Perasan tak, ada sesetengah tudung selalu kita pakai akan kelihatan bertompok seperti bekas minyak, lebih-lebih lagi pada bahagian lipatan di pipi. Siap ada dua tompok, kiri dan kanan lagi.

Kesan bekas minyak ini tetap ada walaupun sudah di basuh banyak kali. Kadang-kadang tak tahu dari mana pula datangnya kesan ini.

Sebenarnya, bekas minyak yang nampak pada tudung itu mungkin daripada kesan solekan wajah dan tak kurang juga kulit muka berminyak kita. Kesannya terlekat pada tudung.

Sukar hilang walaupun sudah dibasuh sampaikan ada yang tidak sanggup pakai tudung itu lagi. Terpaksa beli baru pula ye! Tapi, kalau tudung yang mahal, sayang pula.

Lepas ini, boleh selongkar balik tudung-tudung yang ada bekas minyak itu untuk bersihkan semula dengan cara yang dikongsikan oleh Debu Putih ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Nak Hapus & Kawal Ulat Habuk Di Rumah

Kongsi Cara Mudah Bersihkan Kipas, Guna Seluar TERPAKAI, Lantai Pun Tak Kotor

Info Lebih Menarik DI SINI

Bersihkan Bekas Minyak Muka Pada Tudung

Inilah cara untuk hilangkan bekas minyak muka dekat tudung. Tak perlu nak guna produk mahal untuk bersihkan. Guna cara ini.

1. Bentangkan tudung supaya senang nak cari mana kesan dekat bahagian muka itu. Nampak tak kesan tu ada dua tempat. Kiri dan kanan bahagian muka

IKLAN

Cara Mudah Hilangkan Bekas Minyak Muka Pada TUDUNG, Sapu Bedak Sebelum Basuh
2. Saya guna bedak ini. Tapi, tak kisah pun jenama apa. Janji bedak.

BOLEH BELI DI SINI

Cara Mudah Hilangkan Bekas Minyak Muka Pada TUDUNG, Sapu Bedak Sebelum Basuh

3. Lumurkan banyak-banyak pada kawasan kesan tadi.

Cara Mudah Hilangkan Bekas Minyak Muka Pada TUDUNG, Sapu Bedak Sebelum Basuh

4. Basuh guna sabun yang dapat free dari hotel pun boleh. Nak pakai sabun lain pun boleh. Basahkan sabun dahulu, barulah gosok pada tudung yang kering. Kalau basahkan tudung dulu, bedak yang ditaburkan itu diserap air pula.

IKLAN

BELI SABUN DI SINI

Cara Mudah Hilangkan Bekas Minyak Muka Pada TUDUNG, Sapu Bedak Sebelum Basuh

5. Hasilnya, selepas bilas, jemur kering. Tak ada lagi kesan minyak. Kalau ada pun mungkin minima. Nanti bila nak basuh boleh buat cara ini sehingga hilang.

Cara Mudah Hilangkan Bekas Minyak Muka Pada TUDUNG, Sapu Bedak Sebelum Basuh

Mingguan Wanita : Mak-mak bolehlah tengok-tengokkan tudung yang ada kesan minyak ni, boleh buat nanti. Jimat..tak perlu beli baru pun.

IKLAN

Sumber: Debu Putih

Baca Artikel Lagi DI SINI: Cara Mudah Untuk Semburan Tanaman, Guna BAKING SODA Gerenti Menjadi!

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI