Ayah ini, Arwan Aziz usaha buatkan tempat sangkut permainan anak lelakinya. Bila mana anaknya minta ayah buatkan, tanpa bertangguh ayah fikirkan cara bagaimana mahu menghasilkannya.
Kalau mak ayah ada anak lelaki dan penuh dah permainan tu, boleh cuba DIY rak besi sangkut permainan weapon anak lelaki ini.
DIY Tempat Sangkut Permainan Anak Lelaki
“Ayah, weapon dah banyak.”
“Boleh tak tolong buatkan tempat letak weapon, letak dalam kotak susah nak ambil.”
Itulah request yang si kecik ni.
So, minggu ini, perlahan-lahan kita D.I.Y tempat letak senjata mainan, yang ala-ala macam dalam TV tu.
Sambil-sambil tu fikir, apa kaedah untuk membuatnya dan bahan apa yang perlu digunakan.
Fikir… fikir dan berfikir maka timbulah ilham untuk membuatnya. Fokus perlahan-lahan dan akhirnya siap juga.
“Okey, dah siap…, nanti kalau ada misi, mudah sikit nak pilih weapon yang sesuai,” ujar saya kepada si kecik.
Sebenarnya, tak susah mana pun nak D.I.Y benda ni.
Ini Bahan-bahannya..
Bahan-bahan yang diperlukan adalah,
paip PVC bersaiz 15mm,
sambungan “L” dan “T” untuk paip tersebut.
Lain-lain bahan adalah jaring yang jenis plastik,
gam PVC paip,
kabel tight,
tempat penyangkut,
spray cat hitam dan
dawai halus.
Langkah 1,
pilih ukuran mengikut kesesuaian kita. Macam dalam gambar ini, ukurannya adalah 3’ 2” (panjang) dan 3’ (lebar).
Ads
Kemudian potong paip PVC tersebut untuk dapatkan gambaran frame dan gunakan sambungan ‘L’ untuk mendapatkan bentuk segi empat.
Setelah dapat bentuk segi empat, bahagikan 3 bahagian dalam segi empat itu.
Pembahagian ini perlu seimbang antara bahagian-bahagian yang lain. Penyambungan boleh dilakukan dengan menggunakan sambungan ‘T’.
Seterusnya, lihat balik frame tersebut. Tengok sama ada balance atau pun tak. Andai tak balance, adjust mana yang patut. Selepas itu, catkan PVC paip itu dengan warna hitam atau apa-apa warna kegemaran.
Lagi, ambil jaring plastik dan letakkan atas frame yang telah siap. Gunakan kabel tight untuk mengikat jaring pada frame yang telah siap. Setelah itu, potong jaring tersebut agar muat-muat dalam frame yang telah siap.
Proses seterusnya adalah untuk letakkan weapon ditempat yang telah siap. Cara meletaknya, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Bahan-bahan yang boleh digunakan adalah kabel tight, tempat penyangkut dan dawai halus.
Ads
Untuk proses akhir, letakkan frame yang telah siap itu di dinding. Pilihlah ruangan yang sesuai.
Setelah dikira-kira, kos yang dikeluarkan seperti dalam gambar di atas tak sampai RM 40 tidak termasuk jaring dan spray hitam kerana benda ni memang dah lama ada dekat rumah.
Tempoh masa, kalau betul-betul fokus, setengah hari boleh siap. Kalau buat sikit-sikit, mahu seminggu ambil masa. Terpulang…
Nampak macam ada ruangan kosong lagi tu, harap-harapnya sikecik tu tak ajak pergi shopping untuk tambah koleksi lagi. Harap-harapnya la…
#ProjekDIY
Kuali atau periuk, kalau lama-lama guna memang akan muncul kerak kuali. Bahagian belakangnya tak payah cakap, hitam dan sakit mata pula bila nampak tergantung kat dapur.
Mungkin ada pelbagai cara untuk buang kerak kuali dan kembali putih. Antara pernah diguna pakai seperti menggunakan baking soda, sabun mandi dan sebagainya.
Kali ini sangat menarik, buang kerak kuali dengan menggunakan asam keping. Perkongsian daripada Puan Kalaivani Vj tentang petua untuk hilangkan kerak kuali atau peralatan dapur lain.
Penggunaan asam keping ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya.
Caranya:
1. DIDIHKAN ASAM KEPING
Sediakan periuk besar dan boleh memuatkan perkakas untuk dicelupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih.
Jika tiada asam keping, boleh gunakan asam jawa tapi, kesannya tidak sehebat asam keping.
2. AMBIL PERKAKAS YANG INGIN DIKILATKAN
Antara perkakas yang nak dikilatkan seperti periuk, kuali. yang ingin dikilatkan. Ambil perkakas tersebut dan celupkannya ke dalam periuk besar tadi.
3. RENDAMKAN
Rendam periuk atau bahan yang ingin dikilatkan tadi selama lebih kurang 2 minit. Kalau rajin, terbalikkan supaya semua permukaan dapat terendam dengan sempurna.
4. SENTAL
Setelah dikeluarkan dari air asam keping yang mendidih tadi, sentalkan menggunakan sabun. Boleh dengan Sabun Cap Buruh atau Axion.
5. BILAS SEPERTI BIASA
Akhir sekali, bilaskan dan keringkan seperti biasa. Hasilnya berkilat.
Mingguan Wanita : Kalau mak-mak yang belum cuba, bolehlah guna cara ini. Gerenti berkesan dan paling penting macam eli baru pula.
Sumber: Puan Kalaivani Vj
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Sirap bunga telang, jangan ingat ia hanya digunakan untuk masakan semata-mata terutamanya dengan makanan nasi kerabu yang cukup popular di negeri Kelantan. Ia turut dijadikan air mengikut idea dan olahan mak-mak sendiri.
Melalui resipi sirap bunga telang, ia boleh menarik sesiapa saja untuk mencuba. Ditambah dengan ramuan yang dimasukkan ke dalam minuman tersebut. Tidak hanya semata-mata pati bunga telang ye.
Malahan, dengan resipi air sirap ini, bukan sahaja khasiat bunga telang diperolehi, tapi juga khasiat ramuan lain yang ada dalam air tersebut.
Terbaru daripada Ibu Azzah ini cukup menarik perhatian sesiapa saja. Warnanya yang biru dan ditambah dengan ramuan lain seperti serai, lemon, biji selasih, laici dan sebagainya begitu mengasyikkan. Tambahan pula dengan keadaan cuaca yang panas ini, memang sesuai sangatlah.
Bahan A: 2 genggam@150g bunga telang (basuh bersih dan toskan) 2000ml air 3 helai daun pandan (simpulkan) 5 batang serai (ketuk)
Bahan B : 1 plastik besar air batu 1 bekas besar nata de coco (laici) 2 tin laici 150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang) 13 batang serai (ketuk) 10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja) 5 biji lemon (hiris nipis)
Bahan C : Air gula (perlu di masak asing dan di isi di dalam cawan apabila hendak di minum sahaja)
Cara – cara : 1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus anggaran 10 ke 15 minit, kemudian tapis 2. Kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam balang beserta air rebusan bunga telang, kacau sebati. 3. Masukkan air gula ke dalam cawan dan diikuti bancuhan air bunga telang. Sedia untuk di minum.
MW: Daripada biarkan bunga itu begitu saja, maklum sahaja hanya digunakan untuk membuat nasi kerabu, bolehlah buat air sirap pula. Menyegarkan dan banyak khasiat.
Bawang putih goreng selalunya ‘menu wajib’ bagi wanita dalam berpantang, mahupun pembangkit selera dimakan dengan hidangan lain seperti meehoon, bubur dan sebagainya. Namun nak buat bawang putih goreng rangup yang tak pahit dan tak ‘bertempek’ sesama sendiri ada caranya. Jika salah teknik, bawang putih goreng akan mudah lembik, tak tahan lama, melekat antara satu sama lain dan jadi pahit.
Jika nk buat bawang putih goreng yang elok kejadiannya, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Azita Amir ini sebagai panduan.
Selalu orang tanya saya macam mana buat bawang putih goreng sampai dia rangup, goreng tak bertempek sesama sendiri, tak hitam tak pahit. Cara saya biasa je.
Kupas bawang, sagat dan rendam air garam jap.
Selepas tu bilas sampai bersih dan goreng je macam biasa, macam video dekat bawah.
Dah angkat letak dalam bekas yang dah lapik tisu, goyang-goyang je bekas tu. Memang tak bertempek, lerai satu-satu. Rasa pun macam keropok bawang je, memang tak pahit langsung.
Info Ekstra
Lepas bilas bawang tu tos kejap je, sementara tunggu minyak panas nak goreng bawang.
Simpan isi balang siap-siap biasa boleh tahan 3 bulan.
Mingguan Wanita : Nak goreng bawang putih boleh cuba cara yang dikongsikan ini, barulah rangup, tak pahit dan bertempek sesama sendiri. Pastikan lepas sagat, rendam sekejap dengan air garam. Tos baru goreng seperti biasa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...