Kuih Bingka Ubi Kayu banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian daripada golongan mak-mak.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 5 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Bingka Ubi Kayuyang sedap ni. Malah salah satu tipnya untuk menjadikan Bingka Kayu lebih sedap, bila dah separuh masak, sapu rata ‘butter’ pada permukaan bingka, kemudian sambung bakar sampai garing.
Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yuzaina Yusoff ini.
“Petang ni nak buka puasa tu boleh la cuba resepi kuih Bingka Ubi Kayu ni. Orang Penang panggil bengkang tau. Sementara mak kuat dan sihat Cik YY belajar dari mak. Orang orang muda tak ramai yang suka, tapi bila mai fasa umur macam Cik YY ni mula dah start minat kuih muih tradisional ni. Betoi dak. Dulu tengok kopi O tak layan ui, la dah jadi favourite dah.
Jom kita tengok Bingka Ubi Kayu Resipi Bonda
Bahan-Bahannya:
1 kilo Ubi kayu
Setengah Kilo Santan
1 biji Telur
Gula ikut manis
Garam ikut citarasa
Cara Membuat:
1. Sagat ubi kayu. Tak perlu perah. Adunkan sekali bersama air ubi yang telah disagat. Guna penyagat yang memang dah halus, jadi tak perlu blender lagi.
2. Campurkan dengan santan, telur, gula dan garam secukup rasa.
3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu butter.
4. Bakar ke dalam oven 180c, 1 jam setengah, api atas bawah atau mengikut kepanasan oven masing masing.
5. Agak agak setengah masak keluarkan, sapu butter atas permukaan bingka tersebut.
6. Sambung bakar sampai ia garing. Ada orang suka garing ada orang tak suka. Jadi ikut selera masing masing.
MW: Sedapnya kuih tradisional Bingka Ubi Kayu ni. Makan panas-panas dengan kulitnya yang berkerak garing tu. Nak buat pun mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Mak-mak boleh cuba nanti.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Dalam pada mak-mak amalkan air rebusan KMJ mahupun makanan tambahan atau jamu sekalipun, paling penting adalah minum air masak dengan banyak. Untuk ia menjalankan fungsi keseluruhan badan dengan baik dan berkesan.
Air rebusan KMJ ini dikongsikan oleh Adah Abdullah II (KakCoco). Katanya bila buat sendiri, bahan-bahan yang masuk ke dalam badan dah terjamin kebersihannya.
Manfaat air rebusan ini adalah untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan keputihan, lenguh-lenguh badan, buang angin dalam badan, mewangikan tubuh malah memberi tenaga.
Bahan-bahan Air Rebusan KMJ
Kunyit
Halia
Cekur
Temukunci
Asam jawa
Manjakani/serbuk manjakani *nie KakCoco pakai dari Jamu Mokya. Senang!
Kuantiti bahan bahan KakCoco agak agak je. Jangan lebih, jangan kurang. Pandai pandai korang agak ya.
Caranya:
1. Masukkan semua bahan (kecuali serbuk manjakani) dalam blender
2. Gunakan air asam jawa tu untuk menggerakkan bahan-bahan tadi
3. Settle!
Dah selesai blend terus tapiskan masuk dalam periuk. KakCoco memang dekat dapur pakai penapis ni. Senang weh. Kalau perah santan, sampai kering haku pulaskan.
Korang cuba lah, bukan mahal pun. Memudahkan lagi.
Bila dah mendidih masukkan serbuk manjakani. Boleh masukkan gula melaka/gula batu untuk rasa manis dan sedap nak minum nanti. Sebabkan KakCoco tengah kawal gula so KakCoco letak madu. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan.
Masa ni korang akan bau macam suasana dalam pantang. Bau cekur tu rasanya. Wangi. Ok settle!
Senangkan.
TIP:
Sambil kacau tu bolehlah doa dan niatkan untuk kesihatan badan. Memudahkan urusan harian dan ibadah. Sihat untuk suami. Sihat untuk jaga anak-anak. Sihat untuk aktiviti ko kurikulum malam Jemahat.
Cara Minum :
1. Air rebusan ni sangat bagus untuk wanita, tapi tak perlu ambil terlalu kerap. Seminggu 1-2 kali je. Jangan pulak kau teguk sekali abiskan. Minum selepas makan tau.
2. Anak dara tidak digalakkan mengamalkan air rebusan nie terlalu kerap. Sekali sekala ok.
3. Wanita yang merancang untuk mengandung, tidak digalakkan mengamalkan temukunci. Cukup sekadar letakkan halia dalam ramuan air rebusan KMJ ni.
Pesanan penaja : Apa-apa supplement/jamu korang perlu minum air masak banyak untuk jalankan keseluruhan badan.
Bila masak sotong selalunya masalah yang kerap berlaku ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap’
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...