Kuih ketayap, kuh tradisional yang sangat lembut dan sedap. Ditambah dengan parutan inti kelapa di dalam gulungan menambahkan lagi kesedapannya. Sesuai dijadikan sarapan.
Walaupun sekarang ini mungkin agak susah untuk dapatkan kuih ketayap yang sedap. Maklum saja, bila beli ada saja yang tak sesuai dengan tekak kita. Sesetengah kuih ketayap agak keras, parutan inti kelapa tidak manis dan tidak berlemak sebab tak semua guna parutan kelapa muda.
Ini dari segi kesedapanya, belum lagi pada rupa kuih ketayap itu sendiri. Mungkin bagi mak-amk yang terror boleh lihat sendiri, kuih ketayap yang cantik kejadiannya tentulah berlubang-lubang dan nampak lembut.
Rupa-rupanya, nak buat kuih ini tak adalah susah sangat, kena tahu caranya. Jadi, bagaimana nak pastikan kuih ketayap itu nampak berlubang-lubang selepas masak. Nak tahu cara yang betul masak kuih ketayap ini, ikuti resipi Roslina Shaari ini.
Kuih yang paling senang nak buat. Tapi, kalau adunan melekat pada kuali, mahu saja buang bancuhan itu. Nak tahu, kuih ketayap yang cantik dan menjadi, bila ada lubang-lubang.
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan @ biasa
3 sudu makan tepung ubi
3 sudu makan minyak
1 biji telur
Secubit garam.
Pewarna hijau.
Caranya:
Masukkan semua bahan dalam blender. Kacau sebati.
Ads
Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan dadarkan.
2. Bila dah melengkung di tepi maknanya dah masa dan boleh angkat.
Bahan inti:
Kelapa
Gula
Gula merah
Garam
Sedikit tepung gandum
Caranya: Gaulkan kesemua bahan tadi dan masak.
Masukkan gula mengikut citarasa.
Masukkan ke bahagian tengah kuih ketayap yang telah masak tadi.
Gulung dan boleh dinikmati.
Ads
Mingguan Wanita : Tak adalah susah sangat untuk membuatnya. Paling penting, pastikan ada lubang-lubang baru menjadi ye!
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila masak sotong selalunya masalah yang kerap berlaku ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap’
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Menurut Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia, menu puding buih berkuah susu ini boleh dijadikan pencuci mulut yang berkhasiat dan tinggi protein. Ini kerana, bahan utama puding buih adalah telur.
“Sebiji telur mengandungi 7 gram protein bagi setiap sebiji telur.”
Perlu diketahui, “telur yang tidak dimasak atau tidak dimasak dengan sempurna mengandungi Salmonella dan ini tidak digalakkan dan tidak boleh terutama bagi golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.”
“Bagi mengelak keracunan, langkah seperti membasuh telur dengan sempurna dan masak hidangan hingga sempurna boleh diambil.”
Cara Sihat Makan Puding Buih Kuah Custard
√ Bagi pesakit kencing manis, anda boleh memanipulasi menu dengan tidak menambah gula di dalam puding buih dan gantikan Kuah Custard dengan ‘Susu Formula khas’*.
√ Bagi anda yang ingin turunkan berat badan, kalori puding boleh dikurangkan dengan mengurangkan jumlah gula di dalam Puding Buih dan gantikan Kuah Custard dengan Susu Rendah Lemak/Susu Skim.
√ Sekiranya anda seorang atlet dan baru sahaja siap ‘workout’ sebelum waktu berbuka puasa (artikel ditulis dalam bulam Ramadan), anda boleh cuba ambil Puding Buih ini dengan ‘Susu High Protein’ yang ada di pasaran untuk tujuan ‘muscle recovery’.
Selamat Mencuba!
Kredit foto : Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia
RESEPI PUDING BUIH BERKUAH CUSTARD
Puding Buih
1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air (Kisar dengan daun pandan untuk dapatkan warna hijau)
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
Sedikit pewarna ~ optional
¼ cawan gula ~ optional
Caranya:
1) Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih dan sejukkan.
2) Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
3) Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi
4) Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan. Penting bagi bancuhan agar-agar sejuk dahulu supaya apabila dicampur dengan meringue nanti, adunan tidak terasing dan sebati dengan baik.
5) Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar dan tuang agar dalam bekas
6) Sejukkan puding, kukus seketika untuk memastikan adunan dimasak sempurna bersama meringue dan kemudian sejukkan semula di dalam chiller.
Resepi Kuah Custard
2 cawan susu rendah lemak/susu skim/susu sejat
2 cawan air
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla
Caranya:
1) Larutkan tepung custard di dalam air terlebih dahulu.
2) Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
– Sejukkan Puding Buih dan Kuah Custard di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan!
*formula khas untuk kondisi hiperglisemia (gula tinggi dalam darah)
p/s: Please share and dont forget to tag FB Page Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia
MW : Bila mana ada kes keracunan makanan di Terengganu yang jumlahnya sudah mencecah 100 orang, yang dikatakan berpunca daripada memakan puding buih yang dibeli secara online. Lebih baiklah sekiranya, mak-mak yang teringin nak mencuba tu buat sendiri puding buih ini dengan cara selamat yang Dietitian KKM kongsikan ini.
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...