Naluri isteri tidak pernah salah, sememangnya luluh hati apabila suami yang disayangi curang. Bukan sekali namun berulang kali.
Sebelum ini pelawak, pelakon dan kini bergelar penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Fara Salleh. Namun semuanya reda apabila Shuk akui kesilapan tersebut.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram milik isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah mendedahkan tentang kecurangan suaminya dengan wanita yang sama.
Pendedahan tersebut ternyata menggemparkan dan wanita yang mempunyai dua cahaya mata ini juga memberitahu Shuk tidak mahu keluar dari rumah wanita tersebut walaupun sudah dirayu. Rossalennah juga mendapat tahu bahawa Shuk masih lagi berhubung dengan Fara dan suaminya itu tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah wanita berkenaan.
Naluri Isteri Tak Pernah Salah, Allah Tunjukkan Semua
“Allah tu maha adil.. naluri isteri tak pernah salah.. Allah dah tunjuk semua selama ini tapi aku diam. Seraa ada saksi pergi sini dengan PA Shuk. Dia Call Faara. Suruh Shuk keluar.. Shuk bercakap melalui telefon Fara kata tak nak keluar. Selagi aku ada, apa jadi dia tak keluar. Bayangkan la apa perasaan aku. Aku tak pernah sesedih ini sesakit ini. Aku dah cukup pendam macam. Allahukabar, bila Allah menghendaki akan sesuatu tiada siapa dapat halang.
“Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan dengan kau Farah. Kau usir aku. Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku kamu buat mcm ni. Aku ada anak-anak aku perlu jaga.. kau canang aku sana sini. Kau persendakan aku dan kau @shuk_hotfm kau setiap hari balik menipu dengan aku. Kau buat aku dengan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami. Sayang kami. Tapi apa yang kau buat malam ni. Apa yang kau buat selama ni. Aku sayang kau dengan anak-anak aku tak sanggup berpisah. Tapi kau hancurln aku hari demi hari. Kau tipu aku, aku dah puas sangat menangis. Kaki kau pun aku dah cium @shuk_hotfm minta ampun supaya kau balik la dengan aku dan anak-anak. Esok-esoknya kau buat lagi.. kau buat lagi. Dah tak ada rasa bersalah pun dalam diri,” tulis Rossalennah.
Ads
“Selama Ini Aku Hanya Diam, Sabar”
Kongsinya lagi menerusi entri di Instagram;
“Selama ini aku diam, sabar, kena maki walaupun bersabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami. Tapi semakin lama diam mereka semakin menyakiti aku sampai saat ni. Yang satu sibuk mengejar yang bujang. Yang bujang ni tak sedar diri asyik-asyik nak buktikan pada smua orang yang dia tak besalah dan tak mengganggu rumah tangga orang. Sama ja. Dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak aku macam ni. Aku di cakap mata duitan bertahan sebab nak hidup mewah. Kenapa sampai macam tu anggapan kau. Kau perempuan aku pun perempuan. Aku bertahan demi anak-anak aku.”
“Dan kau @shuk_hotfm terima kasih dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ni. Menutup segala celah yang buruk demi masa depan anak-anak. tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Kau biarkan aku kena maki hamun dengan betina ni slama ni..
“Aku suruh kau keluar, kau tak keluar.. kau tak balik duduk rumah betina ni. Aku di halau mcm orang tak ada maruah dan harga diri. Suami aku ada dalam rumah ni. Aku dah suruh buka untuk cek tapi aku d halau. Kasut Shuk pergi kerja pagi tadi. Malam ni perjalanan ku jauh sangat. Orang tidur tapi aku berkeliaran cari laku aku di mana. Jangan cakap aku buka aib lagi. Sebab bila aku simpan mereka makin selesa sangat tengok aku macam orang bodoh,” luah isteri Shuk.
Sempena musim durian ni, macam-macam resipi yang mak-mak boleh cuba buat sendiri dirumah. Baik bubur, pengat, kuih muih, serawa dan sebagainya. Tapi untuk kelainan, sebenarnya mak-mak pun boleh buat aiskrim yang lemak berkrim dengan buah durian ini. Mudah je cara nak buatnya, bahan-bahan pun tak banyak dan boleh dapat dalam sebekas 1.5 liter. Pastinya lebih menjimatkan, anak-anak pun mesti suka!
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Syu Islamiah untuk buat sendiri Ais Krim Durian Homemade ini;
“Bila dah banyak sangat durian, tempoyak dah buat, kuih-kuih pun dah buat so kita buat ice cream durian pulak la sebab kalau nak beli 1 scoop pun dah rm8 harganya. Ni dah kali kedua saya buat dan rasanya memang yummy lemak berkrim. Senang je caranya, pakai blender je pun boleh.”
Bahan-Bahan:
1 cawan isi durian ( nak letak lebih pun lagi sedap)
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Blend semuanya hingga hancur dan sebati dalam 2 hingga 3 minit.
2.Selepas tu, masukkan dalam mixer selama 5 minit untuk kembangkan bagi bertambah isinya dan gebu.
3.Masukkan dalam bekas ais krim 1.5L, dalam sejukkan dalam peti beku.
Gara-Gara meninggalkan anak-anak didalam kereta dengan keadaan enjin masih dihidupkan dan pintu tidak berkunci, seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua anaknya dilarikan ketika berada dalam kereta diparkirnya di hadapan kedai serbaneka di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, baru-baru ini.
Dalam kejadian 7.45 pagi itu, dua beradik itu ditinggalkan oleh wanita berkenaan dalam kereta dengan keadaan enjin hidup dan pintu tidak berkunci.Namun wanita ini dianggap masih bernasib baik kerana anak-anaknya dapat ditemui semula serta berada dalam keadaan selamat.
Dijumpai Ditinggalkan 600 Meter
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, bagaimanapun, kenderaan dilarikan itu dijumpai semula selepas ditinggalkan 600 meter dari tempat ia dilarikan.
“Kira-kira 20 minit selepas kereta itu dibawa lari, ia ditemui semula dengan dua kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia lima dan enam tahun berada dalam kenderaan dalam keadaan selamat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 363/379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak–Kanak 2001,” katanya.
Jokhiri berkata, pihaknya sedang giat mengesan serta mengenal pasti suspek dalam kes berkenaan dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan anak dalam kenderaan dengan enjin masih hidup dan kunci ditinggal dalam kenderaan.
“Kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke balai polis berhampiran.
“Selain itu, saksi boleh menghubungi hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui hotline Polis Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya.
Buat mak-mak semua, mohon jadikan kisah ini satu pengajaran. Walau macam mana nak cepat sekalipun untuk buat apa-apa urusan, tolong jangan sesekali tinggalkan anak-anak dalam kereta, baik kereta yang telah dimatikan enjin apatah lagi dengan keadaan enjin yang masih hidup iya. Situasi ini cukup membahayakan anak-anak. Mohon lebih prihatin dengan keselamatan mereka. Anak-anak adalah harta tak ternilai, harta hilang boleh dicari anak-anak hilang tak dapat diganti!.
Mahkamah tolak rayuan Ali, Hidayah terima dengan terbuka. Ibu tunggal yang juga balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali dengan Hidayah menerima dengan terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuan adik iparnya, Ali Puteh.
Rayuan itu dibuat Ali dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.
Mahkamah Tolak Rayuan Ali, Hidayah Terima Dengan Terbuka
Hidayah seperti yang dilaporkan Harian Metro menegaskan dirinya sebolehnya enggan mengulas panjang lagi perkara itu.
“Selepas dimaklumkan perkara ini oleh peguam, saya terima dengan terbuka. Kalau boleh saya tak nak ulas panjang lagi.
“Biarpun rayuan pihak sana ditolak mahkamah, saya tak anggap ia sesuatu yang perlu dibanggakan.
“Apapun, saya tetap nak mengucapkan terima kasih kepada semua (pihak) yang sentiasa mendoakan saya dan anak,” luahnya.
Saman Berhubung Temu Bual Menerusi Youtube Aliff Syukri
Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu,
Ahmad Shahrir turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah.
Saman itu berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube Aliff Syukri.
Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....