Salah satu masalah mak-mak di rumah adalah menyimpan penyangkut baju yang banyak. Bukan apa, jika tidak disimpan dengan cara yang betul, penyangkut baju ini mudah hilang dan bersepah. Memang sakit mata memandang. Malah bila nak menggunakannya pula, ia jadi leceh dan lambat kerana sering terkait-kait diantara satu sama lain.

Sebenarnya dengan DIY Rak Simpan Penyangkut Baju dapat menyelesaikan masalah ini. Ia cukup mudah dan murah dengan kos sekitar RM 20 sahaja.

Boleh rujuk perkongsian daripada Mohd Azrin Roselan ini sebagai panduan;

“Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.”

“Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.”

“Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20.”

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
Ukuran:
(Paip 33″ x 2pcs)
(Paip 5″ x 6pcs)
(Paip 8″ x 2pcs)

3 joints x 4 pcs
Elbow x 6pcs

Gam paip PVC

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Pasang paip 5″ pada elbow dan T joint untuk bahagian A.

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!2. Pasang paip 5″ pada T joint untuk bahagian B.

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!3. Pasang bahagian A dan B.DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!4. Sambung paip 8″.

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!5. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C.

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!6. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.

IKLAN

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!

Siap!

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!

Kos upah: Air Sirap

Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang.

IKLAN

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!

Simpanan penyangkut baju.

DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!

AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri.

Baca Lagi Disini: Buat Sendiri Kitchen Bar Di Rumah, Table Top Tu Kosnya Cuma RM59

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah suruh encik suami tolong buatkan rak penyangkut baju ni, agar ‘hanger-hanger’ yang ada dekat rumah tu kemas tersusun, tak lah lagi sakit mata memandang.

Sumber: Mohd Azrin Roselan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI