Sempat Tatap Dan Cium Mak Buat Kali Terakhir, Sebelum Wajah Mak Ditutup

Kerinduan seorang anak, yang sebenar-benar rindu apabila ibunya telah berada jauh dibatasi bumi. Saat itu, cuma doa yang mampu dikirim agar ibu ditempatkan Allah di taman-taman syurga nan indah. Agar hati terus bertahan meleraikan satu persatu kerinduan yang tidak berpenghujung itu.

Kisah kenangan terakhir, Allahyarham Hajjah Bedah Bt Abdullah, ibu kandung Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang dikongsikan menantu tercinta, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood mengundang air mata tanpa di paksa-paksa.

IKLAN

Seandainya kalian masih punyai ibu dan ayah, janganlah pernah melupakan mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.


Subhanallah..ramai jamaah dah bersedia untuk solatkan jenazah Arwah Mak Ustaz..

Inilah Ciuman Dan Tatapan Terakhir Dari Seorang Anak Soleh

CIUMAN & TATAPAN TERAKHIR dari seorang anak yang soleh buat Arwah Ibu tercinta. Anak Mak yang sangat taat kat Mak. Mak sebut je rindu, Abang Akashah akan terus “terbang” pulang kat Mak. Mak sebut je rindu, Abang & Intan (nama timangan Ustazah) akan terus pulang menemui Mak. Maklah syurga kami.

Hari ni, hari ke-3 Ibu Mertua Ustazah kembali bertemu Allah. Allah sayang Mak & kami semua redha dengan ketentuan dari Nya cuma Ustazah rasa benar-benar kehilangan.
Dan baru ada sedikit kekuatan untuk berkongsi “Kenangan Terakhir” bersama Mak. Mak menghembuskan nafas yang terakhir di sisi Anakanda Tercinta Ustaz Wan Akashah yang amat mengasihi Mak & di sisi anak serta menantu Intan (Afif & Asri) serta yang lain.

Abang Akashah orang yang pertama melompat terus naik ke katil Mak sebaik sahaja sampai 2.30 pagi dari Kajang hingga yang lain terkejut & bertanya bila Akashah sampai. Sebab Mak memang tidur masa tu & tiba-tiba Mak terjaga seolah-olah tahu yang anaknya dah sampai kepangkuannya.

IKLAN

Sebelum Mak tidur, malam tu Mak & seisi keluarga baca Yaasin bersama anak-anak Tahfiz yang hadir memenuhi surau Mak. Mak tak sakit apa-apa cuma tak lalu makan & badan rasa lemah. Rupanya Mak dah nak “pergi”.

Allah Maha Hebat berikan masa selama setengah jam untuk Ustaz bersama dengan Ibu Tercinta di saat-saat akhir. Allahu Akbar.

Selamat Berpisah Mak, Kami Tinggalkan Mak Di Sisi Allah

Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan pulang Mak. Ramai yang dah menanti jenazah Mak sampai di Masjid untuk solatkan. Alhamdulillah anak-anak perempuan Mak mandikan jenazah Mak & sama-sama kafankan dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah Ustaz Wan Akashah menjadi Imam solat jenazah arwah Ibu Tercinta & membacakan talqin buat arwah Mak.

Sebak & sayu rasanya bila melihat suami tercinta membacakan talqin buat Ibu Tersayang dengan deraian airmata dalam nada penuh sebak hingga suara tersekat-sekat menahan kesedihan.

Sepanjang talqin dibacakan semua turut merasa sedih & menitiskan airmata. Bila ucapan “Selamat Berpisah Mak. Selamat Tinggal Mak. Kami tinggalkan Mak di sisi Allah” Allahu.. tak dapat lagi nak tahan sebak di dada.

Ustazah menangis sambil memeluk & menenangkan Hana serta mengesat airmata Hana. Hana rapat dengan Arwah Nenek Bedah & selalu nasyid sama-sama setiap kali pulang ke kampung. My Princess Hana pada malamnya bermimpi. Mimpi yang cukup indah namun menyentuh hati.

Mohon doa dari semua ye buat Arwah Ibu Ustaz (Ibu Mertua Ustazah) yang amat kami kasihi iaitu Hajjah Bedah Bt Abdullah agar Allah kurniakan seindah-indah tempat kembali di taman-taman syurga yang indah..aamin.

Kenangan Terakhir Dengan Mak


Kuatkanlah hatimu duhai Suamiku sayang.
Ciuman terakhir dari seorang anak yang soleh buat Ibu Ratu Hati tercinta
.


Tatapan terakhir penuh kasih sayang dari seorang anak yang amat menyayangi Mak. Menatap penuh kasih sayang wajah Ibu yang mengandung, melahirkan, menyusu, mendidik & banyak berkorban. Semoga Allah tempatkan Arwah Mak di kalangan orang-orang yang beriman di dalam syurga yang paling tinggi..aamin..


Allahu Akbar. Kuatnya hatimu duhai Suamiku sayang. Syahdunya melihat Anak Mak sendiri yang imamkan solat jenazah Mak. Mak pandai didik anak-anak Mak. Semoga Allah kurniakan ganjaran syurga buat Mak..


Allahu Robbi. Mak betul-betul tunggu Intan sampai dengan anak, menantu & cucu-cucu Intan. Alhamdulillah Allah hebat. Allah makbulkan doa Intan agar sempat tatap & cium wajah Mak buat kali yang terakhir sebelum wajah Mak ditutup. Mak senyum umpama sedang tidur. Wajah Mak sungguh indah berseri-seri..


5 jam Menantu perempuan Ustazah (Syakira dalam gambar) drive selaju-lajunya agar kami semua sempat cium Mak sebab tinggal kami yang perempuan ni je. Ustaz, Anakanda Afif & Anakanda Asri dah bertolak balik secepatnya sebaik sahaja dapat panggilan Mak kurang sihat. Masa tu kita semua baru sampai depan rumah dari 2 hari di Kuantan Pahang.Tanpa berlengah, menantu lelaki Ustazah pecut laju bawa Ustaz balik kampung bersama Anakanda Afif agar Ustaz sempat berbakti & bersama Ibu Tercinta di saat-saat akhir.
Alhamdulillah Allah mudahkan & izinkan.Ustaz, Anakanda Afif & Anakanda Asri sempat berada di sisi Insan yang amat kami kasihi ini. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
.


My Princess Hana tak dapat menahan rasa sebak & sedih hingga Ummi Mummy kena tenangkan Hana. Hana kata Hana rindu Nenek Bedah. Nenek Bedah dah takde Ummi .


Mengalir laju airmata kita semua & juga airmata Hana. Sabar ye sayang..

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kesedihan & kerinduan di hati kita semua..

Sayu je pandangan Syakila & Syahira..

Biarpun masih kecil lagi namun Ilham seolah-olah mengerti & berada di sisi Abah Wan yang sedang bersedih kehilangan Ibu Tercinta.

MW : Semoga Allahyarham Hajjah Bedah Bt Abdullah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di taman-taman syurga yang indah.

Baca sini : 40 hari ibu ini istighfar, redha anak beri tanda akan pergi buat selamanya.

Sumber/Foto : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood