Sedapnya makan nasi putih panas-panas dengan sambal garing, memang membuka selera sewaktu bersahur. Jika beli sambal garing memang boleh tahan harganya malah kuantitinya pun agak sedikit. Lebih jimat dan puas hati makan sebenarnya jika buat sendiri di rumah. Malah nak lebih muai boleh tambah kacang dan tempe goreng.
Just nak share sambal garing yang saya buat.Macam Sambal Garing Che Nor tu.Tapi yang ni sambal garing cik Izz sebab pandai-pandai tambah lagi bahan-bahannya sebab nak bagi muai (banyak).
Bahan-bahan takde sukatan ye. Agak-agak je ni. Rasa macam dah beli banyak bahan mentah tapi bila buat dapat la 2 balang + 1 botol kecik tu.
1 balang untuk stok kat rumah
1 balang stok anak kat kolej
Botol kecik nak bagi kat kawan hubby
Ikan bilis saya guna yang halus. Cili kering saya guna yang sedehana pedas.
Goreng bahan-bahan mentah hingga garing.
Bahan-Bahan:
Kiub ayam (Guna brand apa-apa pun tak kisah)
Sedikit minyak
Kacang Tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Tempe (digoreng)
Bawang Goreng
Cara Membuat:
1. Goreng kiub ayam untuk hancurkan kiub tu.
2. Cili tu gunting dulu, buang bijinya. Lepas tu cuci toskan. Biar kering dulu cilinya baru goreng. Goreng pun jangan lama-lama nanti cilinya jadi pahit. Cili kering yang dah di goreng. Goreng kejap je. Lepas tu tumbuk or kisar kering. Saya guna cili kering sederhana pedas.
3.Masukkan kacang tanah, tempe yang dah digoreng.
4.Ikan bilis saya guna yang halus, goreng sehingga garing.
Ads
5.Letak sedikit gula halus atau terpulang nak banyak mana ikut kesesuaian.
6. Kemudian letakkan pula bawang goreng dan kacau rata.
Hasilnya.. Tunggu sejuk, baru masuk dalam bekas kedap udara.
Tadaaa siap!
Ads
Tip Ekstra!
Time goreng ikan bilis tu letak sekali hirisan bawang putih seulas, tapi yang dah dihiris. Nampak bawang putih tu mula garing-garing bermkna ikan bilis tu pon nak garing dah.
MW: Menarik juga resipi Sambal Garing ni. Malah nak lebih muai boleh tambah tempe dan kacang tanah goreng. Memang lebih jimat berbanding beli.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci
Haa.. apa lagi mak-mak. Lepas ini rajin-rajinlah masak tom yam untuk suami dan anak-anak ya. Tapi kenalah gunakan bahan-bahan masakan semulajadi.
Bebola keledek Keju. Dengar nama pun macam dah boleh agak, rasanya tentu sedap kan? Ada asa manis keledek, rasa lemak masin keju. Bila gigit saja bebola tu, keluar kejunya. Peh! Memang sedap.
Cuba Resipi Bebola Keledek Ini Pula
Antara dilema yang akan dihadapi oleh mak-mak tiap hari, apa nak masak untuk famili. Rasa bosan asyik masa lauk yang lebih kurang sama saja. Malam sebelum tidur dah fikir apa nak masak esok; dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam sehinggalah kudapan ringan sebelum tidur. Wah! Lengkap. Mana taknya, bila PKP dan PKPB, tentu kebanyakan anak tinggal di rumah. Apa lagi, makan je lah kan.
Ini ada lagi satu resipi yang best untuk dicuba. Sangat senang dan bahan pun taklah perlu modal yang tinggi sangat. Yang penting, bila buat sendiri, boleh makan puas-puas. Bebola Keledek Keju ni boleh dijadikan minum petang atau kudapan ringan sambil menonton TV pada waktu malam. Mesti sekejap saja dah licin.
Jangan lupa cuba ye mak-mak!
BAHAN-BAHAN BEBOLA KELEDEK KEJU:
BAHAN DOH (KULIT):
350gm keledek manis
11/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang/putih
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam
Air secukupnya
BAHAN LAIN:
Keju cheddar
Serbuk roti secukupnya
Sedikit bancuhan tepung gandum+air – untuk dijadikan pelekat serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan. Kemudian lenyekkan ia hingga lumat. Kemudian masukkan tepung pulut, tepung beras, gula, baking powder dan secubit garam. Gaul sekata dan uli hingga ia membentuk menjadi doh. Dari semasa ke semasa masukkan air secukupnya (jika perlu) dalam proses membuat doh.
Kemudian, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letak sedikit keju cheddar di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan ia seperti bebola. Ulangi langkah hingga selesai.
Setelah itu, celup bebola tadi ke dalam sedikit campuran tepung dan air, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti hingga merata.
Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng bebola cheese itu hingga masak.
Jika jalan-jalan di Negeri Melaka, kedai makan ‘Mee Bodoh Pak Hassan’ antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai. Meskipun menu Mee goreng nya cukup simple, namun apabila dinikmati dengan telur goyang, sambal dan timun rangup, rasanya sangat sedap dan boleh buatkan kita teringat-ingat.
Mak-mak boleh buat sendiri mee goreng ala Mee Bodoh Pak Hassan ini di rumah. Memang menjadi, lebih puas hati dah berbaloi. Paling penting tak perlu nak beratur panjang di kedai lagi dah!
Semalam, teringin sangat nak makan Mee Bodoh Pak Hassan. So I try la replicate Mee Bodoh Pak Hassan semalam. Sekali jadi sangat!
Today I guess I need to share macam mana nak buat Mee Bodoh ni. So untuk sesiapa yang rindu dengan Mee Bodoh Pak Hassan ni boleh la try buat nanti.
But mind you ni bukan resepi Pak Hassan ok. Sebab rasanya sepanjang 37 tahun jadi orang Melaka, Pak Hassan tak pernah reveal resepi mee or sambal dia tu. Tapi sebab selalu makan, i cuba agak-agak resepi dia ok. So lets start!
Sambal Mee Bodoh
Bahan-Bahan:
20 tangkai Cili kering
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih (blend semua)
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis cili sampai garing jadi sambal. Pastikan masa tumis minyak kena banyak.
2. Kemudian letak garam, ajinamoto adan asam pes/asam jawa/asam keping (ikut suka). Sambal Pak Hassan memang masam-masam sikit. Masam-masam pedas dia..Perghhhh.
3. Lepas tu tepikan sikit sambal tadi dalam bekas lain. Sambal dalam kuali tadi, goreng pulak mee.
4. Dah hampir nak masak, letak taugeh pula.Taugeh sahaja. Sayur-sayur lain tak perlu. Balik-balikkan sekejap. Tutup api sebab kita tak nak taugeh tu jadi lembik. Ok Mee Bodoh settle!
Now kita goreng telur gegau pulak.
Selalu tengok budak goreng telur tu, dia goreng dengan minyak sambal. Tapi semalam tak sempat pulak nak asingkan minyak tu. Jadi goreng biasa je tapi kena make sure gegau ok. Lepas tu taburkan timun yang rangup dan letak sambal yang kita dah asingkan tadi atas telur gegau tu.
Mingguan Wanita:Menarik ni, boleh cuba buat sendiri ‘Mee Bodoh’ yang dikongsikan ini. Walaupun simple je, bahan-bahan pun tak banyak namun rasanya memang sedap!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...