Rupanya salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang berbanding tombol. Ini kerana walaupun ia hanya perkara kecil, namun pemilihaan rekaan Tuil Jenis Pemegang ini menjadikan ia lebih selesa, memudahkan dan besar maknanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Baca perkongsiaan daripada Doktor Perubatan Rehabilitasi Fizikal ini iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan sebagai rujukan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Mesra Kanak-Kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin & Mudah Dipulas
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Ads
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang.
InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsiaan ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob) iya. Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Masalah yang biasa berlaku bila bercucuk tanam tentulah serangan serangga yang makan daun tanaman. Boleh ‘sakit hati’ dan geram pula. Ini pun bercucuk tanam dalam pasu di laman rumah.
Bagaimanalah kalau bercucuk tanam di kawasan ladang atau tempat yang luas. Mesti macam-macam masalah, bukan setakat serangga makan daun tanaman tapi boleh jadi tanaman terus tak menjadi.
Kalau nak hapuskan serangan serangga pada pokok tanaman dengan menggunakan racun serangga, bimbang masalah lain pula. Jika sudah pelbagai jenis ubat atau bahan untuk elak serangan serangga yang makan daun tak menjadi. Apa kata cuba saja bahan dapur ini.
Inilah yang dikongsikan oleh MD FS tentang semburan organik untuk tanaman yang dia hasilkan di rumah.
Serangga Makan Daun Tanaman, Guna Semburan Organik
Sekadar berkongsi ilmu yang saya cedok daripada orang-orang yang berpengalaman dan internet untuk penjagaan pokok-pokok dan saya sudah guna untuk tumbuhan yang saya tanam
Saya panggil sebagai Semburan Organik
Bahan-bahannya:
7 biji cili padi (tak kisah warna apa)
7 biji bawang putih (tak perlu buang kulit)
1 inci halia (tak perlu buang kulit)
500-700ml air
1 sudu besar minyak masak
Semua bahan ini blend sampai halus. Selepas itu, masukkan 1 sudu kecil sabun cuci pinggan dan goncangkan.
Masukan dalam botol dan simpan di tempat gelap semalaman.
Cara Guna: Ambil sikit pati organik dan masukan dalam botol spray dan tambahkan air (Pastikan ada bau). Selepas tu dah boleh sembur pada pokok hingga ke tanah.
Tapi…
Pastikan JANGAN sembur waktu PANAS, takut daun MELECUR.
Saya sembur awal pagi dan senja.
Inilah salah satu cara untuk saya kawal daripada serangga makan daun-daun pokok saya
Selamat mencuba
Mingguan Wanita : Ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk elak serangan serangga. Slah satunya cara ini, tak perlu risau sebab semua bahan yang digunakan adalah organik.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Makanan laut yang mungkin menjadi kegemaran sesiapa saja. Malah, pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat dengan lauk ini. Tapi, kalau tak kena cara, isi kerang boleh jadi kecut dan tidak segar bila kita makan.
Macam mana nak pastikan isi kerang yang kita beli itu tidak kecut. Memandangkan isinya di dalam cengkerang itu dan sukar untuk kita pastikan ia adalah kerang yang masih segar, busuk dan sebagainya.
Jadi, perkongsian daripada Emma Kasmuri ini boleh membantu mak-mak untuk dapatkan isi kerang yang besar dan tidak kecut.
2. Kemudian ketuk 2 batang serai, 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih.
3. Panaskan air dan biarkan ia mengelegak. Kemudian masukkan bahan tadi dengan ½ sudu secukup rasa dan 1 sudu besar garam.
4. Bila semua sudah mengelegak, barulah masukkan kerang yang sudah dibersihkan tadi.
5. Tutup periuk dan masak selama 1 minit dengan api besar. Kemudian tutup api.
6. Toskan kerang. Dalam bekas lain, masukkan 2 sudu besar cuka ke dalam bekas air batu.
7. Gaul kerang selama satu minit dan toskan.
8. Siap, inilah hasilnya.
Mingguan Wanita : Wow, sedapnya. Isi kerang yang meriah cukup hanya dicicah dengan sos pun sedap. Kalau yang suka mukbang. Boleh jadikan salah satu bahan asasnya untuk gandingan dengan lauk lain.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
DIY memang menjimatkan belanja berbanding beli yang dah siap. Tidak dinafikan kehijauan pokok-pokok mampu memberi ketenangan dan menaikkan seri pada ruang kediaman.
Akhir-akhir ni, viral dedaun pokok hijau dalam pasu seperti jenis Fiddle Fig Leaf menjadi hiasan pada sudut rumah.Cantik memang cantik, tapi harga nya kus semangat, memang kena fikir berkali-kali, boleh cecah beratus ringgit.
Menerusi perkongsian oleh Puan Fadilah Ariffin, boleh buat sendiri ala-ala pokok yang tengah viral ni. Menariknya lebih menjimatkan dan harganya tak sampai RM25 pun sepasu. Yang penting tetap cantik!
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Assalammualaikum. Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni.Tapi kali ni saya guna daun Monstera sebab yang daun hari tu dah out of stock.Total Kos RM24.30”
Bahan-Bahan:
Daun ECO (1 paket ada 4pcs)
6 paket X RM2.10
Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50
Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.
Pasu ECO RM2.10
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll) Guna 1 Roll je.
Cara Membuat:
1.Mula-mula, bengkokkan batang daun macam ni.
2.Ikat batang daun pada rotan.
3.Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah.
4.Saya masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat.Potong rumput ikut permukaan pasu.
5.Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Semoga bermanfaat. Jadi buat mak-mak boleh lah berjimat, buat sendiri je ‘pokok viral’ ni untuk serikan ruang kediaman.Caranya pun mudah sangat!