Risiko bila memasak, kalau leka sedikit, mahunya berkerak bahagian bawah. Ini belum lagi kalau makanan yang kerap di panaskan dalam periuk yang sama. Satu kerja pula nak bersihkan sampai boleh lenguh tangan nak menyental.

Ada sestengah mak-mak, tak sanggup nak cuci periuk berkerak, akhirnya akan buang saja. Walaupun sayang tapi kesan kotoran tu tetap tak hilang. Daripada buat ‘sakit hati’ dengan kesan keraknya, baik buang saja.

Biasanya begitulah mak-mak bila ada periuk berkerak dan masakan hangit di bahagian bawahnya. Ini belum lagi keranya di bahagian bawah akibat dimamah api.  Sayang memang sayang tapi kalau bersih pun masih tak tanggal, inilah jalan terakhirnya.

Jangan risau dan jangan dibuang, ada cara yang boleh bantu mak-mak bersihkan periuk berkerak. Inilah yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca. Cuma guna dua bahan saja. Mesti berkilat kembali.

 Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Pasang Aluminium Foil Pada Atap Zink, Bantu Kurangkan Haba Panas Atas Rumah

Rendam Berus Keluli Dengan Sabun Mandi, PETUA Periuk Berusia 22 Tahun Masih Cun Melecun!

Info Lebih Menarik DI SINI

Periuk Berkerak, Guna 2 Bahan Saja

Bersihkan periuk hangit

Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu.

  1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.
  2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.
  3. Masukkan 1/2 cawan cuka.

Tip Bersihkan Periuk Hangit @ Berkerak, Guna 2 Bahan Saja, Kembali Bersih!

4. Biarkan mendidih 10 minit.

5. Tutup api dan biarkan terus terendam.

Tip Bersihkan Periuk Hangit @ Berkerak, Guna 2 Bahan Saja, Kembali Bersih!

IKLAN

6. Apabila sudah sejuk, bilas dengan air paip.

7. Periuk akan kembali bersih.

 

Tip Bersihkan Periuk Hangit @ Berkerak, Guna 2 Bahan Saja, Kembali Bersih!

 

Ini tip yang kami guna masa merendang hari tu. Bila panas-panaskan dah terlupa. Jadi, gunakan kaedah ni nak bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!

Ps – Gambar dari Instagram Preston & Co sebab gambar sendiri takdok.

Mingguan Wanita : Biasanya kalau masak rendang atau makanan yang mengambil masa lama untuk masak. Inilah jadinya.

 

IKLAN

Sumber: Susun Atur Sioca

 

 

 

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI