Biasanya kalau lalu bahagian bahan-bahan buat kek ini, memang keliru nak pilih fresh cream dan whipping cream. Macam lebih kurang sama dengan pelbagai pilihan jenama yang ada namun kegunaannya berbeza. Lebih-lebih lagi kita yang jarang-jarang nak buat kek, manisan gunakan bahan-bahan ni. Tersalah beli memang kecewa.

Puan Nieza Nor Hamnira yang merupakan seorang ‘baker’ ini ada kongsikan tip mudah, untuk bezakan diantara Fresh Cream dan Whipping Cream sewaktu nak beli. Memang senang faham dan tak keliru lagi.

Berikut perkongsian tersebut;

KELIRU MANA FRESH CREAM, MANA WHIPPING CREAM?

Ini petua kampung je. Takde saintifik punya terma bagai. Asal faham sudah, supaya tak tersalah beli dan tak kecewa.

Yang selalunya jadi confuse tu sebab dua-dua ada perkataan ‘Whip’ tu. Ok, jangan kisah perkataan ‘whip’ tu. Buat keliru je.

Mana boleh guna untuk apa?

OK first sekali kena faham 2 perkara ni dulu :

** DAIRY (Tenusu)
** NON DAIRY (Bukan tenusu)

1. DAIRY (WHIPPING CREAM)

Bila kata TENUSU je ingatlah susu (lembu). Ada perkataan UHT selalunya kat kotak. (Ultra Heat Temperature) biasanya memang untuk bahan tenusu. Dia rasa lemak, tawar dan tak boleh nak dibentuk. Dia power kat rasa yang lemak tu.

Macam ni cara nak ingat dia supaya senang faham : SUSU – LEMBU – LEMAK – TAKLEH BENTUK.

IKLAN

Dia semata-mata untuk rasa lemak yang sedap dan imej leleh-leleh tu, ia sesuai disenduk untuk makan sebab memang tak stabil. Contoh penggunaan : tiramisu, cheese leleh, aiskrim sebelum dibekukan dan sebagainya.

2. FRESH CREAM / WHIP TOPPING

Bila kata BUKAN TENUSU je ingatlah lelemak sayuran (biasanya dari kelapa sawit). Biasanya lelemak sayuran ni ada rasa manis, sebagai agen stabiliti.

Cara nak ingat dia supaya senang faham : LELEMAK SAYURAN – KELAPA SAWIT – INGAT DAUN KELAPA SAWIT TU – INGAT BENTUK DAUN – BOLEH DI PIPING JADIKAN MACAM-MACAM BENTUK.

Sesuai untuk jadi lepa kek, topping kek, filling durian crepe, creampuff montok, dan apa-apa sahaja yang perlukan ‘volume’ untuk cantik!

Beza Fresh Cream & Whipping Cream, Senang Faham Supaya Tak Tersalah Beli

IKLAN

So kita ada 2 perkara je kena faham. Satu susu (lembu), satu lagi kelapa sawit.

Apapun, keduanya takleh over beat. Cik susu akan terpisah jadi mentega, cik kelapa sawit akan mencair pula tak boleh dibentuk.

So, harapnya formula kampung ni dapatlah membantu kefahaman yang mana untuk yang mana.

Yang dah pandai, janganlah gelakkan ya. Kita dulu pun payah juga nak faham, baca punya baca punya baca.. bahasa sains daa.. haha.. pengalaman salah-salah tu jadikan kita tahu juga akhirnya.

Begitulah.
Ingat, susu (lembu)- takleh bentuk. (UHT)
Ingat, daun kelapa sawit – boleh bentuk. (TOPPING)

IKLAN

Moga bermanfaat!

#tipscikgukekrugged

Baca Lagi Di Sini:

Jimat Kos Buat Whipping Cream Sendiri, Mudahnya Enam Minit Siap!

Buat Sendiri ‘Korean Cream Cheese Garlic Bread’ SEDAP, Semerbak Bau Satu Rumah!

MW: Jadi nak mudah bezakan Fresh Cream dan Whipping Cream ini sewaktu beli, ikut tip yang dikongsikan ini.Mudah faham.

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI