Untitled design - 2021-08-17T001328.872

Ulat habuk, mungkin itu panggilan bagi sesertengah orang terhadap serangga yang tidak di undang terdapat pada dinding rumah kita. Kadang-kadang boleh naik rimas sebab terlalu banyak melekat pada dinding.

Bagaimana nak hapuskan ulat habuk ini. Bukan setakat melekat pada dinding tapi ada ketikanya boleh merayap masuk ke dalam almari pakaian dan bawah katil. Nak tahu apa yang boleh dilakukan, Yatie Eimra ada jawapan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bagi Minum Air Rebusan Daun DURIAN BELANDA, Petua & Ikhtiar Rawat KUCING FIP

Amalkan Minum Air Daun Sup & Bawang Putih, PETUA Ikhtiar Rawat Darah Tinggi

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Ulat Habuk, Cara Hapus Dan Kawal

Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu.

Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup). Andai kata, selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun, tapi kalau kupu-kupu ini dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur.

Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut-rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil & fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit,

Walaupun macam tu, gatal-gatal badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh gak berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba-tiba rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin gak berpunca dari agas.

Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara terus dengan spray racun serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu-kupu tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu-kupu tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur-telur ni bila dah menetas jadi larva, ia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap.

Di sini, saya share cara hapuskan ulat habuk ni sejak saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja, ada pada trek sliding door dan sebagainya.

Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian

1. Keluarkan semua pakaian dari almari.
2. Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu-kupu.
3. Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur di bawah panas matahari terik ATAU
4. Basuh saja semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang-kurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu-kupu tu.
5. Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur² serangga & hama.
6. Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu². Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga. Saya beli di Mr. DIY. BOLEH BELI DI SINI

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Nak Hapus & Kawal Ulat Habuk Di Rumah

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Nak Hapus & Kawal Ulat Habuk Di Rumah

Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil

1. Cabut semua cadar & sarung bantal.
2. Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik-baiknya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
3. Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
4. Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
5. Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Nak Hapus & Kawal Ulat Habuk Di Rumah

Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah

1. Bersihkan habuk & sawang
2. Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
3. Bersihkan almari & katil secara berkala
4. Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap sliding.
5. Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu-kupuni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu-kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.

Mingguan Wanita : Moga dengan cara ini, boleh kurangkan dan hapuskan terus ulat habuk yang datang ‘menumpang’ di rumah kita.

Sumber: Yatie Eimra

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI