’14 Tahun Tak Berdiri, Sekarang Baru Berdiri..’ Edika Yusof Mohon Doakan Isteri

Pelakon yang masih tampan lagi setia, Edika Yusof, 52 tidak sesekali meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya. Biarpun rumah tangganya diuji selepas dua tahun hidup berdua dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 42.

Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan. Selepas tempoh itu, suami ini setia menjaga isteri yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke sana-ke mari.

Diasak persoalan berkahwin lain, tidak sesekali ada dalam agenda hidupnya sepanjang menjaga isteri yang sakit. Setianya hanya untuk isteri tercinta. Dan selama tempoh itulah isterinya tidak lagi mampu berdiri.

’14 Tahun Tak Berdiri, Sekarang Baru Berdiri..’ Edika Yusof Mohon Doakan Isteri

Isteri Edika Berdiri Dengan Bantuan ’Tilt Table’

Terkini di instagram miliknya, Edika berkongsi berita gembira sewaktu isteri menjalani rawatan fisioterapi berkaitan keadaan dirinya. Dalam video instagram yang dikongsikan itu, isterinya dapat berdiri dengan sokongan daripada alat khas yang dipanggil ’tilt table’.

Dengan menggunakan ‘tilt table’, Hidayah dapat berdiri untuk 30 minit. Tentunya ini perkembangan yang baik untuk Edika malah isterinya.

Dalam pada itu, Edika memohon daripada para followernya agar mendoakan perkembagan baik untuk pemulihan isterinya.

IKLAN

Catat Edika,

“Rehab Day. 14 tahun tak berdiri, berdiri guna tilt table.
Dapat merasa 30 minit berdiri. Alhamdulillah.
Kita tak pernah putus semangat.
“Berserah tapi jangan menyerah.”

Katanya lagi, “bawa wife pergi treatment.. mudah-mudahan doakan. Dah lama tak berdiri sekarang baru berdiri.. insyaAllah.”

’14 Tahun Tak Berdiri, Sekarang Baru Berdiri..’ Edika Yusof Mohon Doakan Isteri

Edika Yusof Setia, Bagaikan Doktor Di Hati Isteri

Kata Hidayah menerusi Harian Metro, “Suami sudah seperti doktor saya. Dia akan memastikan saya mengambil semua ubat mengikut masa ditetapkan dan sentiasa menyediakan apa yang patut sebelum dia keluar bekerja.”

IKLAN

Syukur anak-anak pun dah besar sekarang dan jika suami tiada di rumah, merekalah yang akan tengok-tengokkan saya.” Anak-anak inilah yang bergilir menjaga ibunya mengikut kelapangan waktu mereka.

 

 

IKLAN

Istimewanya pasangan ini, biar pun rumah tangganya diuji dengan ujian isteri sakit, Edika Yusuf tetap setia. Malah menolah berkahwin lain. Tetap setia menjaga isteri dalam apa juga keadaan. Susah payah bersama isteri tanpa merungut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga paa 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, 20, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15.

Baca sini : Saya setia kerana tanggungjawab – Edika Yusof

MW : Mendoakan semoga Nor Hidayah dapat berdiri semula dan dipermudahkan urusan ibu dan isteri ini untuk kegembiraan ahli keluarganya yang setia menanti keajaiban dari Ilahi.

Sumber/Foto : Edika Yusof, Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI