Biasanya, kalau beli air dalam tin, mesti ada yang pilih minuman jus aloe vera. Mungkin kalau anda yang pertama kali rasa, ia tidaklah ‘teruk’ sangat pun. Masih boleh terima kekenyalannya seperti agar-agar.
Mesti tertanya-tanya macam mana boleh hasilkan jus aloe vera ini dan cara membuatnya. Kat rumah memang banyak pokok, Cuma tak tahu macam mana nak manfaatkan nya.
Bagi tidak mensia-siakan tanaman ini, apa kata kita buat sendiri jus aloe vera kat rumah. Norija Nyoep turut berkongsi cara untuk membuatnya. Lepas ni, tak payahlah nak beli kat kedai, tambah perisa yang anda suka. Siap untuk di minum.
1. Mula-mula, ambil beberapa helai daun aloe vera yang sudah berbunga.
IKLAN
2. Kemudian, potong aloe vera ni dan kupas kulitnya.
3. Ambil isi seperti ini.
4. Potong isi aloe vera tu halus-halus bentuk kiub. Cuci potongan tadi dan toskan.
IKLAN
5. Masakan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula secukupnya.
6. Bila air + gula dah mendidih, masukkan kuib aloe vera yang ditoskan tadi dan kacau. Biarkan mendidih lagi beberapa minit sehingga kuib aloe vera tu terapung.
7. Apabila isi aloe vera dah terapung, kacau dan biarkan mendidih 5 minit. Jangan lama sangat nanti isi aloe vera tu hancur. Selepas itu, padam api dan biarkan sejuk.
IKLAN
Dah sejuk, masukkan ketul ais dan siap untuk di minum. Selamat mencuba.
.
MW: Kalau nak bagi sedap, bolehlah letak macam-macam perisa kan!
Sungguh menyegarkan bila dapat minum air yang masam dan manis seperti ‘Strawberi Lemonade’ ni. Minum pula waktu cuaca panas, nyaman sungguh tekak ni. Ada buah lemon dan strawberi, mak-mak boleh buat sendiri pati ‘Strawberi Lemonade’ yang mudah ini di rumah, tinggal tambah soda dan kiub ais je!
Bahan-Bahan:
Buah Lemon
Strawberi
1 1/4 cawan Gula
Air Soda
Ais Secukupnya
Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus! Jika di rumah banyak buah epal yang tak termakan, sampai naik layu dibuatnya boleh cuba buat minuman ‘apple cider’ ini .
Mungkin ramai yang keliru apple cider ini, tak sama seperti Apple cider vinegar. Apple cider vinegar beralkohol dan dibiarkan teroksida (alkohol meruap).Manakala Apple Cider ini pula boleh diminum terus. Memang sedap diminum suam-suam, rasa manis epal dengan aroma rempah ratus.
Boleh cuba buat sendiri ‘Apple Cider’ sedap tanpa alkohol ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza binti Abdul Hamid ini sebagai panduan.
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider. Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut Festival epal.Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastri, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna. Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos. Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
Buat Apple Cider Sendiri Di Rumah
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat.Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat. Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
7 Biji Epal Granny Smith dan Royal Gala
2 sudu makan Gula (jika mahu)
2 inci Kulit kayu manis
3-5 kuntum Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Cara Membuat:
1. Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.
2. Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.
3. Tambah air secukupnya. Blend.
4. Boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat. Kemudian, masukkan gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Info Ekstra!
Minum tanpa ditapis lagi bagus penuh serat yang bagus untuk usus.
Minum dalam masa seminggu sebab kita tak letak apa-apa pengawet.
Asalkan bau dan rasanya sama, in shaa Allah selamat untuk diminum.Jika mula bergas atau masam lain macam, elakkan. Maknanya sudah rosak.
Boleh simpan dalam peti sejuk macam jus biasa. Apabila hendak minum boleh panaskan atau jika suka, minum sejuk.
Jika hendak jadikan jem/ applesauce, letak sedikit sahaja air semasa blend (asal mesin boleh jalan) atau guna food processor.
Tambah sedikit gula perang dan jus lemon, serbuk kayu manis (supaya tiada yang ketul-ketul), serbuk buah pala secubit dan serbuk bunga cengkih.Masak sehingga kering air atau kepekatan yang disukai.
Jika guna rempah-ratus whole (kulit kayu manis/ bunga cengkih), keluarkan lepas masak.
Mingguan Wanita: Menarik resipi minuman Apple cider ini. Banyak buah epal di rumah, yang tak habis makan tu boleh cuba buat apple cider ni. Memang sedap diminum suam, rasa manis epal dan rempah ratus.
Bunga kantan, boleh dikatakan ulam yang sangat eksklusif sebab harganya boleh tahan juga. Tapi, bestnya kalau tanam sendiri memang tak habis maka, boleh bagi kat jiran-jiran lagi.
Menariknya, ia bukan hanya untuk dijadikan bahan tambahan pada asam pedas, laksa penang atau dijadikan ulaman. Kena caranya boleh buat sambal cili api atau kerabu.
Kali ini, perkongsian daripada Aiza Hamdan dengan resipi sambal cili api bunga kantan. Memang menyelerakan, baunya harum semerbak bila dimasak, belum lagi makan boleh buat bertambah-tambah.
Bunga Kantan, Buat Resipi Cili Api Bersama Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bunga kantan
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
2. Sementara itu, bunga kantan dihiris. Ikut cara masing-masing, halus atau kasar.
.
.
3. Kisar cili api, bawang merah dan bawan putih. Kemudian, tumis bahan tersebut dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis.
.
4. Apabila dah masak sambalnya, masukkan bahan hirisan tadi dan gaul sehingga layu.
.
5. Masukan bahan perasa ikut selera masing-masing.
.
6. Bila sambal dah sejuk. Barulah masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.
Ikan bilis ini boleh saja ditumbuk kasar atau tumis sekali bersama cili kisar tadi. Ikut selera.
7. Dah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.
Hasilnya, bila dah betul-betul kering.
Mingguan Wanita : Sedap sangat ni. Bahan pun simple-simple.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...