stok

Kulit dan kepala udang yang telah dibersihkan jangan sesekali dibuang kerana ada kegunaannya yang tersendiri. Tahu tak, selain ‘air tangan’ antara rahsia resipi masakan yang sedap adalah dengan penambahan stok tertentu seperti stok rebusan ayam, udang, daging dan sebagainya. Pernah tak mak-mak makan masakan yang kelihatan ‘biasa-biasa’ je penampilannya tapi bila sekali dah rasa, buat kita makan bertambah tak ingat. Sebenarnya masakan memang akan jadi bertambah sedap dan enak dengan adanya penambahan stok rebusan ini.

Chef Suwarsi M.Arukin, sudi berkongsi cara untuk menghasilkan stok udang yang mudah untuk dibuat ini. Bahkan terjamin lebih selamat tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan. Malah ia boleh disimpan secara frozen dan mampu tahan lama.Bila nak guna, campur je dalam masakan.

Bahan-Bahan:

Kulit udang
Air secukupnya

Cara Membuat:

1.Bila siang/bersihkan udang, jangan dibuang kulit & kepalanya dulu.

2.Basuh bersih kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh.

IKLAN

3.Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.

Jangan Dibuang Kepala & Kulit Udang, Jadikan Stok Rebusan, Penambah Rasa Sedapkan Lagi Masakan!

4.Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.

IKLAN

5.Simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya.

Jangan Dibuang Kepala & Kulit Udang, Jadikan Stok Rebusan, Penambah Rasa Sedapkan Lagi Masakan!

IKLAN

Info Ekstra!

Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.

Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.

Selamat Mencuba!

Sumber: Chef Suwarsi M.Arukin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI