Ads
Home Makan Mee Kari SEDAP, Kepekatan Kuah Kena Agak-Agak Jangan Cair Atau Pekat Sangat!

Mee Kari SEDAP, Kepekatan Kuah Kena Agak-Agak Jangan Cair Atau Pekat Sangat!

Ads

Sesekali nak tukar selera untuk keluarga, boleh cuba masak Mee Kari yang paling simple tapi cukup sedap ni. Tak lah susah mana pun, ikut resipi ini yang paling senang dah asas nak buat Mee Kari. Paling penting rahsia Mee Kari sedap, kepekatan kuah kena pandai agak-agak, jangan terlalu cair atau pekat sangat.

Berikut resipi Mee Kari yang paling simple, mak-mak boleh cuba buat dekat rumah nanti.

Bahan-Bahan Diperlukan:

Mee kuning (celur sekejap)
Fishball (goreng dan hiris)
Fishcake (goreng dan hiris)
Tauge
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
bawang goreng
Limau kasturi
Telur rebus belah dua
Nak tambah kerang/udang pun boleh

Mee Kari SEDAP, Kepekatan Kuah Kena Agak-Agak Jangan Cair Atau Pekat Sangat!

Mee Kari SEDAP, Kepekatan Kuah Kena Agak-Agak Jangan Cair Atau Pekat Sangat!

Ads

Bahan (Kuah):

Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
2 biji bawang merah besar *
3 biji bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
10 tangkai cili kering*
1 batang serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 kotak kecil santan
1 cawan air
1 kiub pati ayam

Cara Membuat:

1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.

Ads

Mee Kari SEDAP, Kepekatan Kuah Kena Agak-Agak Jangan Cair Atau Pekat Sangat!

Mee Kari SEDAP, Kepekatan Kuah Kena Agak-Agak Jangan Cair Atau Pekat Sangat!

Ads

Baca Lagi Di Sini:
KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!

Masak Nasi Kari Kambing Guna Kari Kambing Dalam Tin, Sumpah Sedap!

MW: Mudah je kan nak buat mee kari ikut resipi ni. Boleh cuba nanti di rumah. Paling penting kena pandai agak kuahnya, jangan terlalu pekat atau cair sangat.

Sumber: Bunga Jua

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI