Setiap negeri ada cara tersendiri dalam rmembuat resipi kuah laksa. Mungkin cara masakan lebih kurang sama yang membezakan adalah bahan utamanya iaitu jenis ikan yang digunakan. Dari segi jenis laksa pun ada bezanya juga.
Sesetengah negeri ada gandingkan kuah laksa dengan mi laksa atau spagetti dan jika di Pantai Timur lain pula gandingannya. Semua ini bergantung pada citarasa dan ikut cara tradisi negeri masing-masing.
Tak kisahlah jenis ikan apa yang digunakan tapi paling penting adalah rasa yang padu pada resipi kuah laksa itulah yang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Kali ni, kita kongsi resipi kuah laksa ala-ala kopitiam daripada Noratiqah Nordin ini. Memang padu dan pekat kuahnya. Hanya guna sardin dalam tin saja. Cara nak buat pun senang sangat.
Resipi kuah laksa sardin tin.Sedapnya mengalahkan edai kopitiam lain.
Ini cara orang KL yang buat.
Bahan Dan Cara Membuatnya:
1. Bahan kuah
2 tin sardin
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2 ketul kiub ikan bilis
2 senduk cili kering yang dikisar
2 bunga kantan
3 ikat daun kesum
4 keping asam keping yang besar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2. Kisar bawang merah dan bawang putih, belacan, 1 tin sardin besar, tin sardin kecik kita hancur kasar saja.
3. Bila dah kisar, masukkan ke dalam periuk.
4. Biar seketika.
Ads
5. Kemudian, masukkan 3 senduk cili kering yang dah dikisar tadi.
6. Kacau sebati.
7. Masukkan air ikut kepekatan yang kita nak.
8. Diikuti dengan sardin hancur kasar
9. Letakkan 2 ketul kiub ikan bilis. Nak bagi dia rasa lemak-lemak ikan
Ads
10. Masukkan daun kesum
11. Jangan lupa, masukkan bunga kantan
12. Diikuti asam keeping
13. Masukkan garam dan gula
14. Biarkan ia mendidih dan cukup masak.
Ads
15. Siap dan boleh dihidangkan.
MW: Sedapnya! Nanti bolehlah buat kuah laksa ala kopitiam ni. Senang sngat, tak pening-pening nak kisar ikan bagai kan. Guna sardin dalam tin saja.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Hidangan pemanis mulut atau dessert memang digemari seisi keluarga. Mungkin ada yang menganggap cara menyediakannnya agak sukar tapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Jom kita cuba langkah mudah ini. Pasti anak-anak tersenyum riang apabila dapat menikmati dessert yang sedap hasil air tangan ibu mereka sendiri.
BAHAN-BAHANNYA:
125 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
100gm mentega
250ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan air bersama gula dan mentega di dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.
2. Pukul semua telur di dalam bekas yang lain. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan menggunakan nozzle bentuk bintang.
4. Sediakan kastard segera bersama air panas.Kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Bakar puff di dalam ketuhar pada suhu 200C selama 25 minit. Pastikan puff benar-benar masak sebelum diisi dengan kastard. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan masukkan inti kastard.
Tip Masakan: Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar di dalam ketuhar sehingga permukaan puff bertukar warna coklat. Pastikan kedudukan dulang ditengah-tengah ketuhar supaya permukaan dan bawahnya masak dengan sekata.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Tempoh penyediaan: 20 minit
Hidangan: 7 orang
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali hebat dan gemar memasak di dapur. Pelbagai resipi kerap dikongsikan didalam instagram khas aitangan_tunkuazizah yang sering menjadi rujukan buat followersnya. Baik dari jenis lauk pauk kampung, western, manisan dan pelbagai jenis resipi dikongsikan oleh baginda.
Jadi tak hairanlah, Tunku Azizah mendedahkan memiliki hampir 2,000 koleksi buku resipi masakan simpanan peribadi yang dikumpul sejak berusia 12 tahun.
“Buku-buku masak koleksi saya sejak dari umur 12 tahun, semuanya milik @t.afzan …. rasanya dalam 2000 buku”
Terbaru, tuanku ada kongsikan air tangan baginda iaitu “Bread And Butter Pudding” yang rasanya dikatakan sedap lain daripada puding roti yang biasa dimakan. Istimewanya resipi ini menggunakan isi kelapa muda. Baginda tuanku juga menyatakan bahawa”Bread And Butter Pudding” ini menggunakan resipi asal daripada Dinah Shore cookbook.
“Bread and butter pudding, lain dari yang selalu kita makan dan sedap !
“Resipi ini sedap, tidak perlu rendam roti lama. Saya gunakan isi kelapa muda”
Bahan-Bahan:
6 keping roti Perancis
2 tin susu cair
2 1/2 cawan air
2 1/2 cawan gula
3 sudu kecil Esen Vanila
2 cawan kismis
2 cawan buah-buahan dalam tin/ fruit cocktails (ambil buah sahaja)
1 cawan isi kelapa
125gm mentega
6 biji telur
Cara Membuat:
1. Rendam roti dalam susu, air, gula dan campur esen vanilla.
2. Biarkan terendam dalam satu jam dan kacau sesekali.
3. Panaskan oven suhu 350F.
4. Selepas 1 jam, tambahkan kismis, buah koktail, isi kelapa dan mentega yang telah dicairkan.
5. Pukul telur guna tangan atau mixer dengan kelajuan perlahan.
6. Campurkan telur pada campuran tersebut. Kacau sebati.
7. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca pyrex 3/4 penuh.
8. Bakar puding tersebut selam 1 jam.
Menurut baginda lagi, puding roti ini sedap dinikmati begitu sahaja dan tak perlukan kan sos kastard atau cream anglaise. Boleh juga gunakan apa sahaja jenis roti yang ada.
MW: Menarik resipi ‘Bread And Butter Pudding’ yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong ini. Mak-mak boleh lah cuba di rumah untuk anak-anak nanti, jika nak rasa kelainan puding roti yang selalu kita buat.
Air Asam walaupun simple, tapi kena pandai buat barulah rasanya ‘menyengat’ dan sedap! Lebih-lebih lagi untuk dicicah dengan ikan, daging mahupun ayam bakar. Nak dapatkan resipi air asam yang sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini.
Kenapa saya letak namanya ketagih?
Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari- hari. Rasanya memang sedap
gilaaa.
Kawab fb saya semua dah pakat share resepi ni. Terliur kata mereka. Rugi pula rasa tak panjangkan untuk yang lain. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semuangam.
Pesanan terakhir, rugi sangat tak cuba. Ikuti resepinya di bawah okay.
Bahan-bahan Diperlukan (Dibakar):
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
*Belah dua bahan di atas, bakar atas pan non stick kecuali belacan.
1 biji lemon
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam pengisar.
2. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) * Ikut kepekatan yang diingini*
3. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
4. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
Info Ekstra!
Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Selamat mencuba.
MW: Bagi penggemar air asam, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Sedap dinikmati sebagai pencicah daging, ikan atau ayam bakar.
Saharul Ridzwan diuji sakit di hari jadi isteri, Saharul Ridzwan syukur keikhklasan pasangan menjaganya "aku nampak kasih sayang Allah. Pelakon Saharul Ridzwan memuat naik...