DIY sabun? Biar betul! Sekali pandang, cantik dan nampak sedap! Ops! Ini bukan puding buah-buahan ye tapi Sabun Aircond. Kenapa panggil SABUN AIRCOND? Sebab bila pakai akan rasa sejuk sangat! Sesuai dipakai musim panas macam sekarang ni. DIY je kat rumah.

DIY Buat Sabun Aircond

Resipi pembuatan sabun yang sangat sejuk ini telah dikongsikan oleh Dr. Nurhidayah Roslan, wanita yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Genetik Dan Sains Biomolekul.  Nak dapatkan bahan pun mudah. Dia ada kongsikan di laman fb miliknya:https://www.facebook.com/profile.php?id=100010642691835

Mak-mak boleh ajak anak-anak untuk sama-sama dalam projek Sabun Aircond ini. Mesti anak-anak teruja!

Apa fungsi Sabun Aircond ni?

Ada TIGA FUNGSI UTAMA sabun ini iaitu:

  • Menarik kotoran daripada kulit badan
  • Nyahkan bau badan yang tak best
  • Ia juga menyejukkan badan. 

Bahan-bahan Untuk DIY SABUN AIRCOND (acuan sabun bersaiz 350 gram)

Bahan A – Bahagian kuning:

50 gram Transparent soap base

1ml Minyak pati lemon

IKLAN

Sedikit pewarna untuk sabun (kuning dan oren)

Bahan B – Bahagian hitam:

50 gram  Transparent soap base

0.5 gram Activated charcoal/carbon coloring for soap (hitam)

IKLAN

Bahan C – Transparent medium:

250 gram  transparent soap base

12 gram  Kristal menthol

2ml  Minyak pewangi lemon

IKLAN

Jom DIY Buat Sabun Aircond!

DIY Sabun Aircond Bantu Nyah Bau Badan, Bukan Puding Buah Ye!

  • Siapkan Bahagian Kuning dahulu. Larutkan soap base di bahagian A secara waterbath ataupun microwave. Tambahkan minyak pati dan pewarna.
  • Tuangkan ke dalam mould/acuan sabun dan biar mengeras (1 jam).
  • Untuk siapkan bahagian hitam; Larutkan soap base di bahagian B menggunakan waterbath ataupun microwave.
  • Larutkan activated charcoal dalam 1 sudu kecil ‘vegetable glycerin’. Dan campurkan ke dalam larutan soap base.
  • Tuangkan ke dalam mould sabun dan biar mengeras (1 jam).
  • Potongkan bahagian kuning dan bahagian hitam menjadi kecil.
  • Larutkan soap base di bahagian C menggunakan waterbath ataupun microwave. Tambahkan Kristal menthol dan kacau hingga larut.
  • Susunkan bahagian kuning dan bahagian hitam yang telah dipotong tadi ke dalam mould sabun.
  • Tuangkan soap base C ke dalam mould hingga penuh. Jika terdapat buih di permukaan atas sabun, boleh semburkan dengan gosok alkohol untuk hilangkkan buih tersebut.
  • Biarkan mengeras selama 2-3 jam. Boleh potong dan digunakan.

DIY Sabun Aircond Bantu Nyah Bau Badan, Bukan Puding Buah Ye!

https://www.mingguanwanita.my/diy-rak-simpan-penyangkut-baju-mudah-murah-modal-rm20/

https://www.mingguanwanita.my/diy-almari-tiga-tingkat-edisi-anak-ramai-kukuh-jimat-kos/