Selalu kita dengar, air tangan ibu, kali ini Asha Luna berkongsi resipi hasil air tangan ayah.
Inilah resipi air tangan ayah untuk sarapan keluarga. Katanya, masa dulu ayah siap jual lagi. Harga pun tak adalah mahal, RM0.30 sebungkus.
Air tangan ayah ini sedap makan dengan nasi impit, nasi putih atau pulut dan lemang. Biasanya hidangan sambal hitam ini cukup popular di Pantai Timur terutamanya Terengganu.
Kalau rasa dah bosan nasi impit makan dengan kuah kacang, bolehlah cuba sambal hitam ini pula ye. Memang sedap dengan rasanya yang manis, pedas dan sedikit masam.
Istimewa pagi ini sarapan dari air tangan ayah. Dahulu ayah jual dengan harga RM0.30 saja, dibungkus dalam daun pisang.
Sambal hitam istimewa ini ada tiga rasa iaitu, sedikit manis, pedas dan rasa masam-masam sedikit.
Tip: Paling penting, bila nak buat kena guna kelapa tidak terlalu tua, nantiu tak sedap dan rasa kasar kelapa parutnya.
Resipi Dan Cara Membuat:
1. Makan dengan nasi impit.
Ads
2. Semua bahan dan ikan dikisar, kecuali gula melaka.
3. Cairkan gula melaka dulu dengan air asam jawa. Masukkan bahan yang dikisar.
1 sudu besar pes cili
Sedikit garam
3 sudu besart gula
Apabila bahan-bahan ini dah masak, masukkan kelapa parut yang sudah digoreng tadi. Pastikan goreng jangan terlalu kering dan tidak terlalu basah. Siap.
4. Bahan lainnya.
Ads
5. Kelapa parut yang sudah siap digoreng dan dikisar.
MW: Memang sedap dan menyelerakan. Selamat mencuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Peria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun ramai yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit.Selain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga sedap digoreng garing! Kerangupannya setelah digoreng, menghilangkan rasa pahit dan sesuai dimakan sebagai kudapan bila-bila masa.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri peria goreng garing yang rangup dan sedap ni, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nordin sebagai panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
Untuk kawan-kawan yang disayangi, resipi peria goreng kruk kruk (tak pahit).
Bahan-Bahannya :
Sebiji peria
secawan tepung beras
3/4 cawan tepung ubi kayu
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
minyak untuk menggoreng
garam
Cara Membuat:
1. Buangkan biji peria.Kalau guna sudu lebih senang.
2. Sagat peria seperti kita nak buat kerepek. Harus nipis-nipis. Kemudian rendam dalam air garam selama 30 minit untuk kurangkan rasa pahit.
3. Seterusnya, bilas peria dengan air biasa dan rendam/rebus dengan air panas dalam seminit juga bertujuan mengurangkan rasa pahit peria.Jangan rendam lama sampai peria berubah warna.
4. Kemudian gaulkan tepung beras dan tepung ubi kayu.Masukkan serbuk ketumbar, bawang putih dan garam.
5. Kepekatannya sedang-sedang sahaja. Agak-agak pekat macam nak buat tempeyek.
6. Kemudian bolehlah digoreng sehingga keperangan. Jangan kerap terbalikan sangat, takut tepung tak melekat langsung dengan peria nanti.
7. Akhir sekali, bolehlah disimpan di dalam balang kedap udara.
Siap! Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.Mak-mak boleh lah cuba di rumah dan buat sendiri nanti.
Tengah hari, cuti hari minggu. Bagi ibu-ibu yang berkarier inilah masanya untuk memasak meal istimewa untuk keluarga dan anak-anak. Sebelum tiba hari minggu, Jumaat tu pastinya hari merancang apa menu yang nak dimasak yang pastinya menarik untuk anak-anak dan suami makan. MW ada beberapa cadangan menu yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli bahan-bahannya.
Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan :
Seekor ikan patin bersaiz sederhana } dipotong
Sebatang lada besar } dikisar
19 biji cili api (bergantung kepada saiz dan tahap kepedasan, dikisar)
2 inci kunyit hidup } dikisar
sebatang bunga kantan } belah dua
4 tangkai daun kesum
2 biji terung hijau } potong empat
2 keping asam keping
2 sudu besar tempoyak
garam kasar secukupnya
air secukupnya
Cara membuatnya :
Gaulkan semua bahan kisar bersama tempoyak
Lumurkan ke badan ikan.
Dalam periuk, masukkan air, asam keping, garam kasar, terung, bunga kantan dan daun kesum.
Masak di atas api sederhana sehingga kuah menggelegak. Masukkan ikan dan masak seketika, angkat. Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
Sotong Masak Kalio
Bahan-bahannya :
5 ekor sotong – bersihkan
9 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
sebatang cili merah – dikisar
2 batang serai } diketuk
2 sudu besar cili kisar
sebiji buah keras } tumbuk lumat
3 helai daun limau purut
sehelai daun kunyit
sekeping asam keping
1 kiub ayam
secawan santan pekat
garam dan gula secukupnya
Cara-caranya :
Masak bahan yang dikisar di atas api yang perlahan sehingga kering.
Masukkan sedikit air dan kacau supaya bahan kisar betul-betul masak.
Masukkan santan, garam, gula, asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan kiub ayam.
Masukkan sotong dan kacau buat seketika. Keluarkan sotong setelah separuh masak, keringkan kuah sehingga pecah minyak.
Masukkan semula sotong, keringkan sedikit dan tutup api.
Sambal Udang Petai
Bahan-bahannya :
Udang bersaiz sederhana sekitar 20 ekor
sebiji bawang merah besar, dihiris kasar
dua papan petai (diambil isinya, bersihkan kemudian celur sekitar 10 minit)
secawan cili kisar
1/4 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit air
Bahan-bahan dikisar :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Cara-cara membuatnya :
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu diikuti dengan cili kisar. Pastikan cili kisar dimasak sehingga pecah minyak dan gunakan api kecil.
Masukkan air asam jawa, kacau rata diikuti air secukupnya.
Kemudian masukkan petai yang telah dicelur. Seterusnya masukkan udang, bawang besar, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan seketika. Tutup api, siap untuk dihidangkan.
Sambal Tempoyak Bilis Petai
Bahan-bahannya :
2 genggam ikan bilis yang dibersihkan
sehelai daun kunyit
3 sudu besar tempoyak
Sebatang serai yang diketuk
sesudu kecil cili kisar
seinci kunyit hidup dikisar
petai secukupnya
garam secukupnya
Cara penyediaannya :
Masukkan tempoyak, kunyit yang dikisar, cili kisar, garam, petai, ikan bilis di dalam kuali.
Dengan api yang perlahan masak kesemua bahan tadi sehingga naik bau.Sebelum tutup api, masukkan daun kunyit yang diracik halus ke dalamnya. Siap untuk dinikmati bersama nasi putih dan lauk tambahan lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya bila rebus pucuk ubi letak sedikit baking soda ia jadi lembut elok warnanya cantik kehijauan. Bukan apa pucuk ubi adakalanya ia tak berapa lembut malah warnanya juga tak cantik seperti lebam dan berbirat selepas direbus.
Pucuk Ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Malah banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman.
Boleh ikut cara rebus pucuk ubi lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Lagi Menarik: Nak Makan Pucuk Ubi, Petua Ini Elak Kena Serang Angin
Bahan-Bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara Rebus Pucuk Ubi:
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...