
Musim penyakit Inluenza ini sedikit membimbangkan mak ayah, terutama yang ada anak kecil, yang sakit, daya tahan penyakit lemah, orang tua malah ibu yang mengandung sekalipun.
Sehingga hari ini saja beberapa anak kecil sudah dijemput Ilahi, selepas beberapa hari diserang virus demam Influenza. Malah, bekalan vaksin influenza juga semakin terhad. Di Selangor saja jumlah pesakit yang dijangkiti Influenza semakin meningkat.
Jadinya mak ayah, selain ikhtiar jaga kesihatan diri, jaga kebersihan, ambil suntikan vaksin Influenza, sebaiknya mohonlah juga perlindungan daripadaNya.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Ustaz Farid Rashidi ini, ada doa yang boleh mak ayah baca malah hafaz untuk memohon padaNya agar dihindari dari bencana sebegini.
Doa Hindari Bencana, Wabak Influenza
Kata Ustaz, “Sekarang ni kan musim wabak Influenza. Bagi yang ada anak-anak, sudah tentu ibu bapa pakat risau.
Bukan saja wabak penyakit, juga memohon dihindarkan bala bencana lainnya juga.
Apa kata, mari kita sama-sama amalkan doa ini. Yang dah hafaz Alhamdulillah. Yang nak hafaz, silakan.”

.
Begini bunyi doanya:
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadha’. Wa shamaatatil a’da’.
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari bala atau bencana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”
[Sahih Bukhari]

Marilah berkongsi doa yang baik ini. Diizin share ya.
MW : Pendek saja doanya, semoga cepat lekat di hati mak ayah.
Artikel berkaitan : Air hidung keluar ‘non stop’, rupanya positif influenza, terus kena kuarantin
Sumber/Foto : Farid Rashidi, #UFR
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Bacaan Yasin Bukan Saja Penawar, Buat ‘Pagar Rumah’ Pun Berkesan

Isi Kandungan
ToggleAda mak-mak yang buat air bacaan Yasin untuk anak-anak. Biasanya selepas solat itulah mak-mak akan bacakan surah Yasin dekat dengan bekas air yang nak dijadikan air bacaan Yasin.
Perkongsian Maryam Salleh akan manfaat air bacaan Yasin ini bagus untuk dihadam. Sebagai petua, air ini bukan saja bermanfaat sebagai penawat atau untuk penerang hati, tapi juga boleh digunakan untuk memagar rumah.
Manfaat Air Bacaan Yasin, Molekul Airnya Lebih Tersusun Sempurna
Boleh ke minum air bacaan Yasin?
Menurut ulamak boleh di minum. Nak tau tak, molekul-molekul air boleh berubah mengikut getaran suara.Terdapat perbezaaan antara air dan mineral biasa diminum dengan air mineral yang dibaca Surah Yasin padanya.
Molekul-molekul air berubah dari keadaan asal kepada bentuk lain yang lebih menarik dan juga terdapat bentuk yang hodoh. Bukti-bukti terkumpul melalui kajian yang dilakukan untuk membuktikan kebenaran kata-kata air yang dibaca Surah Yasin lebih banyak memberi manfaat daripada air tanpa ayat suci Al-Qur’an.
Banyak kegunaan air bacaan Yasin ni, biasanya diberikan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Kenapa? Hal ini disebabkan air tersebut dapat menjadi penawar.
Apabila air yang dibacakan ayat-ayat dari surah Yasin, molekul yang terbentuk adalah tersusun sempurna. Molekul air ini akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanan pada air di otak dan pembuluh darah.
Air ini akan memperbetulkan fungsi-fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa. Hasilnya, dengan izin Allah, air akan bertindak menurut pesanan yang diniatkan dan dilaksanakan tanpa kita sedari.
Ayat-ayat suci dari surah Yasin mempunyai manfaat yang lebih berbanding air yang biasa saja. Molekul air yang bersinar dengan bacaan Yasin dapat menyembuhkan penyakit, menerangkan hati dan jiwa dan sebagai penawar mengelakkan gangguan makhluk halus.

Cara Pagar Rumah Guna Air Bacaan Yasin
Air bacaan Yasin juga boleh digunakan untuk memagar rumah. Cara memagari guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru ialah :
1. Ambil penyembur baju.
2. Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.
3. Masukkan air Yaasiin.
4. Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.
5. Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.
6. Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.
7. Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.
Sila Betulkan Niat Ketika Minum Air Bacaan Yasin
Amalan kita membaca Yasin yang diiringi doa kepada air biasa dapat mengubah molekul air menjadi lebih cantik sekaligus dapat menyembuhkan penyakit dari segi fizikal dan rohani.
Sekadar minum air bacaan Yaasin semata-mata tidak dapat membantu manusia ke arah kebaikan, tetapi ia perlu diselarikan dengan niat yang ikhlas, baik dan tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain.
Tidak lupa juga supaya sentiasa bertawakal kepada Allah kerana hanya dengan izin-Nya , semua usaha yang diikhtiarkan mendatangkan hasil yang sempurna. Insya’Allah.
Sumber/Foto : Maryam Salleh
.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cabaran Dalam Perkahwinan, Bila Pasangan Tak Sekufu Dalam Banyak Perkara

Isi Kandungan
ToggleCabaran dalam perkahwinan, bila pasangan tak sekufu dalam banyak perkara.Perkahwinan adalah ikatan suci yang dibina atas dasar kasih sayang, kepercayaan, dan komitmen. Namun, apa yang terjadi apabila pasangan tidak sekufu dalam pelbagai perkara seperti latar belakang, pendidikan, status sosial, atau pandangan hidup? Ketidaksefahaman ini sering menjadi punca cabaran yang besar dalam kehidupan rumah tangga.
Cabaran Dalam Perkahwinan
Apa Itu Sekufu dalam perkahwinan?
Sekufu dalam perkahwinan melibatkan persamaan atau keserasian dalam perkara berikut:
- Agama dan keimanan: Pasangan yang sekufu dari segi agama lebih mudah membentuk asas rumah tangga yang kukuh.
- Status sosial dan ekonomi: Perbezaan besar dalam status ini kadangkala menimbulkan rasa rendah diri atau tekanan.
- Tahap pendidikan: Keserasian tahap pendidikan memudahkan komunikasi dan persefahaman.
- Budaya dan adat: Perbezaan budaya kadangkala menjadi cabaran besar, terutama dalam soal adat perkahwinan dan kehidupan harian.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tanda Suami Mula Curang, Belajar Bahasa Halus Pengkhianatan Dalam Rumahtangga
Jodoh Perlu Sekufu Tak Semestinya Dari Segi Harta, Kedudukan! Yang Penting 3 Kunci Ini
Sekufu Dalam Perkahwinan, Walaupun Bukan Rukun Perkahwinan Tapi Disarankan Ulama
Bila Pasangan Tak Sekufu Dalam Banyak Perkara
Cabaran Utama Pasangan Tak Sekufu
1. Perbezaan Nilai Hidup
Pasangan mungkin mempunyai pandangan berbeza tentang perkara asas seperti kewangan, pendidikan anak, atau cara mengurus rumah tangga. Contohnya, seorang pasangan mungkin mementingkan kerjaya manakala seorang lagi lebih menekankan kehidupan berkeluarga.
2. Tekanan Daripada Keluarga
Ketidaksefahaman sering diperburuk oleh tekanan daripada keluarga yang mungkin tidak menerima pasangan kerana dianggap “tidak sesuai.” Hal ini boleh membawa kepada konflik antara suami isteri.
3. Komunikasi Tidak Efektif
Perbezaan latar belakang atau tahap pendidikan boleh menyebabkan pasangan sukar untuk memahami perspektif masing-masing, sekaligus melemahkan komunikasi.
4. Kurangnya Rasa Empati
Apabila pasangan gagal memahami atau menghargai perbezaan satu sama lain, ia boleh menyebabkan salah faham dan ketegangan emosi.
5. Cabaran Dalam Membesarkan Anak
Pasangan yang tidak sekufu sering menghadapi kesukaran untuk mencapai kata sepakat dalam hal mendidik anak, seperti pemilihan sekolah, disiplin, atau nilai agama.
Cara Mengatasi Cabaran Perkahwinan Tak Sekufu
1. Fokus kepada Persamaan
Daripada terlalu memikirkan perbezaan, carilah persamaan yang boleh menyatukan anda berdua. Contohnya, minat yang sama terhadap hobi tertentu atau matlamat jangka panjang seperti membina rumah tangga yang bahagia.
2. Tingkatkan Toleransi
Setiap pasangan perlu memahami bahawa tiada siapa yang sempurna. Terimalah pasangan seadanya, dan hargai usaha mereka untuk menyesuaikan diri.
3. Amalkan Komunikasi Terbuka
Komunikasi yang baik adalah asas perkahwinan. Jangan takut untuk berbincang tentang isu-isu yang mengganggu, tetapi lakukan dengan penuh hormat dan kasih sayang.

4. Dapatkan Panduan Agama
Dalam Islam, perkahwinan adalah ibadah. Rujuk panduan agama untuk menyelesaikan konflik, seperti menghadiri kelas bimbingan rumah tangga atau mendapatkan nasihat daripada ustaz dan ulama.
5. Terima Perbezaan Sebagai Kelebihan
Setiap perbezaan sebenarnya boleh menjadi pelengkap. Contohnya, jika seorang pasangan lebih bijak dalam pengurusan kewangan, biarkan dia memainkan peranan tersebut untuk kebaikan bersama.
6. Bina Empati dan Rasa Hormat
Cuba memahami sudut pandang pasangan. Hargai usaha mereka untuk menyesuaikan diri dan tunjukkan rasa hormat kepada kepercayaan atau adat mereka.
7. Rujuk Kaunselor Perkahwinan
Jika konflik tidak dapat diselesaikan, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada kaunselor perkahwinan. Pihak ketiga yang neutral boleh membantu mencari jalan tengah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Beri Kejutan Istimewa Di Lapangan Terbang, Bawa Sheila Majid Bercuti Ke Destinasi Impian! Bertuahnya!

Sebenarnya, macam-macam cara para suami boleh lakukan untuk membahagiakan hati seorang, lebih-lebih lagi pada hari yang istimewa seperti Hari Lahir mahupun pada Ulangtahun Perkahwinan. Pastinya detik ini dirasai dengan lebih bermakna. Jika mempunyai bajet yang lebih sikit, tidak salah para suami beri kejutan, hadiahkan isteri ke destinasi percutian idaman yang diimpikan selama ini.
Baru-baru ini,Datuk Hashridz Murshim,47 atau Acis yang merupakan suami kepada Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid,53 ada membuat kejutan pada isterinya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 iaitu percutian ke destinasi impian penyanyi ini.
Lebih istimewa, bekas pemain keyboard untuk kumpulan Gersang ini hanya memberitahu isterinya lokasi percutian yang dipilih hanya ketika mereka telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beruntungnya!
Berikut perkongsian yang dimuat naik didalam instagram komposer terkenal ini.
“Saya memberitahu isteri saya akan membawanya ke suatu tempat untuk beberapa malam dan beliau hanya tahu destinasi tersebut ketika kami mahu berlepas. Saya beritahu padanya, keperluan yang perlu dibawanya adalah topi. Selamat Ulang tahun ke 15, sayang”
Acis juga ada memuat naik video Shiela mendapat buku Alhambra, serta berkongsi gambar-gambar menarik ketika mereka berada di lokasi bersejarah, Granada, Andalusia, Sepanyol.
A post shared by hashridz (@hashridz) on

Ramai yang berkongsi kegembiraan, mengucapkan tahniah dan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan ini, tidak kurang ada yang menganggap kejutan yang dilakukan Acis sangat romantik.
Terdahulu, pasangan in mendirikan rumahtangga pada 3 Jun 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Sumber: IG @hashridz, missmajid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI