Adat menyewa rumah, nama pun rumah orang janganlah buat sesuka hati seolah-olah rumah itu milik kita sendiri.
Bayangkan kita di tempat tuan rumah, apa perasaan mak ayah jika diperlakukan sedemikian rupa. Lakukan renovasi sesuka hati atau lebih teruk abaikan rumah hingga berlaku kerosakan di sana, sini.
Kongsi Nurul Haslinda, ini beberapa adat atau adab menyewa rumah yang perlu penyewa titik beratkan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.
Adat Menyewa Rumah :
1. Jangan membuat renovation suka-suka hati pada rumah yang disewa tanpa kebenaran tuan rumah.
2. Jika nak buat dan mendapat kebenaran tuan rumah maka buat yang tuan rumah tahu dan benarkan. Jangan lebih-lebih.
3. Kos jika kata nak tanggung dan urus sendiri, teruskan jangan bebankan tuan rumah kerana rumah yang tuan rumah sewakan itu sudah dipastikan elok dan selamat. Rasa nak duduk rumah ala-ala kayangan beli rumah sendiri dan buatlah suka hati.
Nama Pun Rumah Orang Janganlah Buat Sesuka Hati
4. Jangan pandai-pandai ubah sendiri. Bila ubah kos tinggi mula meminta-minta pada tuan rumah untuk tanggung. Padahal sendiri pandai-pandai konon nak selesa. Sedangkan rumah tu sudah selesa setakat kena cuci sikit saja. Adatlah masuk rumah sewa. 5. Jangan ingat orang yang ada rumah sewa ini kaya raya ya. Buat rumah sewa pun hendak tampung juga hutang-hutang yang ada.
6. Jangan berkira dengan tuan rumah setakat rosak sikit-sikit itu , cubalah baiki sendiri. Jangan sikit-sikit panggil tuan rumah hendak baiki semua walaupun kerosakan itu penyewa yang puncanya. Berkira hendak keluarkan duit tapi nak sewa murah. Tak bersyukur.
Ads
Cuba Selesaikan Masalah Sendiri
7. Lagi satu setakat ada masalah sikit-sikit itu, jika ada suami atau jiran, mintalah tolong mereka dan jangan susahkan tuan rumah ya. Pandai-pandailah selesaikan sendiri.
Mana tahu tuan rumah berada jauh mungkin di luar kawasan atau baru hendak makan dekat restoran yang mahal ke… Tak pasal-pasal kena tinggalkan sebab hendak selesaikan urusan penyewa yang menangis bagai nak rak.
Pengalaman sendiri, bila sampai di rumah sewa.. Tengok masalah tak besar mana pun padahal boleh saja selesaikan sendiri. Saja hendak mengacau.
8. Apa pun bila tuan rumah sudah baik dan bertolak ansur jangan pijak kepala dan ambil kesempatan. Orang sudah bagi sewa berbaloi patutnya bersyukur. Dan saling bertolak ansur. Jangan berkira dan kedekut.
9. Jaga rumah dan semua alatan rumah yang disediakan dengan baik. Kerana sebelum diberi sewa tuan rumah dah periksa siap-siap supaya tiada masalah lagi. Jadilah seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
10. Jangan melampau-lampau ubahsuai atau ‘claim’ pada tuan rumah. Bertimbangrasa sikit. Mana tahu memang tuan rumah tengah dalam kesusahan ke hendak pakai duit untuk perubatan dan sebagainya. Guna otak dan prihatin sikit.
Semoga menjadi penyewa yang bersyukur dan bertimbang rasa.
Mingguan Wanita : Paling penting jika menyewa rumah orang, janganlah jadikan rumah orang macam rumah sendiri. Bertolak ansur dan berbincanglah elok-elok dengan tuan rumah, jangan buat sesuka hati.
Erra Fazira, 46, memberi bayangan, dia tidak menolak untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang tepat.
Namun Erra menjelaskan hasrat tersebut cuma dapat direalisasikan sekiranya puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran,11, menyatakan persetujuannya.
Erra Fazira “Saya OK sahaja Kalau Anak Kata OK”
“Saya mestilah OK sahaja kalau anak kata OK. Tapi kalau adalah jodohnya.
“Pernah sebelum ini saya usik Aleesya kalau saya nak kahwin lagi macam mana? Beberapa kali juga dia jawab tak payahlah.
“Saya harap dia cuma bergurau sajalah cakap begitu,” jelasnya sewaktu di majlis perlantikannya bersama Wany Hasrita sebagai duta pelitup muka jenama Himaya.
“Maklumkan Pada Semua Adalah lebih Manis”
Erra juga memberitahu seandainya dia ingin mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia tidak menolak untuk memaklumkan perkara baik itu kepada semua pihak.
“Ada orang anggap berdiam itu lebih baik. Tetapi mungkin bagi saya, memaklumkan pada semua adalah lebih manis,” ungkapnya.
Ketika berbicara mengenai respons Aleesya tentang kehadiran Nabila Mohd Noor sebagai ibu tirinya yang baru, Erra berkata anaknya itu gembira selain teruja mempunyai adik baharu.
“Dia selalu sangat minta nak jadi kakak. Jadi sekarang bila ada Jayden, saya boleh nampak dia sangat gembira dengan kehadiran adiknya itu.
“Di bibirnya selalu berbicara mengenai kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu ‘smart boy’. Aleesya nampaknya sangat sayangkan Jayden,” sambung Erra lagi.
Ilmu jahitan ini bukan mudah nak dapat kat mana-mana. Jadi bila designer Amy AB (Joomiah Abu Bakar) ni kongsi tutorial bergambar cantum ropol kain yang glamour ini silalah simpan siap-siap dalam phone masing-masing.
“Ini Amy just tunjuk cars cantum saga. Cara jahit ikut keselesaan sendiri ya. Sorry, dummy hodoh. Jika bermanfaat boleh hit button share.”
Tutorial Bergambar Cantum Ropol Kain Glam
Kain depan dan belakang 4 pcs
Ruffle tu jarakkan ½ inci untuk kelim kaki skirt nanti. Cantum dari bawah, dapat extra atas.
Bahagian atas tu boleh jarakkan ½ inci juga untuk basi Ben pinggang.
Lebih kurang macam ni lah bentuknya. Buat yang sebenar tak mahu hodoh macam ni taw. *Psst.. lawa juga flow lycra erk!
Ni skirt bahagian dalam.
Haa.. yang dah biasa menjahit tu mesti dah nampak bayangan macam mana nak buatkan. Nak jahit design ni untuk anak pun boleh. Moga tutorial bergambar ini bermanfaat.
Sebenarnya, termasuk kali ini sudah tiga kali Neelofa jadi penghias muka depan atau ‘Cover’ majalah berbahasa Cina, Citta Bella. Cuma kali ini lebih istimewa kerana pengacara terkenal ini menjadi ‘cover’ pertama yang berniqab menghiasi muka depan majalah berkenaan.
Kongsi instagram majalah Citta Bella, sebelum pengambaran lagi, iaitu sebelum Neelofa mendedahkan kepada umum keputusannya untuk berniqab, Neelofa sudah pun mempunyai konsep pengambaran untuk ‘cover’ istimewa mereka.
Pemilik nama, Noor Neelofa Mohd Noor ini memilih untuk menutup bahagian wajahnya. Dan sudah pun dinyatakan konsep sedemikian pada bulan September lagi.
Dan pada 14 Oktober, Neelofa memuatnaik penampilannya memakai niqab kepada umum menerusi laman instagramnya.
Neelofa Hiasi Muka Depan Majalah Berbahasa Cina
“Neelofa sudah memiliki konsep untuk menutup bahagian wajahnya pada September yang mana penata gaya, Colin melaksanakan semasa sei fotografi pada awal Oktober.”
“Kami sangat bangga menampilkan Neelofa untuk edisi November 2020 Citta Bella buat kali ketiga dengan keindahan yang begitu sofistikated namun elegan. Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa secara terbuka mengumumkan keputusannya untuk mengenakan niqab.
“Sedikit sebanyak yang diketahui, Neelofa memakai niqab secara terbuka seminggu selepas penggambaran. Kami mendoakan yang terbaik untuk perjalanan spiritual baru yang dia lalui,”
“Citta Bella merangkumi keindahan kepelbagaian budaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk mencantikkan kecantikan wanita dan kekuatan dalaman mereka, tanpa mengira usia, bentuk badan, etnik dan kepercayaan mereka. Kami mendoakan masa depan yang lebih baik, untuk semua.”
Kredit foto : Citta Bella
Neelofa Begitu Menghormati Ibu
Dalam temuramah bersama Citta Bella, Neelofa akui dia begitu menghormati ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed. Malah menjadikan ibu sebagai rujukannya apabila terjadi satu hal yang membuatkan hatinya bimbang.
“Saya sangat menghormati ibu saya, jadi setiap kali saya menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan, saya akan menemuinya secepat mungkin.”
Kelak, ibunya itulah yang tahu bagaimana untuk menyedarkan dirinya. Begitu juga dengan adik-beradik yang sentiasa ada di sisinya.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...