Pokok Pudina banyak khasiatnya dan selalu dijadikan penambah aroma dalam minuman dan masakan. Daun pudina letak dalam teh panas, sedap sungguh, wangi dan segar je rasanya. Namun bukan mudah nak tanam pokok pudina ni.Kena tahu teknik dan cara yang betul barulah pokoknya hidup subur dan segar merimbun.
Rupanya teknik mudah tanam pokok pudina guna pucuknya yang matang. Tak sampai sebulan boleh biakkan berpuluh pasu. Punyalah banyak.
Masa mula-mula nak tanam pudina, saya beli 2 pasu kecil dari nusery. Satu pasu berharga RM 10, kiranya saya habiskan rm20 untuk dapatkan 2 pasu.
Bagi saya agak mahal, tapi disebabkan isteri saya suka dengan bau pudina, saya nekad untuk beli dan biakkan pokok pudina ni.
Alhamdulillah tak sampai sebulan, saya berjaya membiakkan berpuluh pasu pokok pudina.
2 cara saya guna:
Pertama rendaman keratan batang ke dalam air. Kedua tanam terus ke tanah menggunakan pucuk.
Hasil pemerhatian saya, menggunakan pucuk lebih mudah untuk membiak.
Cara-cara tanam pudina menggunakan pucuk:
1. Pemilihan medium (saya guna tanah sawit campur)
2. Saya pilih pucuk matang, saya ada sertakan gambar yang telah dilabel A dan B.Kedua-duanya adalah pucuk, yang membezakannya adalah pucuk matang dan pucuk tidak matang.
Ads
– Gambar A merujuk kepada pucuk yang kurang matang, batangnya berwarna hijau muda, peratus untuk hidup adalah kurang.
– Gambar B merujuk kepada pucuk yang telah matang, batangnya berwarna purple muda, peratus untuk hidup Insyaallah lebih tinggi.
3. Selesai memilih pucuk, cucuk pucuk tersebut ke dalam medium yang telah dipilih (pastikan medium telah digembur terlebih dahulu).
Ads
4. Siram medium sehingga basah lencun.
5. Letakkan di kawasan teduh di antara seminggu – 2 minggu.
6. Pucuk yang berjaya hidup akan sentiasa hijau dan mula menampakkan pertumbuhan.
7. Dedahkan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur.
Ads
Info Ekstra!
Pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan di bawah matahari penuh
Anak pokok boleh dibaja seusia 2 minggu dalam kuantiti yang sedikit.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka berkebun dan nak tanak pokok pudina sendiri di rumah boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Barulah pokok pudina hidup subur dan segar merimbun.
Setiap kali mengisi minyak di stesen minyak, kita begitu berpada-pada dengan perkara-perkara yang tidak dibenarkan. Ini termasuklah jangan merokok, tidak menggunakan telefon bimbit, matikan enjin dan guna air untuk basuh bahagian minyak yang tertumpah.
Kesemua ini untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada diri kita dan orang sekeliling. Walaupun kadang-kadang ada juga yang tidak mengikut peraturan ini dan tidak mengendahkan.
Walaupun 4 peraturan ini kita sudah sedia maklum, tapi ada satu lagi yang kita kena ambil tahu. Tak mustahil juga setiap orang tentu melakukan tabiat yang sama ini.
Kebiasaan bila kita isi minyak, tentunya ada yang akan ketuk pada penghujung pam tangki dengan muncung minyak. Maklumlah tak mahu membazir walaupun setitis minyak.
Jangan ambil mudah perkara ini dan jangan amalkan tabiat ini. Nampak biasa tapi sebenarnya boleh bahayakan diri.
Dalam satu perkongsian oleh pekerja di stesen minyak, menjelaskan tindakan mengetuk tangki minyak kereta dengan corong minyak boleh mengundang bahaya.
Ini kerana perlanggaran antara logam dengan logam semasa mengetuk tangki bahan api ini boleh menghasilkan percikan api sehingga mengakibatkan kebakaran.
.
Walaupun ia mungkin kelihatan seperti tindakan kecil dan simple tapi ia boleh memudaratkan diri. Dinasihatkan untuk tidak mengetuk dan utamakan keselamatan, elak sebarang risiko semasa mengisi minyak kereta.
Mingguan Wanita : Mungkin ramai yang buat macam ni kan. Lepas ni, kena beringat. Sebab nak titisan minyak yang terakhir, malang tak berbau pula nanti.
anda mengetuk pembukaan tangki bahan api beberapa kali sebelum mengeluarkan muncung untuk memujuk beberapa titisan bahan api tambahan? Nah, ternyata
Daun parsley memang banyak digunakan dalam masakan terutamanya jenis masakan barat sebagai penambah aroma. Kalau beli di pasaraya, daun parsley kering lebih mahal berbanding yang ‘fresh’. Hakikatnya kita nak guna sikit je.
Sebenarnya bagi mak-mak yang ada airfryer, boleh buat sendiri ‘dried Parsley Flakes’ ini di rumah. Cukup mudah, murah dan dapat banyak. Memang jimat dan berbaloi.
“Kita nak beli dried Parsley Flakes tadi RM9.50. Nak guna suka-suka buat tabur-tabur, maka kita tawakal beli yang fresh. Sebungkus RM 1.40 kat Tesco. Kita basuh, tos air sampai kering then masuk dalam AF.Kena hempap, if not dia terbang-terbang sebab ringan. So suhu 160 masa @15minit. Garing.. gesek daun dengan jari saja.”
“Macam saya buat tabur pada tartar sauce ke, spaghetti ke, lasagna, Korean garlic bread. Dia buat tabur-tabur je, sebab tu kalau nak makan tak banyak pakai. Unless kerap ke buat jual baru pakai banyak.”
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, mak-mak bolehlah cuba buat sendiri parsley flakes ini di rumah. Lebih murah, jimat dan berbaloi.
Sumber: Sharifah Fatimah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Petai memang sedap dimakan namun yang jadi masalah bila mulut berbau dan tak tahan bau busuknya. Dah cuba macam-macam cara cuba tak jadi juga hilangkan bau busuk ni.
Rupanya ada petua berkesan, mudah dan cepat nak hilangkan bau mulut selepas makan petai dalam masa seminit dengan kunyah terung mentah sekejap. Ini merupakan petua dan pengalaman yang dikongsikan sendiri Puan Bee Keng.
Berikut perkongsian tersebut;
Ramai yang suka makan petai tetapi tak tahan dengan bau busuk mulut, kadang-kadang berus gigi dua tiga kali pun tak semestinya bau mulut akan hilang, sememangnya bau mulut sangat memalukan.
“Saya nak kongsikan cara kita hilangkan bau mulut secepat seminit. Cara ini diajar oleh mak semasa kita masih kecil lagi ia sangat berkesan menghilangkan bau mulut selepas makan petai tak kira lah petai mentah ke, petai jeruk ke, petai goreng sambal ke, semuanya sangat berkesan dengan cara paling senang dan cepat ini.”
Kalau tak percaya cuba tengok memang hilang dalam masa seminit sahaja! Semasa saya baru-baru kahwin saya ajar suami saya dia tak percaya pun tetapi selepas mencuba dia cakap AJAIB betul!!!
Cara Segera :
Potong terung mentah sebesar 1-2 cm dan kunyah selama seminit dan selepas kunyah boleh ditelan atau diludahkan (sebab ada info yang mengatakan terung mentah mengadungi solonin boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut). Saya biasanya telan, sebab rasa terung mentah sangat manis dan sedap, sepotong kecil tak memudaratkan pun.
Yang suka makan ulam tu boleh makan sekali dengan terung rebus, berkesan juga dan tinggalkan sedikit pada akhir juadah untuk dikuyah sebagai penghilang bau, dikunyah seperti makan “chew gum” sekurang-kurangnya wajib seminit la.
Orang cina suka goreng sambal petai dengan terung untuk mengurangkan bau busuk petai dan mulut.
Satu lagi cara nak hilangkan tandas busuk disebabkan petai, letakkan sebiji terung yang dimakan ulat atau yang dah tak mahu dah (mahu potong
tak potong pun tak apa.. ) atau kulit terung pun boleh di lantai tandas, ia sangat berkesan mengurangkan bau busuk disebabkan makan petai.
Anda cuba tengok dan kongsikan pengalaman anda, selamat mencuba!!
MW: Wah menariknya petua ni. Baru tahu terung boleh hilangkan bau busuk mulut selepas makan petai.Bolehlah nanti cuba petua berkesan yang dikongsikan ni.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...