Jeruk Sawi selalunya dicampur dalam Asam Pedas atau ditumis begitu sahaja dimakan dengan bubur nasi. Siapa yang pernah makan jeruk sawi ni, tahulah sedapnya macam mana. Namun selalunya jeruk sawi dijual di pasar. Memang agak ragu-ragu nak beli, terutama dari segi kebersihannya dan status halalnya.

Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Lebih yakin bersih dan boleh ‘adjust’ rasanya agar tak terlalu masin.Memang puas hati hasilnya.

Boleh cuba buat sendiri Jeruk Sawi Masin ni, seperti yang dikongsikan oleh Puan Cynthia Teresa Patrick

Saya kongsi cara-cara saya membuat jeruk sawi pahit. Buat sendiri lebih bersih dan tak terlalu masin.

Bahan-Bahan:

Sayur Sawi
Nasi Sejuk
Garam (Tak Beriodin)
Air Secukupnya

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

Cara Membuat:

1.Cuci bersih sawi pahit dan dikeringkan.Gantung sebegini untuk toskan agar cepat kering.

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

2.Setelah kering, jemur hingga layu. Sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu.

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

3.Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya.

IKLAN

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

4. Sehari jemur cukup. Pastikan masa menjemur cuaca panas, kita nak sawi tu layu je seperti begini.

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

5.Blend sedikit nasi sejuk bersama garam dengan air secukupnya. Seeloknya guna garam kasar, kalau takde garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.Kalau garam iodin, sawi akan cepat busuk.

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

IKLAN

6.Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah diblend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.Tak perlu simpan dalam peti sejuk.

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

7.Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin.

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

Siap! Selamat Mencuba.

IKLAN

Info Ekstra!

  • Sukatan garam ikut berapa banyak sawi yang nak dijeruk tu, biar cukup masin kalau kurang masin sawi akan busuk. Masa gaul tu cuba rasa ye.
  • Nasi sejuk dan air pula terpulang.Dalam segenggam atau 2 genggam. Kalau nak masam bubuh lebih sikit. Air kena cukup ye, menenggelamkkan sawi tu.
  • Masa yang diperlukan untuk merendam sawi pahit tu lebih kurang seminggu atau lebih.Kalau warna dah kuning tu dah kira menjadi lah ye.
  • Selepas siap dijeruk, sawi harus dicuci dengan air bersih-bersih sebelum dimasak.
  • Sawi jeruk/masin ni boleh tahan lama kalau cukup garam, boleh disimpan dalam peti sejuk.

Baca Lagi Di Sini:
TANAM SAWI Rendam Keratan Batang Dalam Air 4,5 Hari Nampak Pucuk Baru!
Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!

MW:Kalau suka makan sawi jeruk masin ni, bolehlah buat sendiri nanti di rumah. Lebih yakin bersih dan terjamin halalnya.

Sumber: Cynthia Teresa Patrick

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI