Rambutan Asam Boi, Begini Cara Nak Buat, Penggemar Asam Mesti Suka
Rambutan asam boi sememangnya menjadi kesukaan penggemar asam. Sekarang sedang musim buah rambutan, elok sangatlah buat rambutan asam boi ini. Makan sejuk-sejuk memang ‘terpaling’ asyik.
Sebenarnya tak susah pun nak buat rambutan asam boi. Bahan pun tak banyak dan yang paling penting cara nak buat pun alahai senang sangat. Buat banyak-banyak boleh makan berulang-ulang. Nah ini resipi asam boi seperti yang dikongsikan oleh Ani Zam
RAMBUTAN ASAM BOI
Bahan-bahan:
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
Ads
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.
4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.
Resipi Keledek Goreng, Rangup Dan Sedap, Sama Macam Peniaga Pisang Goreng Jual
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.
Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan keledek goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual, boleh cuba resipi perkongsian Aiza Shereen ini. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jom mama kita cuba buat!
BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek – kupas kulit
Tepung gandum
Marjerin
Garam
Minyak masak
Air suam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
2. Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.
3. Jika suka letak gula, boleh letak. Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.
4. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.
6. Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.
KHASIAT UBI KELEDEK:
1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protein.
5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Punten, Rupa Macam Nasi Impit Tapi Bukan, Ini Langkah Demi Langkah Buatnya
Punten rasanya sedap dan selalu menjadi pilihan untuk menu sarapan pagi mahupun minum petang. Cara masaknya nasi lemak sebab ada santan tapi bukan. Teksturnya lembut macam nasi impit.
Yang membezakan punten dengan nasik lemak dan nasi impit ialah punten dilenyek dan dijadikan berbentuk. Selalunya punten dimakan bersama sambal bilis.
Jom kita cuba resipi punten seperti yang dikongsikan oleh Shanaszy Aisy ini.
BAHAN-BAHAN:
1:3 sukatan beras dan santannya.
2 pot beras
6 pot santannya. Guna sebiji kelapa.
Sedikit garam bagi rasa lemak
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
CARA MEMBUAT:
1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2. Lepas itu bila sudah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3. Ambil botol, sarung dengan plastik supaya mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh. Guna botol sos tomato pun boleh. Boleh juga guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional bukan?
4. Sudah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Nak bentuk lebih cantik, guna acuan kuih pun boleh.
5. Boleh juga alas talam atau loyang dengan daun pisang. Selepas itu tuang sahaja dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Apabila sudah sejuk barulah potong. Rupanya cantik bila dipotong ikut persegi!
Pasangan menu Punten ini tentulah sambal bilis.
BAHAN-BAHAN:
Sengenggam cili api
7-8 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih/
2 genggam ikan bilis. Segenggam dikisar. Selebihnya nanti tabur dalam sambal masa dimasak nanti.
Sedikit belacan jika suka /
Garam dan gula secukup rasa
1-2 asam keping/
Masak semua bahan di atas. Bila sudah masak, sambal bilis bolehlah digandingkan dengan Punten tadi.
Sumber: Shanaszy Aisy via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Asam Pedas Ikan Kerisi, Menu Kampung Yang Buat Kita Makan Bertambah-tambah
Asam pedas ikan kerisi memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan masin, sambal mangga dan ulam-ulaman. Memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh juga menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin.
Jika nak guna ikan kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.