Hidup sebagai suami isteri memang tidak dapat lagi daripada ujian berumah tangga. Tidak dapat dinafikan dalam dunia ini semuanya memerlukan wang. Dalam sesebuah perkahwinan, apabila isteri dilimpahi dengan kemewahan, si suami sudah menganggap dia sudah melunaskan tanggungjawab pada isterinya.

Namun bukan semua perkara boleh diganti dengan wang ringgit dan kebendaan semata. Ada isteri yang mahukan perhatian suami. Jika si suami terlalu sibuk mencari nafkah sehingga sang isteri terabai, segala kemewahan itu ibarat tidak memberi makna.

Suami Buntu, Isteri Masih ‘Mencuka’ Walau Sudah Dibelikan Gucci

Suami Buntu, Isteri Masih ‘Mencuka’ Walau Sudah Dibelikan Gucci, Ini Nasihat Ustazah Asmak Husin

Melalui satu hantaran di laman Facebook, Ustazah Asmak Husin berkongsi tentang kisah seorang suami yang mengadu tentang perihal isterinya.

BELI GUCCI PUN MUKA MASAM

“Ustazah, setiap kali pergi mana-mana mesti saya akan beli hadiah untuk isteri saya. Bulan lepas saya dah bagi Gucci, bulan ni saya beli gelang emas pula untuk dia. Tapi dia masih lagi merungut dan bermasam muka dengan saya, asyik-asyik kitorang bergaduh. Macam mana saya nak buat supaya dia lebih menghargai semua pemberian dari saya? Saya buntu nak kena buat apa lagi untuk dia”

IKLAN

Persoalan sebegini juga sering saya terima dari ramai orang, isu dalam perhubungan suami isteri. Puncanya cuma apa, kerana ‘bahasa cinta’ setiap individu ini berbeza. Bersama pasangan sudah tentu memerlukan bahasa cinta.

Suami Buntu, Isteri Masih ‘Mencuka’ Walau Sudah Dibelikan Gucci, Ini Nasihat Ustazah Asmak Husin

Suami ingat dengan memberi barang material akan selesaikan masalah atau menghapuskan perasaan bersalah dia apabila tidak dapat memberi kasih sayang kepada isteri.

IKLAN

Antara bahasa cinta yang lain,
– ‘Quality time’ iaitu meluangkan masa bersama.
– ‘Receiving gifts’ iaitu menerima hadiah atau sesuatu yang dianggap bernilai.
– ‘Act of service’ iaitu mempamerkan cinta melalui pertolongan dari segi kerja rumah dan lain-lain.

Suami perlu tahu bahasa cinta si isteri. Try and error mana satu bahasa cinta yang tepat bagi pasangan kita.

Ini Nasihat Ustazah Asmak Husin

Saya nak nasihatkan, kalau boleh jangan ajar isteri dengan limpahan material. Sebab bila kita mula beli jiwa isteri dengan ‘wang’, lama-lama dia dah terbiasa dan kalau berlaku apa-apa nanti susah sebab dah ditarbiah isteri dengan benda-benda material.

Suami Buntu, Isteri Masih ‘Mencuka’ Walau Sudah Dibelikan Gucci, Ini Nasihat Ustazah Asmak Husin

IKLAN

Nampak tak dalam kes ini, isteri bukan nak material tapi nak sesuatu. Sebenarnya, seorang isteri perlukan beberapa perkara asas seperti fizikal, spiritual, emosi, kasih sayang itu adalah keperluan isteri. Jadi, kena nilai dulu apa yang dia tak cukup. Kalau dia tak cukup kasih sayang tapi kita bagi Gucci dan dia terima, itu tak betul caranya.

Jadi, kesimpulannya kenali bahasa cinta pasangan masing-masing agar kita dapat menghargai dengan cara yang tepat dan keharmonian rumah tangga kekal bahagia.

Sumber: Ustazah Asmak Husin

Baca artikel berkaitan: Suami Meninggal Dunia, Isteri Kahwin Baru, Suami Di Syurga Yang Mana Satu

Suami Kahwin ‘Senyap-senyap,’ Untuk Isteri-Isteri Ini Nasihat Kena Hadam

Suami Derhaka Kepada Allah Bila Abaikan Isteri, Lebihkan Ibu & Adik Beradik

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI