Sumber/Sumber Foto: Instagram muhamadrayyankhalafofficial

Bergelar ibu kepada seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.

Walaupun berhati-hati sehingga pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah dan memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.

Namun hati ibu muda ini begitu terkejut dan rasa takut, apabila mengetahui individu yang bertemu dengan anak kesayangan merupakan kontak rapat dan positif Covid-19.

Anak Kontak Rapat Individu Positif Covid-19, Rayyan Buat Jantung Elfira Mahu Luruh

Menerusi perkongsian di laman Instagram menggunakan nama akaun putera kesayangannya itu, Elfira, menjelaskan dia tidak membawa anaknya keluar, bagaimanapun dalam masa yang sama, dia tidak tahu orang yang datang ke rumah telah dijangkiti virus itu.

Rayyan menangis ketika menjalani ujian calitan.

“Kongsi di sini sebagai peringatan kepada ibu-ibu, untuk keadaan sekarang tidak mengapa untuk bertegas mengatakan tidak kepada orang yang nak datang rapat dengan anak kita .

“Terutamanya bila kita tahu orang itu selalu keluar dan jumpa dengan ramai orang.

“Rayyan tak keluar , tapi kita tak tahu orang yang datang rumah itu telah terdedah kepada virus.

IKLAN

Rayyan Salah Seorang Kontak Rapat Individu Positif Covid-19

“Jadi nak dijadikan cerita, dia merupakan salah seorang kontak rapat. Memang nak luruh jantung, sebab saya takut sangat dengan hospital, kalaulah jadi apa-apa mesti saya kena jaga dia, memang takut sangat,” ujarnya.

Alhamdulillah, Semuanya Baik

Tambah Elfira, dia bersyukur apabila ujian calitan yang dilakukan terhadap Rayyan, menunjukkan dia tidak dijangkiti biarpun berada beberapa jam bersama individu terbabit.

IKLAN

“Alhamdulillah semuanya baik. Kuat imun system anakku dan syukur kepada ALLAH SWT kerana melindungi Rayyan.

“Menakjubkan kerana dia terdedah beberapa jam tetapi tidak ada apa-apa tetapi yang terdedah satu jam dijangkiti. Memang ajaib.

“Jadi tolong jaga diri anda dan pastikan makan vitamin C,” tulisnya lagi.

Baca Disini Juga:

IKLAN

Elfira Loy Lebih Selesa Habiskan Masa Di Rumah Beri Perhatian Jaga ‘Baby PKP’

Elfira Bangun 4 Pagi, Mula Mengaji Empat Juzuk Akhir Sehingga Asar

‘Semua Tak Kena..’ Elfira Loy Menangis, Hari Pertama Dijaga ‘Confinement Lady’

Semoga Rayyan Sihat Sentiasa

Sumber/Sumber Foto: Instagram muhamadrayyankhalafofficial

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita