Pudina  atau dikenali juga dengan nama Mint telah digunakan secara meluas untuk tujuan penghasilan produk komersial, masakan dan ubatan. Herba ini berasal dari keluarga Laminacece dan tergolong dalam spesies Mentha.Terdapat lebih kurang 30 jenis varieti pudina. Ini termasuklah peppermint, spearmint, applemint, water mint, horsemint, pineapple mint, orange mint dan pennyroyal.

Peppermint adalah spesies yang popular dalam keluarga pudina dan banyak dijumpai dalam ubat gigi,  gula-gula getah, ubat kumur, sabun, gula-gula, krim sapu dan ubat batuk. Pennyroyal pula jenis beracun jika dimakan tetapi boleh dijadikan sebagai ubat sapu pada kulit bagi mengelak gigitan serangga.

Terkenal juga sebagai tumbuhan yang berkhasiat, pudina dikatakan mengandungi sejumlah vitamin dan mineral yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

Bahagian pucuk daun pudina adalah bahagian yang sering dijadikan sebagai ramuan ubatan. Cara-cara daun pudina dijadikan ramuan ubatan melalui kaedah penyedutan, larutan, tuaman, atau seduhan. Setiap satu bergantung dengan keperluan seseorang itu. Tetapi cara yang paling mudah adalah dengan menjadikan daun pudina sebagai daun teh.

Kebaikan pudina

1-Kaya vitamin dan mineral baik untuk tubuh.

Pudina kaya dengan vitamin A, vitamin C dan sejumlah kecil vitamin B2. Vitamin C adalah antioksidan penting dan dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko sesetengah kanser seperti kolon dan rektum. Walaupun diambil dalam jumlah yang kecil, namun khasiatnya masih lagi berguna kepada kesihatan seseorang.Pudina juga mengandungi sejumlah mineral asas seperti mangan, tembaga, besi, kalium dan kalsium.

 

2-Membantu legakan masalah pencernaan

IKLAN

Jika digunakan untuk tujuan perubatan, pudina dikatakan boleh digunakan untuk membantu pencernaan dan melegakan masalah penghadaman. Jika seseorang itu menderita masalah penghadaman dengan kerap, dikatakan dengan meminum secawan teh daun pudina selepas makan mampu melegakan masalah tersebut. Ini kerana daun pudina bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.

 

3-Membantu legakan masalah sistem pernafasan.

Bahan sebatian kimia menthol yang dijumpai dalam minyak pudina dikatakan terkenal dengan sebagai pelega masalah sistem pernafasan dan paru-paru. Ia juga dikatakan mampu melegakan gejala-gejala demam dan selesema dan pelega alahan hidung.

 

4-Kurangkan pedih hati.

IKLAN

Bukan itu sahaja dikatakan pudina terbukti mampu melegakan pelbagai masalah kesihatan lain. Antaranya,pudina mampu melegakan gejala-gejala pedih ulu hati dan sindrom usus rengsa dengan cara melegakan otot-otot dalam dan sekeliling usus.

 

5-Legakan lenguh-lenguh otot

Khasiat pudina juga dikatakan mampu melegakan kesakitan dan lenguh-lenguh otot dan kekejangan. Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata)  adalah diantara yang dikenalpasti sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot

 

IKLAN

6-Hilangkan bau mulut busuk

Sifat semulajadi menthol adalah sebagai antibakteria dan antimikrob mampu melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan. Ini termasuklah kerosakan pada gusi dan gigi. Apabila gusi dan gigi sihat mampu membantu mulut bersih dan tidak berbau busuk. Anda boleh mengunyah daun pudina bagi membantu mulut anda bersih dan berbau wangi.

 

7-Baik untuk masalah kulit.

Daun pudina yang telah dihancurkan  jika ditampal pada kulit yang terbakar ringan, kegatalan dan masalah kulit dikatakan mampu melegakan serta menyejukkan bahagian yang mengalami masalah tersebut.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI