Jika suka makan kacang kuda, pastikan direndam semalaman dahulu sebelum direbus.Namun jika selalu direbus biasa sahaja, boleh juga ditumis dengan cili dan daun kari. Rasanya lebih sedap.Bolehlah dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga ketika tengok tv nanti.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Al Ulfah II ini.

“Alhamdulillah… Siap kudapan hari ni”

Bahan-Bahan:

Kacang kuda (Rendam Semalaman)
Garam
Daun Kari
Butter / minyak
Bawang putih
Bawang Rose
Serbuk kunyit
Cili Kisar

Cara Membuat:

1.Kacang kuda rendam semalaman sebelum tidur.
2.Bangun pagi rebus letak secubit garam.

KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!3.Letak butter atau minyak.

IKLAN

KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!4.Tumis bawang putih dan bawang rose kecil (Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak).

KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!5. Masukkan Daun kari dan Cili kering diblend. Tumis sehingga naik bau.

IKLAN

KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!6. Cili tu masak elok, letak garam gula dan perasa (jika suka).
7. (Kak letak kunyit serbuk sikit) tak letak pun tak pa.
8. Buh kacang kuda yang direbus. Kacau-kacau dan angkat. Sangat sedap. Cuba la.

KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Kacang Pedas Bilis Rangup Tahan Lama, Kacau Masa Cili Dah Sejuk
Begini Caranya Nak Buat Kacang Bawang Putih Sedap, Kena Rebus & Perap Semalaman Dulu Barulah Digoreng!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga kat rumah tu, boleh cuba resipi kacang kuda yang dikongsikan ini. Gerenti sedap dan tak muak.

Sumber: Al Ulfah II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI