Masalah yang selalu dialami wanita tentu sekali perut buncit. Inilah yang kadang-kadang ada orang salah anggap. Katanya ‘mengandung lagi’, boleh naik segan dibuatnya.
Masalah perut buncit bukan hanya dialami oleh mak-mak yang sudah beranak pinak tapi anak dara pun tidak terlepas masalah ini. Macam mana nak buat.
Ada sesetengah wanita sanggup berhabisan dengan membeli produk-produk untuk kempiskan perut, sekaligus kuruskan badan. Sampai banyaklah modal yang terpaksa dikeluarkan. Tapi, hasilnya tidak seperti yang diinginkan.
Kalau rasa semua yang dilakukan sebelum ini agar sukar, boleh cuba cara lemon detok yang dikongsikan oleh Mim Yusof. Modal tak banyak pun, cukup dengan beberapa bahan di dapur saja.
Bukan saja untuk kempitkan perut buncit tapi dengan khasiat lemon detox ini boleh membantu membuang angin, melawaskan pencernaan, hilangkan sakit tekak dan banyak lagi.
Bila yang suka makan, tentu tak kisah makan apa saja. Tapi yang risaunya makan terlalu banyak boleh buat perut buncit san juga masalah lain yang kita tak tahu. Jadi. Untuk elak masalah ini, boleh cuba lemon detox.
Ia membantu untuk lawaskan pembuangan, hilang sakit tekak, buang angin, kempiskan perut yang buncit. Syaratnya, kenalah sentiasa amalkan minuman ini.
Ads
1. Ini bahan yang diperlukan untuk membuat lemon detox 5 biji lemon 350ml madu Sedikit halia Garam bukit Gula merah/gula melaka (pilihan)
2. Cuci bersih lemon dan halia. Kemudian, rendam dalam air dan masukkan sedikit garam bukit ke dalamnya. Rendam selama 10-15 minit.
3. Sementara itu, lemon dihiris nipis-nipis
Ads
4. Masukkan ke dalam balang yang berisi air dan garam bukit tadi.
5. Tuangkan madu ke dalamnya.
6. Inilah lebih kurang lemon detox itu.
Ads
7. Tutup balang tersebut dan simpan dalam peti sejuk. Waktu pagi, ambil 2-3 keping hirisan lemon dan masukkkan ke dalam cawan. Tuangkan sedikit air suam dan minum Boleh makan dengan hirisan lemon itu sekali. Amalkan setiap pagi.
Mingguan Wanita : Mungkin hipang sedikit rasa pahit lemon sebab sudah dimasukkan sedikit madu. Memang best. Boleh buat nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Selain pokok hidup, pokok hiasan plastik juga mampu menaikkan seri dekorasi rumah jika pandai menggubahnya. Banyak je pokok hiasan jenis plastik tapi nampak macam pokok hidup jika pandai pilih dedaunnya. Kosnya pun murah je dan mampu milik tak sampai pun RM10. Malah lagi merimbun lagi cantik.
Boleh rujuk tip DIY Pokok Hiasan daripada Puan Rynn Naan ini sebagai panduan;
“Cantik tak pokok kita? 1.2m niii. RM8.40”
Daun ni saya beli kat eco dalam Shopee. Type sahaja “eco shop malaysia” boleh cari dalam tu. Tapi kira nasib. Sebab daun-daun macam ni hot item sangat. Kalau dapat tu kira diri tu bertuah sangat laaa.
Untuk daun pattern ni, sepeket RM2.10 ada 6 helai daun. 4 helai besar, 2 helai kecil. Saya ni beli 4 peket. So, ada 24 helai daun. Lagi rimbun lagi cantik kot.
Batangnya saya guna lidi satay yang panjang. Lilit – sambung – lilit guna lilit hijau bunga tu. Ikut ketinggian yang diinginkan. Yang paling tinggi tu saya guna 3 batang lidi. Saya buat dalam 6 ketinggian yang berbeza. Tang penyambung lidi tu saya lilit double supaya lebih kukuh.
Bakul tu saya beli kat shopee, tak ingat dah bape RM. Tapi murah sahaja. Harga ikut size bakul. Cuma penghantaran dari China, agak lambat. But, sokey. Rasenya ada jugak kedai dalam Malaysia yang jual bakul macam ni.
Dalam bakul cantik tu, saya guna bekas plastik yang dah tak guna. Padatkan polisterin bunga dalam tu baru masukkan dalam bakul cantik tu.
Masa menggubah, lenturkan sikit daunnya, cucuk dahulu daun yang paling tinggi, kemudian yang kedua tinggi dan last sekali daun yang paling pendek.
Kemas-kemaskan. Kalau panjang, patahkan sahaja lidinya. Kalau rase terpendek, tambah lagi lidi dan lilit.
Siap!
Nanti saya nak beli batu-batu putih kat kedai Eco nak letak dalam bakul tu supaya lebih berat dan kukuh berdiri.
Info Ekstra!
Saya guna lidi satay yg panjang tu. Ejas laa ikut panjang mana yang kita nak.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak serikan dekorasi rumah tu, bolehlah buat sendiri pokok hiasan ni. Barang-barang beli dekat Kedai Eco Shopee je. Cantik lagi mampu milik kosnya tak sampai RM10 pun.
Bagi sebahagian isteri melakukan kerja-kerja seperti mencuci, menyidai, melipat, menggosok baju antara perkara yang cukup renyah untuk dilakukan. Apatah lagi jika tiada pembantu rumah semuanya kena buat sendiri, memang memerlukan banyak masa dan tenaga.Belum dicampur jika mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bayangkan berapa banyak baju yang perlu diuruskan. Penatnya.. terkejar-kejar masa.
Namun perkongsian daripada Mohd Fhais ini mungkin boleh dijadikan panduan buat para suami, bila nak hadiahkan sesuatu bermanfaat buat isteri, iaitu dengan membelikan mesin ‘dryer’. Banyak kelebihannya bila ada mesin dryer ni di rumah.
Berikut perkongsian tersebut;
Inilah hadiah paling bermanfaat saya pernah beri pada isteri.
Kalau serius nak bantu ringankan tugas isteri, saya rekemen bagi sebiji dryer mesin ni kat rumah kerana sebiji mesin ni sahaja boleh selesaikan berpuluh masalah dalam rumah.
Antaranya,
1.Jimat Masa
Jimat masa kerana baju lebih cepat kering. Dah tak perlu nak tunggu sehari suntuk jemur baju di ampaian. Itu pun kalau langit cerah, kalau mendung 2-3 hari belum tentu kering.
2.Kerja Jadi Mudah
Lepas basuh terus masuk mesin dryer. Dah tak perlu masuk bakul, angkat satu-satu bawa ke ampaian. Dapat ampaian jauh, boleh sado badan isteri tu angkat bakul hari-hari.
3.Baju Tak Berhabuk
Habuk, benang, debu semua dia sedut. Bila jemur bawah matahari 3 benda dia tak sedut. Malah tambah teruk lagi ada la, dengan asap kereta, asap rokok, pasir berterbangan lagi.
4.Kurang Risiko Kena Bulu Kucing
Kucing mana boleh nampak kalau ada port untuk landing ni. Mula la dia nak mengepet. Penuh bulu kucing kat baju. Kalau kucing jantan lagi bahaya, dia main pancut je kat ampaian tu.
5.Privasi Pakaian Terjaga
Dari besar sampai kecil pakaian semua ahli keluarga kita ada privasi sikit. Tak ada la jadi tatapan mata orang lain yang lalu lalang kat situ. Selamat dari fitnah juga.
6.Tak Perlu Risau Tentang Aurat
Isteri tak payah risau tentang aurat. Semua buat dalam rumah. Ini manfaat paling besar sebenarnya. Kadang angkat baju tudung lupa pakai. Kalau hari hujan berlari nak angkat baju, tak perasan dah baju di pakai tu sempurna ke tak tutup aurat.
Ini belum cerita lagi manfaat seperti senang nak lipat baju, baju tak tersangkut, baju tahan lama dan berpuluh lagi manfaat lain yang memang boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat kerja orang rumah.
Bila isteri dah tak banyak buang masa dengan tugas basuh baju ni baru la dapat dia nak berkepit dengan suami 24 jam.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Bukan je dapat keringkan baju, malah dapat buat hati isteri semakin cair meleleh tau.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat encik suami, mudahkanlah urusan isteri dalam tugas basuh baju dengan hadiahkan mesin dryer ini. Banyak manfaatnya, lebih-lebih lagi digunakan ketika musim hujan ni.
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak boleh tanam sayur bayam sendiri di rumah, tak perlu ada kawasan tanah pun. Iaitu dengan dengan teknik tanam bayam hidroponik menggunakan tapis. Hasilnya sangat puas hati dan memuaskan. Tak perlu lagi beli sayur-sayuran di pasar. Tanam di rumah boleh makan banyak-banyak, bebas racun seragga, jimat dan berkhasiat. Malah sayur bayam pun nutrisinya kaya dengan zat besi untuk menambah darah.
Cara tanam sangat mudah. Boleh ikut dalam gambar dibawah.Selamat bercucuk tanam.
2.Pastikan penapis aquarium ni memanjang turun untuk menyerap air dari baldi.
3.Gunakan penapis aquarium (ada jual kat kedai barang memancing dan kedai jual ikan) jumlah yang nak dipakai tengok besar mana size tapis.
4.Potong lebihan penapis aquarium mengikut bentuk bekas tapis.
5.Masukkan cocopeat atau serbuk sabut kelapa6.Siram cocopeat cukup-cukup lembab tak payah basah sangat.
7.Tabur benih bayam.
8.Benih bayam mula bercambah.
9.Hasilnya.
Info Ekstra!
Selain daun bayam, kangkung juga boleh boleh ditanam menggunakan teknik ini.
MW: Wah seronoknya tanam sayur-sayuran sendiri di rumah. Tak rugi berbudi pada tanah, hasilnya nanti lebih puas hati, jimat dan lebih organik tanpa ada campuran racun mahupun baja kimia.Selamat Mencuba!
Sumber: Ku Niezam Shutter Tharde
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...