Kebiasaan yang mak-mak buat bila roti yang dibeli tamat tempoh dengan membuat puding roti. Tak adalah rasa ralat atau membazir, dibuang begitu saja. Masih ada cara untuk elak daripada ia dibuang kerana tamat tempoh.

Sebenarnya, ada macam-macam cara yang mak boleh buat dengan roti yang tamat tempoh. Salah satunya adalah puding roti. Anak-anak pun mesti laju bila makan.

Satu perkara yang sering menjadi igauan buat mak-mak, bila masa untuk tukarkan loyang puding ke dalam bekas lain. Silap cara boleh ‘hancur’ dan tidak cantik ‘kejadiannya’.

Jadi, salah satu tip yang dikongsikan oleh Merysona Edrson agar puding roti ‘menjadi’ adalah dengan basahkan loyang dengan air. Mungkin ada sesetengah mak-mak yang tidak tahu tip ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Puding Kastard Dengan Kuah Koktail, Kacau Sampai Berkilat, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Resipi Puding Roti Kayangan Guna 3 Bahan MUDAH Dengan Sos & Creamy, Paling Sedap!

Info Lebih Menarik DI SINI

Puding Roti ‘Menjadi’ Ala Tembikai

“Ada lebihan roti di dapur, daripada buang boleh buat puding roti untuk basahkan tekak.

Bahan-bahan: A
4 keping roti (buang bahagian tepi)
1 biji telur
1 cawan susu cair (250ml)
1/2 cawan air(125ml)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Bahan: B
3 cawan air (750ml)
1 paket agar-agar serbuk (10g)

Cara Membuatnya:

1. Sedapnya bila makan sejuk-sejuk.

2. Bahan-bahan: A
4 keping roti (buang bahagian tepi)
1 biji telur
1 cawan susu cair (250ml)
1/2 cawan air (125ml)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla

IKLAN

3. Masukkan dalam blender. Kisar halus kesemua bahan tadi.

4. Selepas itu, tuang ke dalam kuali.

5. Masak guna api sederhana, masukkan 3 cawan air (750ml)

6. Selepas itu, masukkan 1 paket serbuk agar-agar. Beli yang clear tau. Nanti kita warna-warni pula.

7. Masak hingga mendidih dan kacau.

IKLAN

8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (merah, hijau dan putih) untuk bahagian merah lebihkan banyak. Warna adunan ini menggunakan pewarna makanan.

9. Sediakan loyang 8 inci dan basahkan dengan sedikit air. Ini tip supaya puding senang untuk dikeluarkan.

10. Tuang adunan hijau dahulu.

11. Kemudian, diikuti putih di bahagian tengahnya.

12. Terakhir tuangkan adunan berwarna merah

IKLAN

13. Masukkan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan dan hidangkan.

14. Hiaskan dengan coklat cip, barulah nampak macam tembikai.

#MeryMasakApa

MW: Resipi paling senang nak buat. Bolehlah cuba nanti.

Sumber: Merysona Edyson

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita