Kalau selalu mak-mak beli je Jeruk Mangga Asam Boi, apa kata buat sendiri je di rumah. Almaklumlah boleh tahan juga harga jeruk mangga ni dalam RM10 sebekas kecil. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati makan. Rupanyan ramuan rahsia untuk jadikan jeruk mangga ini rangup dan lebih sedap, jangan lupa tambahkan air aiskrim soda dan simpan dan peti sejuk semalaman.

Boleh cuba resipi Jeruk Mangga Asam Boi yang dikongsikan oleh Puan Sham Sabri ini.

“Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi.Sis nk share resepi. Sukatan ikut sesedap rasa la ye”

JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP

Bahan-Bahan:

2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( bole dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan air ais krim soda (nak buh lebih pun boleh)

Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

Cara Membuat:

1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang.

Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

IKLAN

Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

2. Kemudian basuh dan toskan.

Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman3. Hiris cili padi. (ikut kepedasan masing-masing).

IKLAN

Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman4. Masukkan ke dalam balang/bekas.
5. Campurkan semua bahan-bahan lain. Gula, cili api, asam boi dan ais krim soda.

Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

Siap!
Simpan dalam peti ais semalaman.Hasilnya jeruk mangga yang rangup gitu.

IKLAN

Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

Selamat Mencuba!
Kredit resepi dari my bff Faridah MY

Baca Lagi Di Sini:

MW: Rupanya kena letak air aiskrim soda bila buat jeruk ni.Sedapnya, dah terasa masam, manis, pedas dan kerangupan jeruk mangga ni.

Sumber: Sham Sabri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI