Peria goreng antara menu yang sering menjadi pilihan setiap kali makan nasi kandar di restoran mamak. Ibarat kata, tak lengkap tanpanya. Nikmati pula bersama nasi dan kari, memang enak tak terkata.
Perasan atau tidak, peria goreng di restoran mamak sangatlah crispy. Rupanya mudah je nak masak peria goreng crispy ini. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Paling best, peria ini kekal rangup sampai ke malam.
Peria Goreng Crispy Rangup Macam Dekat Kedai Mamak
Resipi peria goreng crispy
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit
1½ sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1½ sudu makan jintan manis
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
Begini Cara Buat
Cara memasak:
1. Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2. Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
Ads
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
Ads
5. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
6. Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
Ads
8. Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peria yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
Tak susah pun buat kek span tinggi tetapi kalau anda jenis suka derhaka pada resepi pasti hasilnya kelaut dan mungkin boleh jatuh walau dah biasa buat kek!
Sebab itulah kalau nak hasilkan kek span tinggi, anda kena ikut petua. Untuk tahu apa rahsianya, jom godek tip yang dikongsikan oleh wanita yang selalu buat kek, Puan Norrihan Ars…
Mula-mula Bismillah Kemudian:
1. Panaskan oven lama skit sebelum masak bancuhan.. supaya suhu oven panasnya sudah mesra elok.. takde masalah kiri panas kanan kurang dan sebagainya.
2. Pukul hingga kental.. lama tak apa tapi once dah masuk minyak kaup balik sekejap je.. cuba sekatakan dengan kaup balik 2-3x sahaja.. tapi jika tak sekata tak apa, biar saja.
3. Guna ovallate. Jangan tanya kalau tak nak guna boleh tukar dengan apa.. i is tak tahu.
4. Ovallate cari yang colour dia bersinar-sinar jangan yang kusam.. yang kusam tu buat kek tak mahu jadi.. sebab lama.
5. Ikut resepi betul-betul, jangan derhaka!
6. Sapu butter atau shortening pada loyang tepi dan bawah atau spray.. bawah lapik kertas.. tepi tak payah lapik, baru dia keluar mulus tak ada bersepai tepi-tepi. Ramai tak sapu.. sebab itu bila keluarkan dari loyang tepi-tepi tak licin jadi bersepai-sepai. Nak deko pun kena crumb coat dulu dah jadi lambat.. ni tak payah.
7. Lepas masak jangan biar sejuk dalam loyang.. kalau tak ianya akan mengecut.. lepas keluarkan dari loyang terus transfer atas jaring lepas tu terus letak atas cake board.. tak perlu tunggu sejuk.. kek akan jadi lebih moist sebab stim yang terhasil akan terperngkap dalam kek… beza klu kita sejukkn 100% atas jaring.
Ini cara yang kak Ann buat.. lain orang lain cara terpulang pada masing-masing. Moga bermanafaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bawang kisar atau bawang mesin biasanya tidak tahan lama. Lebih buruk lagi apabila bawang yang dikisar bertukar menjadi warna ungu. Mak-mak buat bawang mesin untuk memudahkan kerja memasak di dapur, tetapi lain pula jadinya.
Bawang kisar merupakan bahan dapur yang memudahkan kerja-kerja memasak. Nak buat kuah, tumis, atau masak apa-apa pun, bawang kisar ini adalah penyelamat. Senang nak dapatkan aroma dan rasa yang sedap. Sebab itulah stok bawang kisar mesti selalu ada di dapur.
Jom kita ikuti tip seperti yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin ini. Menurutnya, bawang mesin yang dibuat mengikut tip ini boleh bertahan sehingga 1-2 bulan dan boleh juga diletakkan dalam freezer untuk lebih lama tahan.
Oh ya, ibu-ibu jangan risau. Bawang mesin ini warna dia tetap bersinar-sinar.
Ini Tip Yang Boleh Dipraktikkan
Bahan-bahan:
1. Bawang holland
2. Minyak masak
*selepas kisar, masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
Jangan pakai air biasa, nanti bawang akan bertukar warna dan tidak boleh tahan lama.
Fuh, tengok gambar pun boleh tahu sambal bawang ini sedap! Nak-nak pula makan dengan sayur ulam hijau-hijau, tetapi yang luar biasanya sambal ini digoreng.
Haaa… jom godek resepi yang dikongsi Cik Pooja ini sekejap. Apa yang penting sediakan bahan-bahan dan ikut pantang larangnya.
Ini bahan-bahan:
Sukatan ikut suka
Tapi ini sukatan cikpooja
3 labu bawang besar (kalau yang kecil letak lah dalam 5 labu dipotong-potong kasar)
5 biji cili besar @2 biji tomato (Potong-potong)
Segenggam cili kampung (yang hijau tu)
1/2 genggam cabai Vietnam (yang merah nyala tu, aroma dia sedap cabai ni)
Belacan seketui (besar duit 5 kupang)
Syarat Buat Sambal Bawang
Semua bahan dibasuh bersih dan digoreng
Goreng dengan 1 cawan minyak masak (minyak lebih pun tak apa)
Goreng smpai bahan-bahan tadi lebam
Belacan bakar atas api
Dah siap goreng, masukkan semua dalam blander termasuk minyak gorengan tadi.
+ 1sb garam
+ 1sk ajinomoto (kalau tak suka boleh gantikan dengan gula)
Perhatian, nak kisar pun ada caranya.
Blande *Zrek zrekkk zrekkk 2,3 kali je.
Kira kita blande dia tak jadi haluih sangat.
Selepas dikisar, tuang dalam kuali. Masak sekejap kacau-kacau dalam 3-4 minit (tak payah tambah apa dah)
InsyaAllah, seminggu tak simpan dalam peti ais pun tak basi.
Tapi kalau nak elok, simpan dalam peti ais la. Nak makan nanti keluarkan, biarkan sekejap dalam suhu bilik. Lepas tu dah boleh cedok makan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...