Bawang putih krup krap, mesti siapa yang suka makan akan menikmati keranggupannya. Bukan itu saja, ia sesuai untuk menambah selera dan dijadikan salah satu hidangan untuk wanota lepas bersalin.

Khasiat bawang putih memang banyak, salah satunya tentulah untuk membuang angin dalam badan. Tak hairanlah bawang putih krup krap banyak mendapat permintaan dan dijadikan superfood.

Tak pernah terfikir pun suatu hari bawang putih boleh dijadikan salah satu bisnes untuk penggemarnya. Biasanya kalau buat di rumah kita hanya goreng biasa saja. Tapi bila beli rasanya tentu tidak sama, malah bawang putih krup krap bila dimakan.

Macam mana nak dapatkan hasil bawng putih krup krap dan tidak pahit? Kali ini, Masfaliza Ab Jaafer berkongsi cara nak buat bawang putih krup krap. Malah, cara inilah dia gunakan untuk perniagaan bawang putih goreng.

Baca Artikel menarik Lain Di Sini: Kisar Bawang Dengan MINYAK, Boleh Tahan 1-2 Bulan Tak Bertukar Warna!

Tip Bawang Tahan Lama, Lepas Kupas Kulit, Jangan Basuh Elak Cepat Rosak

Info Lebih Menarik DI SINI

Bawang Putih Krup Krap, Boleh Buat Niaga

Bawang putih krup krup cara saya..

1. Pilih bawang yang besar-besar untuk mudahkan kerja nanti.

2. Leraikan
Rendam dengan air selama 15 minit
Toskan
Kopek

IKLAN

3. Hasil selepas dikopek, kepuasan bila dapat bawang yang besar-besar.

4. Sagat

5. Rendam dengan air dan garam (6 sudu kecil)
Ramas manja-manja untuk buang getah bawang
Rendam selama 15 minit

6. Bilas dengan air paip sebanyak 3 kali. Toskan

IKLAN

Sebelum goreng boleh taburkan sedikit tepung atau digoreng begitu saja. Mana-mana kaedah boleh digunakan. Insya Allah bawang jadi rangup.

Gunakan minyak yang banyak & api yang kuat untuk dapatkan tekstur bawang yang garing.

7. Bila bawang dah masak, ia akan timbul begini. Cepat-cepat angkat dengan menggunakan penapis seperti dalm gambar.

8. Sejukkan. Saya taburkan sedikit perasa Hilal (boleh google) & ikan bilis

BOLEH BELI DI SINI

IKLAN

9. Bila dah sejuk boleh masukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara

10. Siap.

Mingguan Wanita : Bagi yang nak buat bisnes boleh tiru resipi ini. Kalau tak, boleh buat di rumah untuk kudapan keluarga. Memang sedaplah.

Sumber: Masfaliza Ab Jaafer

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita