Walau Dan Lama Berkahwin, Suami-Isteri Tetap Perlu Semarakkan Cinta

Walau sudah lama berkahwin, suami isteri tetap perlu semarakkan cinta. Dr. Norsimah Binti Dasan (KB.PA), Pensyarah Kanan, Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah mengesyorkan agar suami isteri perlu kembali segar, panas dan semarakkan cinta serta hubungan rumahtangga setelah sekian lama berkahwin.

Walau Sudah Lama Berkahwin, Suami Isteri Tetap Perlu Semarakkan Cinta

“Malah, sebenarnya suami isteri perlu sentiasa mengambil inisiatif mewujudkan suasana mesra dan hubungan yang romantis pada sepanjang tempoh masa perkahwinan. 

“Adalah dicadangkan agar suami isteri tidak meletakkan jumlah tahun sebagai  indikator untuk memanaskan semula hubungan yang dingin tetapi meletakkan peluang hidup yang diberikan oleh Allah SWT setiap kali memulakan hari agar semak dan perbaiki hubungan suami isteri.

“Adalah normal dua tahun dalam tempoh  perkahwinan selalunya dirasai oleh pasangan yang berkahwin sebagai tempoh bulan madu. 

“Di ketika ini suami dan isteri rela mengenepikan kekurangan pasangan masing-masing agar bahagia yang dinikmati tidak terjejas.

 “Hubungan suami isteri yang romantis,  bicara yang mendamaikan, layanan mesra adalah di antara variasi bahagia sepanjang tempoh bulan madu dijalani.

IKLAN

“ Namun sesuai dengan peredaran masa, komitmen keluarga bertambah, faktor biologi dan fisiologi semakin menurun tentunya memberi kesan kepada hubungan suami isteri dalam rumahtangga. 

“Cabaran tiba, tekanan meningkat , emosi bercelaru adalah variasi rumah tangga apabila sudah lama berkahwin.  Hampir semua pasangan hidup akan menghadapi ujian ini.

“ Walau bagaimanapun ujian ini dianugerahkan Allah adalah untuk meningkatkan kesepakatan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga, sebagaimana firman Allah SWT:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Ar-Rum, ayat 21)

IKLAN

Cara Eratkan Hubungan Suami Isteri

Walau Sudah Lama Berkahwin, Suami Isteri Tetap Perlu Semarakkan Cinta
Dr. Norsimah Binti Dasan (KB.PA), Pensyarah Kanan, Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Amalan Orang Lama Eratkan Hubungan Suami Isteri, Perkahwinan Berkekalan Hingga Hujung Usia

Sedekad Usia Perkahwinan Fedtri Yahya, “Hanya Allah Dapat Membalas Sebaik-Baik Ganjaran”

Suami Perlu Pakai Bantuan Oksigen, “Doakan Kesihatan Agar Suami Kuat Melawan Virus Covid-19” Eina Azman

Dr. Norsimah menjelaskan terdapat tiga elemen yang boleh dilakukan untuk mengeratkan semula hubungan suami isteri setelah lama berkahwin.

IKLAN
1-Kognitif

a-Yakin pada Allah, pasangan kita adalah jodoh terbaik untuk kita yang dianugerahkan Allah.

b-Meletakkan satu pemikiran bahawa semua hamba Allah tidak sempurna. Maka pasangan suami isteri bersedia menerima kekurangan masing-masing.

c-Percaya kelebihan pasangan melengkapi kekurangan pasanganya.

d-Membina wawasan untuk memulakan terlebih dahulu hubungan yang segar dan positif dalam perhubungan.

2-Tingkah Laku
a-Taat perintah Allah. Maka suami isteri perlu menghormati di antara satu sama lain.
b-Solat berjemaah dan mendoakan isteri/suami selesai solat dengan suara yang boleh didengari oleh pasangan
c-Menunjukkan rasa kasih sayang di antara pasangan.
d-Memuji kebaikannya
e-Meraikan hari-hari yang signifkan dalam hidupnya- hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, dan sebagainya.
f-tulis surat/ kad cinta.
3-Persekitaran
a-Wujud persekitaran yang romantik di dalam bilik tidur. Pilihan warna, aksesori bilik dan suhu bilik perlu diambil peduli.
b-Hadir diri dalam majlis/program/bengkel yang berkaitan dengan kasih sayang dalam keluarga.
c-Libatkan diri dengan kumpulan sosial /whatsapp group yang positif yang boleh memberi kebaikan kepada hubungan suami isteri.

Berikut adalah tip yang diberikan oleh Dr. Norsimah dalam membahagiakan rumah tangga.

  1. Semak semula layanan diri kepada pasangan pada setiap hari sebelum tidur. Maaf dan memaafkan.
  2. Tundukkan ego. Pasangan tidak perlu bertangguh atau mengambil masa untuk memohon maaf.
  3. Luangkan masa berduaan dengan bercuti
  4. Pastikan isteri mempunyai masa untuk menyediakan makan dan minum suami.
  5. Libatkan pandangan pasangan dalam membuat keputusan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI