Kalau sebut coklat, anak-anaklah paling suka. Apatah lagi kalau biskut M&M yang ada taburan coklatnya di atas. Tentu menarik perhatian anak-anak.
Nak buat biskut M&M tak adalah susah sangat pun, lebih kurang sama dengan biskut coklatchip yang biasa mak-mak buat. Bezanya mungkin dengan taburan M&M yang berwarna warni itu paling memikat.
Bestnya, nak buat biskut M&M cuma gaul pakai senduk saja. Dah la terpaling senang, nak buat untuk raya nanti pun boleh.
Nampak sedap sungguh Apricot Custard Tart ini, malah cantik berkilat pula permukaannya. Kombinasi rasa lemak manis ‘cheese’ dan buah aprikot, serta shortcrust rangup memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut untuk keluarga.
Boleh cuba resipi Apricot Custard Tart yang dikongsikan oleh Puan Julita Binti Sallehini. Menurutnya resipi asal yang diperolehi daripada ibu mentuanya sendiri.
200 gram tepung gandum
80 gram gula halus
secubit garam
sedikit kulit limau sagat
25 gram serbuk almond
120 gram butter
sebiji telur
1. Masukkan tepung gandum, gula halus, garam, kulit limau dan serbuk badam ke dalam bekas kemudian kacau sebati.
2. Selepas itu letak butter dan gaul sebati.Kemudian masukkan pula sebiji telur sehingga semua sebati.
3.Jika adunan terlebih lembut, boleh tambah sedikit tepung. Kemudian boleh terap dekat acuan 10 inci dan bakar suhu 190 selama 10 atau 15 minit.
500 ml susu fresh
50 gram gula
35gram tepung kastard
200 gram cream cheese atau sour cream
50 gram gula
1. Asingkan 4 sudu besar dari sukatan susu segar tadi, campurkan dengan gula dan tepung kastard.Kacau sebati.
2. Kemudian panaskan susu, masukkan campuran susu kastard tadi. Kacau hingga kastard tu pekat pastu biarkan sejuk. 3. Kacau sebati cream cheese atau sour cream dan 50 gram gula kemudian masukan pada adunan pudding kastard tadi.
4. Kacau sebati kemudian boleh letak pada Crust Tart tadi.
5. Selepas itu, susunkan buah apricot tu bakar suhu 190 selama 20 atau 30 minit.
6. Untuk bahagian atas nak bagi berkilat glazer tu amik 3 sudu air apricot tu dan 1 sudu besar apricot jam atau orange jam. Masakkan dan kacau-kacau nak bagi berkilat sapu kat atas buah dan seluruh permukaan tart tu. Maaf tau tak reti bagi resepi buku resepi tulis English dan German campur-campur).
Bila masak sup, rasanya tidak akan sempurna dan lengkap tanpa sup bunjut. Inilah yang akan buatkan sup kita bertambah sedap dan seronoknya anak-anak pun memang suka.
Pernah juga terfikir, isi apalah yang ada dalam bunjut tu hinggakan rasa sup tidak boleh dinafikan, sedap! Boleh dikatakan wajib ada stok di rumah dengan sup bunjut ini. Belum lagi cara nak masaknya yang memang senang sangat.
Rupanya bahan dalam bunjut ini adalah bahan yang memang ada kat dapur kita. Kali ini, Nana Ismail berkongsi cara buat sendiri sup bunjut ini.
Kali ini, kita nak tolong suruh berjimat dengan barang yang ada kat dapur je.
Siapa ada anak kecik, nana percaya menu sup-sup ni perkara WAJIB.
Tapi ada setengah orang tak guna sup bunjut tau. Dia just buh kayu manis + bunga lawang + buah pelaga je.
Kalau tak ada ini rasa sup pun kurang menyengat. Inilah ramuan sebenarnya,
BAHAN UTAMA ( bunjut)
=============
1 sudu rempah biji
2 ruas bunga lawang
Secubit jintan manis
2-3 kuntum bunga cengkih
½ inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
2 inci persegi kain putih
Caranya:
1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik.
2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu.
3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong
4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih.
5. SIAP!
Mingguan Wanita : Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Nak jimat buat sendiri saja.
Memang menarik dengan hanya menggunakan 4 bahan untuk buat aiskrim mewah ala-ala Magnum, boleh dapat lebih 20 batang. Memang sangat menjimatkan, berbaloi dan puas hati makan. Malah rasanya pula memang sangat sedap, sebiji macam yang dijual dekat kedai.
Nak cuba buat sendiri Aiskrim Mewah Ala-Ala Magnum ni, boleh buat sendiri di rumah ikut resipi yang dkongsikan oleh Puan Riena Eris ini sebagai panduan;
Excited sungguh buat aiskrim ni. Tak menyabau nunggu beku esoknya..ngalahkn anaknya plak. Jom buat aiskrim mewah ala-ala magnum 4 bahan je. Serius sejibik rasa macam yang jual dekat kedai tu. Buat pon sonang tanpa mixer hokay.
1.Mula-mula tuangkan susu pekat. Kalau nak manis letak lebih. kalau takut kena kencing manis sila kurangkan ye.Ikut tahap kemanisan masing-masing.
2.Yang ni diary milk whip krim. Rasa dia memang lagi lemak-lemak tapi tawar. Boleh je pakai non diary whip krim tapi beza la rase dia sikit, tak sama.Dekat kedai supply bakery, pasaraya biasa pon ade jual.
3. Tuang kan separuh kotak yer. Nak habiskan pun boleh ikut suka kome la.
4. Selepas itu bagi anak kome kacau ye. Suruh depa rasa dah maneh ka lom, just kacau manja-manja je guna sudu bagi sebati. Tak perlu mixer bagai, texture whipping krim ni memang ringan gebu aje bile dah jadi aiskrim.
5. Terus tuang adunan tadi ke dalam acuan silikon aiskrim tinggal ruang sikit bab nanti beku dia menngembang sikit. Pastikan dah letak batang eskrem tau, kalau tak nanti makan la aiskrim tanpa batang.. Mana nak beli acuan?? Just taip aiskrim silicone kat shopee tau cari harga yang paling murah.
6.Dah siap letak penutupnya terus masuk peti ais dan biar dia dok beku semalaman lebih kurang 8-10 jam. Supaya nanti senang nak coating coklat.
7.Almond nibs sila sangai kan. Nak sedap beli la bebanyak.
8. Coklat masakan tadi kita double boiler kan. Tapi saya beli yang dah siap senang terus celup je. Berryls gourmet dark coklat kalau nak pakai milk coklat pon bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal. Terpulang citarasa masing-masing.
9. Bila dah beku keluarkan dari acuan. Senang sangat nak keluarkan pakai silocone ni.
10. Yang ni dah ready nak celup dalam coklat.Togeii lagi tak dak baju. Tapi kalau anak suka boleh je bagi makan terus.
11. Ok terus junamkan dia dalam coklat cair tadi.
12. Selepas itu kasi dia joget jap goyang kan ke kiri ke kanan atas belakang bagi semua bersalut sama rata ye.
13. Hah tengok tu kacak kan lepas dah bagi dia pakai baju baru.Coklat auto beku sebab dia kan aiskrim takat suhu bawah negetif darjah celcius.
14. Selepas coating coklat terus cecepat kita tabur almond nibs tau. Sebab kalo lambat nanti yang coklat tadi terus auto mengeras. Nanti tak lekat pulak bebadam tu. Nak sedap letak bebanyak tau memang holiau la beb.
15.Bila dah tabur badam kemudian masuk kan si sado ni dalam freeze lebih kureng 15-30 minit bagi dia firm sikit. Selepas itu dah boleh makan.
Nak simpan lepas pindah kan dari piring tadi macam ni.
Jimat boleh dapat lebih 20 batang 1 kotak diary whipping krim tu. Jimat jugak kan. Tapi kalau nak lagi jimat campurkan dengan susu uht sekotak besaq lagi banyak dapat memang berbaloi. Mesti anak bangga nau-nau mak dia pandai buat aiskrim magnum.
Ni dah siap, tinggal ngap je. Kalau nak cantik lagi boleh je sprinkle dengan fancy choc rice, drizzle dengan white choc terpulang ikut kreativiti memasing buat la dengan anak-anak mesti diorg pon lagi teruja kalah kita yang tua ni.
Mingguan Wanita: Wah menariknya boleh buat aiskrim mewah ala-ala magnum macam ni. Guna 4 bahan je pun boleh jadi, malah sangat jimat berbaloi bila buat sendiri boleh dapat lebih 20 batang aiskrim!
Seorang wanita berstatus isteri orang bersama lelaki bujang ditahan JAINJ selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kluang hasil maklumat orang awam.