Kalau buat kuih che mek molek, selalu gagal terutamanya bila goreng akan keluar air gulanya. Mugkin sebab terlalu banyak letak gula atau adunan che mek itu terlalu nipis.
Terus terbantut nak makan che mek molek yang elok. Tapi rasanya tetap sedap dan lembut. Rupanya ada tip rahsia dan teknik yang betul supaya ia cantik dan menjadi.
Perkongsian daripada Ju Mohamad tentang tenik betul buat che mek molek supaya tak pecah masa goreng dan kekal lembut, sedap.
~ 1.5kg Ubi keledek dikupas (jenis garnet paling senang nak jadi, tak lembik – kulit kemerahan, isi oren)
~ 1 besar sudu tepung ubi
~ 2 sudu besar tepung gandum
~ 1/2 sudu besar marjerin
~ Gula untuk inti
Cara Membuat:
1. Rebus ubi dengan 2 sudu kecil garam dan 1 ½ cawan air sehingga hampir kering.
2. Lenyekkan ubi dengan pelenyek atau tumbuk dengan lesung batu. Kemudian sejukkan ke suhu bilik.
Ads
3. Masukkan 2 sudu gandum, 1 sudu tepung ubi & 1/2 sudu marjerin. Uli sehingga sekata.
4. Bulat-bulatkan adunan (tanpa gula) mengikut kesesuaian saiz yang dikehendaki dan letakkan di dalam peti ais selama 2@3 jam (lebih suka uli malam dan goreng keesokan hari).
5. Selepas 2@3 jam, panaskan minyak, pastikan kuantiti minyak yang digunakan akan menenggelamkan keseluruhan Cek Mek.
6. Leperkan adunan bulat tadi dan masukkan gula. Bentukkan Cek Mek secara membujur dan tajam di hujung (kuantiti gula adalah terpulang kepada kesukaan masing-masing).
7. Sewaktu masukkan Cek Mek ke dalam minyak panas, api hendaklah agak kuat. Pusing-pusingkan Cek Mek tanpa henti ketika api kuat sehingga membentuk satu lapisan kulit di bahagian luar Cek Mek**
Ads
8. Setelah Cek Mek kelihatan membentuk lapisan kulit, barulah perlahankan api**
***Tips ini adalah bagi mengelakkan Cek Mek mengembang dan menggelembung tidak sekata serta mengelakkan dari pecah dan keluar air gula jika menggoreng dengan api perlahan dari awal.
Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).
Ads
Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.*
*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.
*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dlm kuali.
**Gula terpulang nak letak banyak mana.
***Ada tip letak baking powder, ada yg letak marjerin. Bagi adunan ini, saya guna tepung gandum je. Tak ada letak bahan lain. Garam dah letak masa rebus ubi. Tapi kalau rasa tak cukup masin, boleh tambah masa uli.
Mingguan Wanita : Sedapnya. Sebiji tak cukup ni. Selamat mencuba.
Kek Jantung Pisang merupakan kek warisan asli dari Negeri Sarawak. Namun jangan salah faham, kek ini sama sekali tidak menggunakan jantung pisang.Tapi hanya rupanya yang berlapis seakan bentuk jantung pisang.
Uniknya dan cantiknya rupa kek ini, ia tidak dibakar didalam oven seperti kebanyakan kek biasa. Sebaliknya perlu digoreng, ditindan satu persatu dalam kuali bagi mendapatkan bentuk lapisan yang cantik. Untuk membuatnya agak renyah, tapi berbaloi dengan rasa dan hasilnya nanti.
Mak-mak boleh cuba resipi Kek Jantung Pisang yang dikongsikan oleh Puan Ummi Lynn ini sebagai rujukan.
1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian, masukkan telur putar sehingga betul-betul kembang.
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain.
4.Putar sampai sebati.
5. Ambil satu senduk kecil, masukkan dalam kuali, ratakan nipis dan goreng sampai masak.
6. Angkat dan keluarkan, kemudian buat lapisan kedua. Apabila lapisan kedua hampir masak, lapiskan dengan lapisan pertama tadi.
7.Buat berulang-ulang langkah ini, sehingga habis bancuhan tepung.
8. Biarkan sejuk seketika, dan bolehlah dipotong.
Siap!
Kek ni tak menggunakan oven tau..goreng guna kuali kecik yang dalam, Barulah ia cantik berbentuk bujur jantung pisang.
“Fettuccine Carbonara” Sedap Tak Guna Sos PREGO, Pedas Berlemak Ikut Tekak Orang Melayu. Sesesekali ubah selera keluarga cuba menu ‘western’ sedap juga. Tapi kalau dah memang tekak melayu, mesti nak rasa pedas-pedas sikit, barulah boleh telan dan rasa lebih sedap.
Boleh cuba resipi “Fettuccine Carbonara” yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini. Sesuai juga buat untuk rumah terbuka atau jika ada tetamu yang datang ke rumah nanti.
Ubah selera pulak harini..Masak “Fettuccine Carbonara”. Saya tak guna sos prego carbonara sebab habis.. So saya masak guna apa yang ada sajalah.. rasa masih sedap dan pedas-pedas sikit, biasalah tekak orang melayu rasa lemak susu saja tak boleh nak telan.
Selera budak-budak zaman gajet.
Bahan-Bahan:
Susu full cream + susu cair (sebagai ganti sos prego yang dah habis)
Tepung bistari untuk goreng ayam
1@2 sudu besar tepung gandum
cili hijau + merah yang telah dibuang biji kemudian cincang halus
Bawang putih (cincang halus)
Bawang holland (cincang halus)
Cendawan butang potong nipis
4 sudu besar butter
2 keping cheese
1 biji kuning telur
4 sudu mkn butter
Dada Ayam secukupnya (dipotong kecil)
Kuning Telur
Serbuk Lada hitam
Daun Basil
Oregano
Chili Flakes
1 ketul pati kiub ayam
1 sudu besar jus limau nipis
Cara Membuat:
1.Masukkan butter dalam kuali, goreng bawang putih dan bawang holland sehingga layu, kemudian masukkan cili merah, hijau dan cendawan butang.
2.Ayam potong kecil kemudian salut dengan tepung bistari. Masa nak goreng celup semula dalam tepung bestari baru.
3. Goreng ayam sehingga agak keemasan.Ketepikan.
4. Kemudian bila bawang, cendawan cili semua dah layu, masukkan susu cair dan susu full cream, jika ada (sos prego carbonara) susu cair tak payah letak.
5. Taruh serbuk lada hitam, oregano ,cili flakes, kuning telur, secubit garam, cheese dan kiub ayam, dan bancuhan tepung gandum kacau-kacau sehingga sebati. Jika kuah pekat tambah air sedikit demi sedikit..kacau sebati.
Rasanya boleh adjust ikut cita rasa tekak sendiri. Saya tambah sedikit jus limau nipis untuk potong rasa lemak susu. Ikut suka, nak letak tak apa. Tak nak letak pun tak apa.
6.Kemudian masukkan ayam goreng tadi kacau-kacau sekejap. Jika kuah agak pekat tambah sedikit air.
7. “Fettuccine Pasta ” saya rebus dengan sedikit garam dan sedikit minyak masak. Petuanya tak nak bagi pasta melekat je.
Mingguan Wanita: Sedapnya resipi “Fettuccine Carbonara” ni. Paling penting ada rasa pedas-pedas berlemak, barulah tak muak dan sesuai ikut tekak melayu. Boleh cuba buat untuk anak-anak nanti.
Resipi rendang di negara kita sebenarnya ada bermacam jenis. Daripada rendang daging, ayam, kambing, sehinggalah kepada rendang buah-buahan seperti betik. Pernah dengar tak?
Masakan Negeri Sembilan cukup sinonim dengan rasa pedasnya. Bak kata orang, kalau tak pedas, bukan masakan Nismilan namanya!
Rendang Autentik Negeri Sembilan
Begitu resipi Rendang Betik atau Rendang Kepaya ini. Sebenarnya resipi ia cukup terkenal di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menurut Puan Mastura Osman (FB: https://www.facebook.com/teachersamer.samerian), yang telah berkongsi resipi ini di fb miliknya, rendang betik ini merupakan masakan tradisi orang lama yang diwarisi turun temurun dan merupakan masakan autentik Negeri Sembilan.
Tak Guna Banyak Bahan
Ia sangat mudah disediakan dan bahan-bahan juga tak terlalu rencam. Malah, rendang ini semakin dipanaskan dan dikeringkan, ia akan semakin sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Apa lagi, bagi mereka yang suka mencuba resipi baru, jom cuba untuk kelainan. Mungkin masakan ini berjaya menarik minat keluarga anda untuk menikmatinya saat berbuka nanti!
Untuk menyediakannya resipi ini, mula-mula tumbuk kasar cili padi, kunyit hidup, ikan bilis dan sebatang serai. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semua bahan tumbuk tadi. Kemudian goreng hingga naik bau.
Setelah itu, masukkan santan pekat. Masak sampai terbit minyak. Bila kuah telah mula kering sedikit, masukkan hirisan betik tadi dan serai yang dititik. Perasakan dengan garam secukupnya Gaul sekata dan masak sehingga kering. Jika nak berkuah sedikit pun boleh, terpulang ikut kesukaan masing-masing.
Sekiranya mahu kering, terus panaskan lagi. Rendang ini sangat membuka selera jika dimakan bersama nasi putih yang masih panas.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...