Perasan tak, ada masanya handphone kita jadi ‘berat’, lambat untuk beroperasi dan jem. Mungkin berpunca daripada macam-macam data, dokumen, mesej dan gambar yang ada dalam whatsapp. Lebih-lebih lagi jika mempunyai banyak group whatsApp. Sebenarnya ada cara mudah untuk ‘bersihkan’ fail-fail yang digunakan dalam handphone tanpa menghilangkannya, iaitu dengan “reset statistics” .
Boleh rujuk perkongsian berikut;
“Tak perlu left group WhatApps, Syma nak kongsikan satu cara untuk elakkan HP kita hang atau jem disebabkan kita ada banyak group whatsApp! Info berguna ni.”
Ini dikongsikan bersama caranya:
1. Pergi ke whatsApp —-> setting
2. Pastu tekan —-> data usage
3. Pastu tekan —-> network usage
Ads
4. Akhir sekali —-> reset statistics
Dia cuci semua fail yang kita guna sebelum ni.Jangan bimbang.Dia tak kacau fail lain.
Sebelum pergi ke “reset statistics” cuba tengok sebelah kiri. Beribu-ribu kb kita dah guna.
Ads
Lepas tu terus tekan yang paling bawah tu, Reset statistic. Semua nombor kb tu jadi 0. Barulah laju.
Ads
Rajin-rajinlah cuci, baru laju.Selamat mencuba, tak payah left group.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika handphone selalu ‘slow’ atau jem sebab banyak mesej, gambar atau dokumen yang dihantar dari group whatsapp boleh cuba cara yang dikongsikan ini. Barulah laju berdesup.
Sumber : Syma
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
DIY sabun? Biar betul! Sekali pandang, cantik dan nampak sedap! Ops! Ini bukan puding buah-buahan ye tapi Sabun Aircond. Kenapa panggil SABUN AIRCOND? Sebab bila pakai akan rasa sejuk sangat! Sesuai dipakai musim panas macam sekarang ni. DIY je kat rumah.
Resipi pembuatan sabun yang sangat sejuk ini telah dikongsikan oleh Dr. Nurhidayah Roslan, wanita yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Genetik Dan Sains Biomolekul. Nak dapatkan bahan pun mudah. Dia ada kongsikan di laman fb miliknya:https://www.facebook.com/profile.php?id=100010642691835
Mak-mak boleh ajak anak-anak untuk sama-sama dalam projek Sabun Aircond ini. Mesti anak-anak teruja!
Ada TIGA FUNGSI UTAMA sabun ini iaitu:
50 gram Transparent soap base
1ml Minyak pati lemon
Sedikit pewarna untuk sabun (kuning dan oren)
50 gram Transparent soap base
0.5 gram Activated charcoal/carbon coloring for soap (hitam)
Ramai yang cakap je tapi tak juga buat. Itulah punca kerja tak settle. Sesiapa pun ketika sibuk pasti terasa masa begitu suntuk. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan dalam satu masa. Serabut kan? Kusut kan? Saya juga sering berperang dengan masa, mak-mak di luar sana pun mesti sama kan. Hidup kita sentiasa terkejar-kejar.
Masa tidak akan menunggu kita, ia akan terus berlalu. Kita mesti sedar hakikat ini dan mula belajar mengurus masa dengan baik. Memang kita bukan sempurna, ada sahaja kekurangan yang menjadi halangan untuk memanfaatkan masa dengan maksimum.
Usah tertekan kerana kekurangan diri.Isi masa yang ada mengikut keperluan kita, jangan bandingkan dengan orang lain. Kita lebih mengenal diri dan memahami keperluan kita.
Ramai orang yang memvisualkan perkara yang mahu dilakukan di dalam minda. Namun mereka tidak mengeluarkan visual itu agar dapat dilaksana dengan baik. Cara saya, apa sahaja yang mahu saya lakukan, saya senaraikan di dalam buku atau kertas.
Kemudian, saya susun tugasan atau urusan ini mengikut keutamaan. Agar semuanya dapat saya lakukan dengan baik, saya letakkan anggaran tempoh masa untuk setiap urusan. Alhamdulillah, ia banyak membantu saya dalam urusan kerja dan seharian.
Tapi ada syarat tau. Jangan tangguh kerja! Ini disiplin yang mesti kita pegang. Tidak guna jika kita merancang namun gagal melaksanakannya. Ramai antara kita yang gagal mengurus masa kerana leka dan suka menangguhkan kerja.
Apa sahaja yang boleh diselesaikan pada hari ini, sudahi. Jangan dibawa sehingga ke hari esok kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih mampu melaksana urusan tersebut. Bagaimana jika kita sakit atau ada kecemasan lain?
Dalam hidup ini kita sering berperang dengan dua komoditi iaitu masa dan wang. Jika banyak wang, kurang masa kerana komitmen yang tinggi. Namun jika banyak masa, biasanya wang akan berkurangan.
Kita perlu membuat pilihan untuk menentukan kehidupan kini dan masa hadapan. Jika mahukan kesenangan dan keselesaan keluarga, sudah pastilah kita perlu bekerja keras dan meraih peluang untuk menambah pendapatan.
Tidak mengapa masa kita untuk diri dan keluarga sedikit asalkan kita tahu memanfaatkan ia dengan cara berfaedah. Bagi saya tiada guna juga jika masa yang banyak bersama keluarga tidak diurus dengan baik. Ini pandangan peribadi saya, maafkan jika ada yang tidak setuju.
Jangan gantikan masa dengan kemewahan untuk menebus rasa bersalah kepada anak-anak ketika kita sibuk. Gantikan dengan layanan serta kasih sayang, usah malu memohon maaf kepada anak-anak atas kekhilafan kita.
Hidup ini sentiasa ada pilihan, pilih yang terbaik ikut keperluan kita. Jangan bandingkan kita dengan orang lain, keperluan mereka tak sama dengan kita. Bahagia itu di tangan kita, usaha dan doa. Yakinlah kita akan bahagia dengan keluarga.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suatu ketika dahulu, mungkin mak, ayah hanya dapat melihat rumah besar dan berduit sahaja mampu memasang perincian “wainscotting” kerana rata-rata menggunakan material kayu yang agak mahal harganya.
Tetapi sekarang banyak pilihan material wainscoting antaranya pvc dan harganya jauh lebih murah jika mak,ayah ingin memasang perincian “wainscoting” di dinding rumah masing-masing.
Sudahlah murah, “wainscoting” menggunakan pvc ini lebih mudah dipasang. Bagi mak ayah yang ingin mengisi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah mula menghias atau mendekorasi untuk hari raya nanti dengan menggunakan wainscoting pvc.
Ikuti perkongsian Puan Syarul Nadia Hamdan ini:
Sebenarnya, setelah saya mencuba sendiri hias dinding menggunakan wainscoting PVC, saya ada berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas make over di facebook. Tak sangka ramai juga kawan-kawan berminat dan ingin mencubanya.
Pada mulanya, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak panjang, jadi saya dan suami terfikir untuk menghias dinding rumah. Seperti orang lain, kami pernah cuba mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman untuk memasang “wainscotting”.
Tetapi harganya agak mahal serta mencecah ribuan ringgit walaupun hanya satu dinding kosong tidak termasuk cat. Setelah ada orang lain mencuba memasang sendiri wainscotting PVC dan cantik, saya dan suami terfikir untuk mencubanya sendiri.
Bayangkan kos yang kami keluarkan tidak sampai RM 300. Memang jimat. Selain murah harganya, kami juga dapat mengisi lapang dan membuat persiapan dekorasi untuk sambutan hari raya tidak lama lagi.
Maklumlah mungkin kita akan beraya di rumah sahaja kerana virus Covid-19, jadi apa salahnya kita menghias rumah untuk membangkitkan suasana raya. Untuk pengetahuan semua barang atau bahan yang digunakan dibeli secara online tanpa perlu ke kedai.
Silicone + white silicone Pembaris Cutter Masking tape Grinder mata potong @ gergaji Wall putty filler Wainscotting (pvc) Penimbang air Wall paper (sticker)
1. Kenal pasti dinding dan ukur lebar untuk memudahkan proses membuat design wainscoting yang dikehendaki.
2. Ukur wainscoting pvc mengikut panjang yang dikehendaki dan buat garisan sudut di bahagian hujungnya.
3. Potong menggunakan grinder mengikut garisan sudut yg telah dibuat.
4. Letakkan white silicone pada wainscoting pvc dan tampalkan pada dinding.
5. Gunakan penimbang air untuk memastikan wainscotting betul-betul sama aras.
6. Lekatkan masking tape supaya lebih kukuh. Masking tape ditanggalkan selepas silicon benar-benar kering (biarkan semalaman).
7. Tampal wall paper di bahagian dalam petak wainscoting dan sapu rata supaya kemas.
8. Menggunakan instant putty filler untuk menutup ruang antara cantuman wainscoting.
**Pesanan** Kerja mesti dilakukan dengan cermat dan kemas supaya tidak memerlukan dinding dicat semula. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan bajet untuk mengecat lagi.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak, ayah mendekorasi rumah. Paling penting kita dapat berjimat apatah lagi di waktu-waktu kecemasan seperti sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!