Punten, Rupa Macam Nasi Impit Tapi Bukan, Ini Langkah Demi Langkah Buatnya
Punten rasanya sedap dan selalu menjadi pilihan untuk menu sarapan pagi mahupun minum petang. Cara masaknya nasi lemak sebab ada santan tapi bukan. Teksturnya lembut macam nasi impit.
Yang membezakan punten dengan nasik lemak dan nasi impit ialah punten dilenyek dan dijadikan berbentuk. Selalunya punten dimakan bersama sambal bilis.
Jom kita cuba resipi punten seperti yang dikongsikan oleh Shanaszy Aisy ini.
RESIPI PUNTEN DAN SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
1:3 sukatan beras dan santannya.
2 pot beras
6 pot santannya. Guna sebiji kelapa.
Sedikit garam bagi rasa lemak
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
CARA MEMBUAT:
1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2. Lepas itu bila sudah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3. Ambil botol, sarung dengan plastik supaya mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh. Guna botol sos tomato pun boleh. Boleh juga guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional bukan?
4. Sudah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Nak bentuk lebih cantik, guna acuan kuih pun boleh.
5. Boleh juga alas talam atau loyang dengan daun pisang. Selepas itu tuang sahaja dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Apabila sudah sejuk barulah potong. Rupanya cantik bila dipotong ikut persegi!
Pasangan menu Punten ini tentulah sambal bilis.
RESIPI SAMBAL BILIS:
BAHAN-BAHAN:
Sengenggam cili api
7-8 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih/
2 genggam ikan bilis. Segenggam dikisar. Selebihnya nanti tabur dalam sambal masa dimasak nanti.
Sedikit belacan jika suka /
Garam dan gula secukup rasa
1-2 asam keping/
Masak semua bahan di atas. Bila sudah masak, sambal bilis bolehlah digandingkan dengan Punten tadi.
Sumber: Shanaszy Aisy via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI