Setiap mak ayah pastinya berusaha sehabis baik untuk menjaga anak-anak terutama dari segi keselamatan dan kesihatan mereka. Namun walau macam mana dipantau pun anak-anak ini, jika ditakdirkan ia berlaku, ia tetap terjadi.

Siapa sangka gejala batuk tak berkesudahan, bunyi nafas kasar merupakan kesan akibat anak tertelan duit syiling! Perkara yang cukup membimbangkan ramai mak ayah.

Namun perkara telah terjadi, tak perlu dipersalahkan dan mengecam mak ayah ini cuai. Sesuatu yang kita boleh pelajari daripada perkongsian Arifful Baqi ini.

Berikut catatan yang dikongsikan;

Ceritanya bermula, apabila pada suatu hari. Tiba-tiba saja Aidan demam-sihat-demam-sihat. Batuk-batuk dan bunyi nafas yang deras kerana kahak yang berkumpul di dadanya.

Jadi kami, pergi berjumpa doktor-doktor di merata klinik. Dari klinik yang murah, sehinggalah kepada klinik yang termahal kami pergi. Semua doktor sepakat mengatakan kahak di dadanya banyak.. Ada yang buat ujian darah, beritahu jangkiman kuman. Masa tu mujur bukan terkena Influenza A.. Ada juga yang siap proses sedut kahak dengan memasukkan tiub yang panjang ke dalam hidung. Berikan nab untuk mencairkan kahak.
Habiskan semua ubat yang doktor berikan.

Tapi anehnya, bunyi nafasnya masih lagi kasar dengan kahak. Batuknya pun tak berkurang. Mujur saja antibiotik mengurangkan demam yang boleh muncul tiba-tiba itu.

Pemeriksaan Hospital Kerajaan

Sehinggalah kami buat keputusan, ahh, periksa saja di hospital kerajaan.

Proses menunggu memang agak lama. Tetapi doktor yang baik hati tetap menulis surat agar Aidan diberikan emergency x-ray untuk melihat sekiranya terdapat jangkitan kuman di paru-paru walaupun masa itu sudah menghampiri jam 6.

Duit Syiling Dalam Badan

Ahh, terbeliak biji mata kami sebaik melihat result x-ray Aidan. Siapa yang sangka, selama dua minggu nafas Aidan begitu kasar itu. Disebabkan oleh benda asing yang berada di dalam badannya.Ya, itulah duit syiling ya kawan-kawan.

IKLAN

“Fasa Budak Menjadi ‘Vacuum’, Maafkan Kami Menjadi Ibu Bapa Yang Cuai”

Bagusnya, Aidan tetap aktif seperti biasa. Rajin tersenyum. Selera makan dan minumnya tidak berkurang pun.

Akhirnya pada hari yang sama, Aidan dirujuk ke HTAR. Prosesnya di sini sedikit memakan banyak masa. Kami menanti sehingga jam 1 pagi baru boleh masuk ke dalam wad yang disediakan untuk Aidan.Saya yang tintong juga mampu berehat selepas jam 2 pagi itupun beralaskan lantai yang sejuk menggigil di dalam surau kecil.

Pagi esoknya, sekitar jam 10 pagi. Aidan dibawa masuk ke Dewan Bedah untuk mengeluarkan syiling itu.Proses berlangsung lebih kurang 40 minit. Tapi tak adalah badan Aidan dibelah. Hanya doktor memasukkan sejenis alat melalui mulut dan menyepit keluar benda itu daripada badan Aidan.

Alhamdulillah, akhirnya, DUA keping syiling 10 sen berjaya disingkirkan.

IKLAN

“Fasa Budak Menjadi ‘Vacuum’, Maafkan Kami Menjadi Ibu Bapa Yang Cuai”

Aduh la anak. Kecil-kecil sudah pandai menabung. Tapi menabung dalam badan!

Pengajaran Besar

Bukan seorang dua yang kata, kenapa tak jaga anak betul-betul? Kenapa sepahkan duit merata-rata?

Anda fikir kami suka nak bagi anak kami makan duit? Tapi benda dah berlaku, tanpa pengetahuan kami pun pada awalnya.

Tetap menjadi pengajaran yang besar kepada kami. Ya ALLAH. Inilah fasa budak menjadi vacuum oii.. mampu bersabar ajelah.

IKLAN

Benda yang aku sedih juga bila terpaksa tinggalkan Amin begitu lama. Allahuakhbar, berat rasanya. Dah la Amin tak boleh berpisah dengan ayah. Huhu..

Pun begitu, tetap berlaku jangkitan kuman yang kuat pada badan Aidan. Doakanlah agar Aidan cepat sembuh dan boleh pulang awal ke rumah .

“Fasa Budak Menjadi ‘Vacuum’, Maafkan Kami Menjadi Ibu Bapa Yang Cuai”

Terima kasih barisan staf, nurse, doktor, guard yang baik hati meringankan beban kami sepanjang berada di hospital. Mereka semua memang baik sangat.

Jadi ibu bapa, sama-samalah kita ambil pengajaran ya.Maafkan kami kerana menjadi ibu bapa yang cuai. insyaAllah tak akan berulang lagi selepas lagi..

Kes paling dahsyat, budak katil sebelah. Telan bateri sampai bateri terbakar dalam perut!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan pengajaran buat mak ayah yang lain, agar lebih peka perhatikan perubahan pada kesihatan anak. Namun demikian, usah mudah menuduh dan memberi kecaman, tiada mak ayah yang nak anak sakit menderita.

Sumber: Arifful Baqi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI