Masih dalam bulan Syawal, ramai mak-mak yang masih rebus ketupat dan masak rendang untuk hidangan keluarga. Namun ada masanya jika salah cara, ketupat yang direbus tak tahan lama dan mudah rosak.

Menerusi Puan Mayang Sari, ada caranya untuk memastikan ketupat tahan lama, 3 hari tak payah simpan peti sejuk.

Berikut perkongsian tersebut;

“Cara-cara rebus ketupat supaya tahan lama, 3 hari tak payah simpan peti ais”

1.Masukan ketupat dalam rice cooker
2.Masukan air tak payah sampai tenggelam ketupat.
3.Masak sehingga keluar minyak seperti dalam video.
4.Angkat dan sejukan dalam bekas yang di lapis kertas/tisu. Jangan tutup.

In sha allah ketupat tahan sehingga 3 hari tak basi.

IKLAN

Posted by Mayang Sari on Tuesday, June 2, 2020

Info Ekstra!

  • Kalau nak guna periuk biasa dan gas, pastikan lapik dulu dengan lebihan daun palas supaya tidak hangit.
  • Namun lebih mudah guna ricecooker tak payah risau hangit.
  • Kalau kukus dalam 30 minit. Tapi kalau kukus tak boleh simpan berhari-hari.

CARA Rebus Ketupat Tahan Lama, 3 Hari Tak Payah Simpan Peti Sejuk!

IKLAN

Selamat mencuba.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini: Tutorial MUDAH Balut & Masak KETUPAT PALAS, Waktu Kukus Lapik Daun Pandan!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi bila rebus ketupat nak tahan lama 3 hari tak payah simpan dalam peti sejuk boleh cuba cara yang dikongsikan ini.

Sumber: Mayang Sari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI