Resipi Original KEK BATIK Rangup ‘Crunchy’ 4 Bahan Terpaling Sedap! Kek atau Biskut batik antara kegemaran ramai. Resipi asal dulu-dulu kek ini memang hanya guna 4 bahan dan teksturnya lebih rangup, berbanding yang telah diolah dengan pelbagai bahan sekarang rasanya yang lebih lembut.

Bagi mak-mak yang suka kek batik asli jenis crunchy dan rangup ni boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap dan mudah nak buat.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Rozita Daud ini sebagai panduan;

Lama tak buat kek batik nie, masa dulu saya selalu cakap macam mana boleh kek tu berlapis-lapis biskut tu. Banyak kali cuba buat last=last tak jadi.

Satu hari saya tengok kat YouTube cara buat dan bahan pun 4 je.Buttercup, susu pekat, biskut marie dan milo. Saya try buat alhamdulillah rezeki jadi sampai nie saya masih guna resepi ni 4 bahan dan jadi.Nie resipi kek batik @ biskut Batik

Bahan-Bahan:

250g buttercup
480g Milo pek ekonomi 
3/4tin susu pekat
1bungkus 1/2 biskut Marie (Jenama Econsave) 1 keping patah 2@3serpihan

Resipi Original KEK BATIK Rangup ‘Crunchy’ 4 Bahan Terpaling Sedap!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali masukkan buttercup, bila dah cair perlahankan api, masukkan susu pekat gaul rata.
2. Siap tutup api masuk Milo gaul sampai sebati, takde ketulan Milo.
3. Kemudian masukkan biskut Marie yang dipatahkan dan gaul sampai sebati.
4. Loyang alas kan kertas minyak atau pun plastik, saya guna loyang size 26×26. Letak sampai habis dan ratakan, tekan pakai senduk besi.
5. Baki coklat dekat kuali boleh ambik letak kat atas mana yang tak kena coklat, saya tabur Nestum untuk bila potong dan letak atas tak melekat satu sama lain. Siap masuk dalam peti ais 2 jam boleh potong.

Resipi Original KEK BATIK Rangup ‘Crunchy’ 4 Bahan Terpaling Sedap!

IKLAN

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Mesti Baca:Resepi Kek Batik Indulgence Sedap, Cantik Berkilat Inspirasi Dari Ibu
Baca Lagi Di Sini:Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie Sedap, Wanita Ini Kongsikan Resipinya!
Artikel Menarik:Kek Batik Cheese Berkrim, Simpan Dalam Peti Sejuk 3-4 Jam, Senang Potong & Keju Tak Cair!

IKLAN

Mingguan Wanita: Nak ikutkan memang ini resipi kek batik asli dulu-dulu. Jenis rangup tak lembut, namun sangat sedap. Apa pun bergantung citarasa masing-masing suka kek batik yang rangup atau lembut.

Sumber: Rozita Daud

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI