak membuatnya. Tak perlu bakar pakai oven pun.
Ayam percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ayam percik pula ada pelbagai jenis tapi yang selalunya diminati ramai ialah Ayam Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim.
Memandangkan tahun ini tiada Bazar Ramadan, jangan bimbang mak-mak boleh cuba buat sendiri Ayam Percik stail Kelantan ni di rumah. Cukup mudah!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Fariha ini sebagai panduan;
AYAM PERCIK KELANTAN BY CIKHA SI PENJUAL BAJU
Bahan-Bahan (Perap Ayam):
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
halia skit
garam secukup rasa
Bahan untuk kuah:
6 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
santan pekat
1 batang serai
halia
garam
gula
asam keping
Cara Membuat:
1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat.
6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
Siap!
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Percik, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Kalau dekat rumah ada nasi yang tak habis jangan dibuang, boleh dibuat Apam Tapai Nasi ni. Cantik sungguh kejadiannya elok kembang gebu dan lembut. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, dan cukup mudah dihasilkan.
Boleh cuba resipi Apam Tapai Nasi yang dikongsikan oleh Puan Ainon Sidi ini;
Seperti yang dijanjikan semalam hari ni mak cik buat lagi Apam Tapai Nasi. Ini resepi yang selalu mak cik gunakan.
Bahan-Bahan:
1 cawan tapai nasi
(buat awal 1 hari, campurkan 2 cawan nasi sejuk dan 1/2 ragi)
1 cawan Gula
3 cawan tepung beras cap gajah 3
2 cawan Air
Cara Membuat:
1.Mak cik masukkan bahan di atas dan blender semua.
2.Masukkan dalam bekas dan tutup rapat-rapat, perap dan simpan. Mak cik peram dalam 5 jam.
3.Masa nak kukus masukkan ENO biru 1 peket kacau rata.
Campurkan 2 cawan Nasi sejuk dan separuh Ragi.
(Ragi tu hancurkan atas Nasi tadi. Saya guna penapis teh)
Perap 24 jam dalam bekas bertutup, bila dah lembik dan berair manis sedap macam pulut tapai tu.
2 cawan nasi ni untuk dapatkan 1 cawan tapai nasi.
MW: Gebunya apam tapai nasi ni. Kalau ada nasi tak habis dekat rumah tu boleh buat apam ni. Tak membazir. Senang nak buat dan boleh cuba untuk minum petang dengan anak-anak. Nak buat jual pun boleh sangat.
Musim hujan ni, memang sedap hirup sup panas-panas. Jika pernah rasa kuetiaw Sup Thailand, memang tak cari sup lain. Lebih-lebih lagi kuahnya ditambah dengan akar ketumbar dan minyak bawang putih memang membangkit selera, makan bertambah-tambah.
Mak-mak yang nak cuba masak Kuetiaw Sup Thailand boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lynda Nazri ini. Senang je rupanya nak buat!
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Kuetiaw Sup Thailand.Ada yang suka? Bau aroma akar ketumbar + minyak bawang putih tu bangkit selera hujan-hujan ni.Jemput makan semua.”
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(saya ganti sawi)celur
Kacang tumbuk (tapi saya tak guna)
Lobak masin (celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
Serbuk cili kisar (Saya buat sendiri) Nak beli yang thailand pun ada, jangan guna serbuk cili yang jenis Babas or sebagainya, sebab pahit)
Cili jeruk
Daun ketumbar
1. Didihkan air dalam periuk.
2.Masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yang dah ditumbuk halus tadi.
3.Sambil-sambil tunggu didih tumiskan bawang putih yang dah di blend tadi sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi (time ni kuah wangi,bau macam bihun pama).
4.Perasakan garam,aji,gula sikit.Bahan-bahan ni saya agak-agak je ye untuk yang banyak mana saya masak.
5.Tunggu ayam lembut sikit, keluarkan isi ayam yang untuk diracik. Kemudian boleh la hidangkan bersama bahan-bahan hiasan diatas.
MW: Memang sedap makan kuetiaw sup panas-panas, lagi-lagi masa musim hujan. Mak-mak yang tak nak makan nasi, boleh cuba resipi ini. Aroma rempahnya secukup rasa.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...