Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.

Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.

Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.

Bahan-Bahan:

6 biji Mangga Muda https://invol.co/cl7kx2w
2 genggam garam kasar https://invol.co/cl7kx0v
Setengah botol Cuka https://invol.co/cl7kwzb
400gram gula https://invol.co/cl7kx1y
500ml air

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!

Cara Membuat:

1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!3. Cari bekas yang ada bertutup.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!5. Kemudian, masukkan garam kasar.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!6. Masukkan pula cuka.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.

IKLAN

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!

Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.

Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!

Info Ekstra!

  • Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
  • Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
  • Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.

Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal & Bersih!

Cara Buat Petai Jeruk, Nak RANGGUP & Sedap, Tapis Semalaman, Guna Garam Kasar

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.

Sumber: Akma Razali

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

IKLAN

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI